Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, June 15, 2011

Solat sunat gerhana

Assalamualaikum.

Tadi dimasjid Sultan Ahmad 1, Kuantan, ( tempat kerja Ariana ) ada terdengar pengumuman yang dibuat oleh pihak masjid berkenaan solat sunat gerhana yang akan diadakan bermula jam 1 pagi esok bagi sesiapa yang berkesempatan, terutama kaum lelaki lah..

Solat ni, hukumnya adalah sunat muakkad iatu sunat yang diberatkan bagi umat islam. 

Berikut antara cara solat sunat gerhana:

Cara Solat Sunat Gerhana


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.

Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud.

Untuk keterangan lebih lanjut klik sini

0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink