Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, June 14, 2011

Betul ke?..Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari


Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.
Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."
"Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.
Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.
Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.
Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

sumber:kosmo





.

5 comments:

solomolo said...

ada gak baca kat kosmo pagi tadi...

ariana said...

solomolo: entah lah..akak takut dah nak percaya melulu..banyak sgt berita palsu skrg..

Mrs. Amad said...

kalo btul alhamdulillah..
tapi sy lebih pcaya ape yg akak kate..
'skrg ni byk sgt brite palsu'
sy skrg lebih bnyk baca n pcaya blog dari akhbar..

Mutiara Bernilai said...

ade gak td kawan mutiara btau sal ni,

xpelah, kita doakan aja ye.. :>

Ztee_Azwanis said...

kalo btul, mujurlah. semoga terbuka hati dia dengan keindahan islam ni kan kak :)


kak ariana, maaf zte bru gi collect hadiah ga dr akk kt poslaju td.. sbb mggu lepas org pos dtg, zte tidur... kt blik tk dgr die ketuk pintu.. tp dh amek td, rasanya mcm pecah.. blum bukak lg... nti zte bukak, zte btau akk yer... apa2 pun tq kak :)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink