Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 24, 2011

Budak tersangkut pada palang tingkat tiga



SEORANG anggota polis cuba untuk menyelamatkan budak perempuan yang tersangkut itu.

Ada lagi kisah budak tersangkut? Baru beberapa hari lepas je, baca pasal budak tersangkut kat celah alat pendingin. Salah siapa ni? salah budak tu atau kecuaian ibubapa? Makin menjadi-jadi nampaknya..


BEIJING - Kepala seorang budak perempuan berumur empat tahun tersangkut di celah palang besi di bawah tingkap di tingkat tiga sebuah apartmen di Tengzhou, utara China, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, budak itu tersangkut selama 20 minit sebelum dia diselamatkan oleh beberapa anggota polis.
Pada mulanya, seorang anggota polis itu berdiri di atas alat pendingin hawa dekat dengan budak tersebut selepas dia memanjatnya dengan menggunakan tangga.
Namun, anggota polis itu, Zhao Liancheng gagal untuk menariknya keluar.
Liancheng berkata: "Pihak kami (polis) menghubungi ibu bapa budak itu untuk pulang ke rumah dengan serta- merta."
Ibu bapa budak itu tiba 10 minit kemudian dan beberapa anggota polis memasuki apartmen untuk menarik dia dari tingkap.
Bapa budak itu menyatakan dia dan isterinya keluar rumah untuk bekerja menyebabkan anaknya tinggal berseorangan.
Menurutnya, anaknya bertuah kerana jiran-jiran dapat mengetahui kejadian itu.
Budak itu dipercayai terjatuh selepas dia melihat pemandangan dari tingkap tersebut.

sumber: Kosmo on line

5 comments:

No Lan said...

loooo..p keje tinggal anak umo 4thn sorang2?..huhuhuhu....

Mun said...

ishhh..kot ye pon keje..xkan laa dibiarkan anak tggal sorg2.. teruknya...

ariana said...

Moon, No : Tu lah..ini dah kira kes kecuaian ibubapa ni..patut kena denda tinggal anak kecil sorang2 kat umah..

kurus said...

adoii kak macm manalahhh leh jadi mcm nie kan .. sampai terkeluar budak tuu huhuh mana mak pak dia erkkk huhuhu

seram akak tgk huhuhu

aizamia3 said...

nasib baik budak tu selamat tapi tak patutler tinggalkan anak sorang2 macam tu.. tapi mungkin kekangan kewangan buat dorang tak mampu nak hantar anak nurseri..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink