Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 10, 2011

Belajar untuk mengaku salah..

Assalamualaikum.
Salam pagi Jumaat yang mulia buat semua.
Pernahkah ..
Sebaik bangun dari tidur, kita teringat..
betapa seseorang telah melukakan hati kita semalam..

Pernahkah..
Sedang kita beristirehat..
Kita terfikir..
berapa orangkah yang telah kita lukai hatinya..
semalam dan kelmarin..?

Pernahkah..
Kita terfikir..

betapa sikap kita telah menyinggung hati seseorang,
menyusahkan hidup seseorang,
atau 
membuat seseorang itu kecewa..
Justeru itu..
Pernahkah kita terfikir, tindakan yang paling wajar kita lakukan..adalah
mengakui kesilapan kita dan memohon maaf..
Gambar hiasan

Mengucapkan kata maaf sesungguhnya mampu mengeratkan perhubungan samada kekeluargaan dan sesama insan. Bersikap terbukalah dalam mengaku kesilapan. Mintalah maaf dan berikan kemaafan apabila perlu… 


Firman Allah bermaksud: "Terima kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil." (Surah al-'Araf, ayat 199)
Sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Firman Allah bermaksud: "Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali 'Imran, ayat 185)

4 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

sukanya kata2 diatas..nanti nak pinjam leh x kak..??

ariana said...

Boleh..apa salahnya.:).

Rina Rahamat said...

salam..kak..sy dah kembali...:)

entri ni sgt terkena dgn sy..sy belum mintak maaf lg pasal dah lukakan hati seseorg semalam..sbnrnya mcm dah bermaaf-maaf cuma takda ckp i'm sorry..hehe

ariana said...

Rina: Tak ucap maaf dgn perkataan, dengan perbuatan pun boleh..asalkan org tu faham kot..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink