Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Rabu, 1 Jun 2011

Puding Raja - Puding orang Pahang.

Bahan-Bahan

15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak
6 Keping jala mas
buah ceri merah/hijau
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2  cawan susu segar dutch lady
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam


cara-cara
1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar,air,gula, telur dan garam, dalam periuk ,pukul sebati
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat
4. Angkat dan curah dalam bekas
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
6. Ratakan.Taburkan jala mas yg telah dilerai , kemudian hias dengan ceri. sejukkan dalam peti ais.

Puding ini sedap sebab terasa pisang yg digoreng dan jala mas ...
Puding ni berasal dari Negeri Pahang malah berasal dari dapur istana.
Kalau tak caya, tengok gambar ni..Tengku Puan Pahang adalah antara yang amat menggemari puding ni, dan selalu mempromosikan resepi ni dimana-mana.

Tengku Puan Pahang demonstrasi masakan Puding Raja
Tidak membataskan kedudukannya sebagai puteri raja, Tengku Puan Pahang, Tuanku Azizah Aminah Maimumah Iskandariah Sultan Iskandar turun padang hari ini untuk berkongsi resipi Puding Raja, masakan tradisi Pekan, Pahang.
Keunikan hidangan dapat dilihat daripada penggunaan bahan utama, 'Jala Emas' yang diadun menggunakan bahan telur ayam, gula, daun pandan dan air.
Jala Emas dikirai terlebih dahulu sebelum dimakan bersama-sama dengan kuah puding berasaskan susu dan pisang lemak manis yang digoreng sebelum dihidang bersama dengan buah prun dan gajus.
Tengku Puan Pahang, yang juga Penaung Persatuan Chef Malaysia, pernah menghasilkan buku masakan khas bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang yang menghimpunkan kesemua jenis masakan tradisi daerah di seluruh negeri itu.

Sumber : www.utusan.com.my

7 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty berkata...

duh..kita dahla hantu puding..terus terlior~

ummiarissa berkata...

Salam...dulu ada masuk tvkan resepim puding ni..hidangan istana..saya tak sempat salin..memang katanya di Pahang memang femes puding ni kan...hmm nak cuba juga nanti..

~izan~ berkata...

sedap ni,izan selalu buat tp tak buat la jala emas tu hihi..ada jugak org guna telur itik buat jala emas tu..tp nk dptkan stock pisang lemak manis ni mcm dah susah kt sini..

ariana's berkata...

Rina: sama lah kita..:)satu family suka kecuali Cik abg, sbb dia kurang gemar susu..rugi lah dia..

ariana's berkata...

Ummmiarissa: Memang femes kat Pahang ni, terutama kalau ada perayaan sambutan haei keputeraan Sultan. banyak gerai jual.. sedapp..Bulan puasa pun ada jg..tp kena cari lah..

ariana's berkata...

Izan: akak biasa simpan stok jala emas tu..beli siap2 dah kat Kuala Trengganu. pas tu senang lah nak buat puding. susah nak buat jala mas tu, mmg dari telur itik yg dikacau ngan gula..tp cerewet sikit nak buat dia.

Mutiara Bernilai berkata...

wahh

mutiara suke sgt makan puding ni..

besh!

nak buat la balik kg ni nanti..

^__^

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink