Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 10, 2011

Nak pergi ke tak..

Assalamualaikum semua..
Petang tadi, balik dari kerja hubby tiba-tiba tanya ..siapa nak gi jalan esok?
Anak-anak pun apa lagi,bersorak lah..padahal, dia juga kata..cuti kali ni, tak payah pergi mana-mana lah, sebab Tiha nak exam SPM dekat dah..
Ariana pun rasa macam malas je, nak pergi..
dah lah esok, sebenarnya ada kenduri jemput menantu Kak Tun, kawan  sama ngajar ngan Ariana..
Tapi..
sian pulak kat hubby ..
orang dah pelawa, tak sampai hati pulak nak kata tak nak..

Ariana bukan apa.., dah tau dah, bila pergi esok, Sabtu maknanya mesti balik semula ke Kuantan, Ahad malam..
Biasanya memang macam tu..seawal-awal pun sampai rumah dalam pukul 12 atau 2 atau 3 pagi..,
kalau esoknya cuti, tak pelah jugak, ni anak-anak nak sekolah keesokannya..
hai..jawabnya liatlah nak bangun pagi Isnin tu..
Kalau lah pergi minggu lepas kan best..huh..
Ok lah..Insyaallah kita pergi lah, bukannya lama pun, satu malam je..dah dua minggu berehat, letih sikit pun tak pelah.

Mulanya ingat nak ke JB atau Kelantan, tapi, jauh, masa pun singkat, Tiha kata kita gi K.L je lah , 
dia nak shopping kasut " Boot" dia kononya, sebab hari tu abahnya ke China, tak sempat beli, lagi pun takut tak padan ngan kaki dia.

So, 
esok off line lah kejap ekk..kengkawan' InsyaAllah jumpa lagi hari Isnin nanti..

Bye! Wassalam.

1 comments:

Lulu Caldina said...

kak, ikut.........

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink