Assalamualaikum.
Sibuk kan apa lah agaknya akak dalam sehari dua ni, sampai tak sempat nak berkunjung ke rumah kawan-kawan. Nak balas komen pun tak sempat. Sori ye geng. Insyaallah ada masa akak mesti singgah nanti.
Sebenarnya bukan sibuk apa. cuma bereskan menulis Buku Ringkasan mengajar Akak je, sebab dah masuk bulan dua ni, takut kalau-kalau penyelia datang melawat ke, tu yang bereskan macam-macam, tepek jadual, rancangan mengajar tahunan, bereskan hal ehwal surat beranak , alamat dan pekerjaan ibu bapa murid. Itu lah pun perkaranya yang nak dibereskan.hehe..
Dalam pada tu, pagi tadi akak kena pulak menghadirkan diri keMajlis Permuafakatan puteri bungsu akak si Eisya kat sekolah dia. Sedih sikit sebab pergi sorang je, kebetulan Abah Eisya out station ke Kuala Lumpur dah dua hari dah. Itu yang lemah sikit nak melangkah tu, tapi sesampai je kat sekolah, rupanya majoriti yang memenuhi dewan hanya lah kaum Ibu..legaa sikit akak. Tak lah segan sangat. Kenapa agaknya yek, kemana perginya kaum bapa yang penyayang semua? Kat tempat lain tak tau lah macamana, tapi walaumacaman pun akak percaya, kaum bapa ni bukan tak mahu hadir,tapi mereka ada tanggung jawab lain yang lebih berat..Siapa kata cari duit tugas ringan..kan susah tu..So, dimaafkan lah kaum bapa semua ye, termasuk lah Cik Abang Laling akak juga..hehe.
Jom kita tengok beberapa keping gambar yang sempat akak ambil tadi, sikit je sebab rasa segan lah nak ambil gambar beria-ria..huhu.Lain lah kalau akak ni pemberita ke kan..
Doa yang baik untuk diamalkan |
Majlis bermula pada jam 8.30 am |
Ucapan oleh Guru penolong kanan |
Sesi pertanyaan ibu bapa |
Bermacam doa yang baik utk ibu bapa amalkan. |
Senikata lagu "anakku yg pertama" |
Video yang ditayang semasa sesi akhir majlis ini, telah berjaya mencuit hati ramai ibu bapa termasuk akak juga, tak percaya cuba korang ambil sedikit masa dan dengar serta hayati lah lagu ini..pasti tersentuh sekeping hati seorang Ibu..
Sesekali, bukan anak-anak sahaja yang perlu dinasihati atau di motivasi..ibu bapa pun sangat-sangat memerlukan sebenarnya..betul tak..( Peringatan buat diri sendiri)
Akhirnya, semoga semua anak-anak kesayangan kita akan berjaya didalam hidup mereka dunia dan akhirat dan ingat para ibu bapa..anak-anak merupakan amanah kita, penentu, dan jambatan buat kita samada menuju ke syurga jannah atau ke neraka jahim ( nauzubillah)
Sekian dulu, Wassalam.
8 comments:
anak akak sekolah sg isap ye..dkat dah ngan jaya gading tu..hehe
Kalam hati: aah. dekat dah tu..dulu waktu akak dok T. guru, lg dekat, mereka sklh Fakeh abd Samad tu..:)
Salam kak Ana, bagus ya sekolah Eisya ada sesi mcm tu. Kaz tak sure pula semua sekolah lain buat juga atau tidak, maklumlah anak Kaz baru darjah 1. Tq atas perkongsian doa2 tu, mmg Kaz percaya dan sentiasa amalkan doa2 sebegini dlm mendidik anak2.
bagus program camni..
kaum bapa..sibuk mencari rezeki utk isteri dan anak2 :)
Kaz: Rasanya semua sklh pun ada program mcm ni cuma setiap sklh pasti berbeza caranaya.
Doa merupakan antara cara kita memohon pertolongan dr Allah..
Mas: mmg bagus sgt..demi anak2 kan..:)
Cik Moon: aah..betul tu..lg pun mmg kaum Ibu yg selalunya lebih prihatin tentang perkara2 mcm ni..balik rumah nnti cerita je lah kat suami msg2 atau ada nak minta duit ke utk bayaran itu ini..hehe.
Post a Comment