Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, June 24, 2011

Segmen khas: Bila si isteri berblog..Si suami dan anak..



Rasa menarik dan tertarik pulak bila baca tajuk segmen khas dari Ben baju merah tu kali ni..
 
Bagi Ariana, apa pun yang kita buat, bila dah minat..pandai -pandailah kita cari masa..
Ariana banyak berblog sebelah pagi , sebab Ariana mengajar sebelah petang, itupun selepas suami ke tempat kerja lah.. dalam pukul 9 pagi gitu.
Kadang-kadang, masak dulu, kadang, berblog dulu, atau sambil berblog sambil masak..hehe.Tapi setakat ni, belumlah terhangit lagi masakan.oh ye, sambil masak, sambil kemas rumah..banyaklah sambilnya..
Pukul 2 tengahari pergi kerja, balik dalam pukul 6 petang, sempat lah buat satu entri atau bw kejap.
Bila suami balik, berhentilah...Lepas tu, tengoklah keadaan,
  kalau sebelah malam mood Cik abang ok..boleh berblog kejap.,itu pun waktu dia relax dan tengok tv..
Setakat ni, suami tak kisah Ariana berblog..itupun sebab Ariana selalu tunjuk kat dia..
ruangan blog Ariana,sesekali Ariana tunjuklah ruangan tazkirah, berita semasa, gambar dia, atau kisah kami yang Ariana paparkan.
Contohnya nama Ariana ni pun adalah gabungan namanya dan Ariana. ( Ari + Ana ).
Lagi pun, dia faham minat Ariana yang suka menulis sejak dibangku sekolah lagi..Berblog ni, lebih ok sikit dari ber fb..rasanya..:)
Apapun, terpulanglah atas nawaitu kita.
Satu lagi, nak berblog kenalah pandai jaga hati suami, makan minum dia dan anak-anak  kena utamakan....Jadikan berblog ni sebagai memenuhi masa lapang..
Barulah suami tak marah..hehe.

9 comments:

aku dan segalanya said...

kena pandai bahgikan masa laa...baru la suami ok je kan..hihihi

Ina said...

memang betul tu...kalau keluarga diberi keutamaan,garenti cik abang tak marah punya lah...
Jom singgah sini...
http://desamahsuri.blogspot.com/2011/06/bila-si-isteri-berblog-si-suami-dan.html

ariana said...

aku dan segalanya: betul tu..yg penting..time management kan..

ariana said...

Ina: Inshaallah Encik suami tak marah jika kita pandai bahagi masa..kita berblog pun just 4 fun..Utamakan keluarga dulu..:)

kak tie said...

Ariana...suka bila jumpe blogger yang dah punya anak2 dah besar2..ingt ke hanya sy jew..sbb selalu jumpe blog budak2..ops...kecuali blog lelaki/bapak2 orang tu ada ler...
selamat berkarya...:)

ariana said...

ladybirdakaluply, Khunsuriyatit : Kaum ibu pun banyak idea dan kisah nak di kongsikan apa..:)
Selamat majujaya untuk kita dan semua kaum ibu yg berblogging di luar sana..!

~iz~ said...

salam kenal dari ruangan yg sama...
memang seeloknya begitu la kan...bahagi masa seelok2nya agar mereka tidak rasa terabai...
bila mereka rasa terabai tu yang boleh cetus perang2 dingin tu kn...:)

Unknown said...

salam kenal & ziarah..

best kalo cik abg kita sporting abes.. lgpun kena la pandai2 jaga hati, mkn minum bagai.. baru la family x terabai.. kan..

happy blogging.. :)

Marina said...

selalunyer saya update blog baru suh hubby bacer...terbatas idea time nak taip dier tengok...hehe

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink