Assalamualaikum.
Tak sedar rupanya dah 18 tahun usia puteri keduaku, Nur Fatiha Syahireen Bt Zahari pada 25hb Februari baru ni.Cepatnya masa berlalu..
Rasa baru je Umi mengejar Tiha yang berlari laju di Taman permainan waktu baru-baru pandai berjalan..lasaknya Tiha mengalahkan budak lelaki..huhu.
Sewaktu Tiha mula memasuki tadika pula, seminggu Umi terpaksa menunggu diluar kelas..mana tidaknya, Tiha akan meraung kalau Umi balik dan tinggalkan Tiha..( nampak je kasar dan lasak, tapi manja bukan main..)
Saat yang paling membanggakan Umi dan Abah pula apabila Tiha diumumkan sebagai " tokoh pelajar " semasa didalam darjah 6, hinggakan Umi dan Abah pun di panggil naik kepentas sama pada hari bersejarah itu..
Alhamdulillah, Tiha berjaya pula mendapat 8A dalam PMR. Hilang penat Umi menghantar Tiha kekelas tambahan saban malam dan dihujung minggu juga..
SPM pun dah berlalu, kini hanya menunggu keputusan nya saja yang akan keluar tak berapa lama lagi..apapun keputusannya umi akan tetap berbangga..apa yang penting Tiha dah cuba yang terbaik dan termampu..
18 tahun, bukan lah masa yang lama bagi Umi dan Abah kerana bagi kami kalau boleh ingin terus mengecapi kebahagiaan seribu tahun lagi menjaga, mendidik dan membentuk mu menjadi anak solehah yang akan membahagiakan ibubapa bukan hanya didunia, bahkan bakal mendoakan kami sewaktu kami sudah tiada nanti..
Akhirnya, Umi dan Abah sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu, cahayamata ,penyejuk dimata, penawar dihati kami...
Moga Tiha sentiasa berada didalam keberkatan Ilahi, mengamalkan suruhannya dan menjauhkan larangannya..Ingat lah selalu pesanan kami kerana hanya itu "pelita" yang kami tinggalkan buat menerangi kehidupan mu nanti..
Happy 18th birthday to my little sweet girl..Tiha..
We love you so much..

17 comments:
happy birthday utk tiha :)
semoga jadi ank yg solehah utk ayah dan ibu :)
Selamat.... Semoga bahagia sentiasa ke akhir hayat.. :)
assalamualaikum ariana...selamat ulang tahun buat Tiha yer moga bahagia selamanya...:)
selamat harijadi tiha..semuga berjaya dengan cemerlang bila keputusan spm keluar nanti.
semuga berjaya di dunia dan akhirat
nak ucap lagi..walaupun dah ucap kat FB..he he he..Tiha memang anak yang baik...jika tidak mana mungkin ibubapanya sangat kasih padanya..semoga bertambah rezeki Insya Allah..panjang umur..
hpy birthday tiha :)
Selamat hari Lahir Tiha..semoga akan menjadi anak yang solehah ye sayang..
waaaah, sebak No bila bace kisah Tiha..ibu mane yg tak terasa kan bila dengar kejayaan anak2 kita..No tumpang bangga kak..tahniah kakAna ye..
happy berday tiha... sweetnyer kamu..:)
happy birthday utk anak akak.. tiha..
anak2 cepat membesar kan kak? tak sedar je... sayu pulak rasa hati bila mereka semakin membesar dan semakin akan meninggalkan rumah bila dah berkahwin nanti!
happy birthday to tiha!
Mammyharraz: t.kasih atas ingatan dan doa ye..Ameen.
misssurvivor: Ameen. T.kasih ye:)
maszull: T,kasih ye:)
K.ina kl:Mudah-mudahan Tiha dpt kptsn yg baik dlm SPM nnti..T.kasih.
Ummiarissa: anak2 ni ibarat madu dan racun buat ibu bapanya..moga Tiha menjadi madu yang mampu menyembuhkan segala penyakit..
Cik Moon: T.kasih sekali lagi..atas wish yg diberi..
No : Alhamdulillah. hanya ank2 lah harta kita yg paling bernilai kan..buruk baiknya tetap kita terima juga..:)
Mama maman: t.kasih ye..Tiha suka lah tu kata dia sweet..hehe
Mummy haza: t.kasih banyak.sudi singgah n wish ye..:)
sweetnye tiha...pandai lak tu..sejuk perut maknye..hihi =)
Selamat hari lahir Tiha, sejuk perut ibu mengandung dpt anak mcm Tiha ya.
Kak Ana, doakan Kaz dpt baby girl ya. Bestnya kalau dpt yg cantik dan baik mcm anak2 dara Kak Ana ni.
Happy Belated Birthday buat Tiha... semoga berjaya atas semua yg di ceburi
Post a Comment