Assalamualaikum. Salam Jumaat Saiyyidulayyam.
Jom berpesan-pesan..
Pandangan mata selalu menipu,
pandangan akal selalu tersalah,
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih..

“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (40:19)
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.”(An-Nahl:78)
“Dan Dia lah jua Yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”(Al Mu’minun:78)
“Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.”(As-Sajadah:9)
Janji Iblis
Sedarlah wahai mata,
Iblis sentiasa berusaha keras 24 jam dari semua arah utk menyesatkanmu dan menghumbankanmu dalam Neraka sebagai teman abadinya. Alangkah ruginya amal-amal soleh yang telah kau kerjakan hanya kerana tergoda dengan hiasan dan janji iblis dan syaitan yang menipu.
“Iblis menjawab: “Kerana Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur ( taat)”. (Al-A’raf: 16-17)
“Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: “ sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pula telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyerukamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi sercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamupun tidak sekali-kali dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu” sesungguhnya orang-orang zalim itu mendapat siksaan yang pedih”(Ibrahim : 22)
Bermula dari mata lalu turun ke hati..
kerna itu, jagalah sentiasa..pandangan matamu,
yang membawa.. samada..
kearah kebaikan maupun keburukan..
Pelihara mata, pelihara hati..
3 comments:
betul sgt..mata mmg kena jaga..
Renungan yg baik utk mata dan hati di hari jumaat ni..!!
inginkan mata yg cantik &terhindar dr memandang perkara2 yg lagha tapi....kdg2 terkantoi jua,huhu!!
Post a Comment