Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, February 16, 2012

Selalulah doakan suami kalau nak..

Assalamualaikum.

Dah lama tak sembang pasal kisah peribadi ni..selalu tepek gambar pasal makan angin, makan-makan dan info atau tazkirah. Bukan apa, takut ada yang tak suka baca..tapi, kali ni tak dapat mengawal perasaan dah..siapa nak baca, baca..tak nak takpe..

Jangan suspen tengok tajuk entri..Bukan apa pun, semua isteri pun mendoakan suami mereka kan..mana ada isteri yang tak mendoakan orang yang mereka sayang. Cuma hati isteri ni kadang-kadang tak terlepas dari sifat curiga, cemburu buta dan mula lah terselit perasaan yang kurang enak..terutama bagi suami yang selalu kena kerja luar ( out station).


 Kalau 10 tahun dulu, suami akak memang jarang malah tak pernah kena keje jauh, tapi sekarang..memanjang aje berjalan..ke China dah dua kali, Ke Bali, Ke Jakarta dah beberapa kali..bulan depan..nun ke Bandung pulak..Ambooiii..bukan main seronok dia ye.." Sambil menyelam, minum air..sambil bekerja sambil makan angin..!"

Ye lah..kita tak boleh menjangkakan rutin yang sama saja bagi suami kita maupun diri kita sendiri..cuba ingat kembali siapa kita 10 tahun dulu dan siapa kita hari ini kan..

Kalau hubby kita, tentu lah dari pekerja biasa dah nak pangkat sikit, maka cara bekerja pun dah lain.Macam hubby akak, dulu bekerja dengan orang, sekarang dah jadi Boss sendiri. Apa yang nak akak tekan kan disini, semuanya perjalanan hidup kita hanya Allah yang tahu..apa yang penting..kalau kita nak kan keluarga kita kekal bahagia ialah cuba suaikan dengan peredaran atau peralihan-peralihan itu..asalkan ianya tidak bercanggah dari hukum hakam agama kita.

Kalau kita nak ekonomi rumahtangga kita semakin mantap, doa dan doa sentiasa pada Allah.moga kesihatan suami kita baik, agar dia dapat melaksanakan tanggung jawabnya pada kita..Moga Allah permudahkan segala urusan dia diluar sana..kita sayang dia dia pun sayng kita, semua suami maukan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak..Rumah yang besar dan selesa, kereta, makan pakai..dan jika ada rezeki lebih..selain menunaikan rukun islam kelima..nak juga bawa anak isteri pergi makan angin..Jadi..

DOA dan DOA lah banyak-banyak untuk para suami kita kalau kita nak... hidup berbahagia dan senang dunia akhirat.. Kan DOA itu Senjata Mukmin....selain beri ruang dan kepercayaan sepenuhnya untuk dia mencari rezeki disamping mempertingkatkan ibadah dan amalan terhadap Allah SWT.


Teratak Ariana..syurga dunia kami yg sementara.



Terimakasih buat suami akak..yang dah " menjaga" akak selama 24 tahun. Dari kami berdua, dalam keadaan susah..dia pernah ketempat kerja dengan menaiki bas awam..akak pernah kekedai dengan menggunakan basikal..hinggalah kita menjadi seperti hari ini..Alhamdulillah. Dan walaupun kerap akak marah-marah..terutama bila dia balik lambat, kena out station..sian dia, dah lah letih kena dengar leteran akak pulak..huh tak solehah sugguh lah..

 Namun kini akak sedar..semuanya untuk kami sekeluarga juga.
Semuanya kerana nak menjaga hati isterinya ni, pada Disember tahun lepas dia telah membawa kami sekeluarga bercuti ke Beijing, China.( sebab akak pernah merajuk pasal dia tak bawa akak waktu dia ke China sebelum tu..) malah turut dibawa bersama adik perempuan dan ayahnya sekali..Dan..


Yang buat akak nak buat entri ni...Pasal waktu breakfast tadi..Dia tanya nak kemana cuti sekolah bulan 3 ni...adakah nak ketempat yang dia biasa pergi..Jakarta, Bandung atau Bali..? Terkedu akak..
Terimakasih suami ku. Maaf atas bebelan ku selama ni..Sedangkan kau tak pernah melupakan berkongsi kebahagiaan dengan kami..:-)) ( Korang jangan fikir akak ni mata duitan pulak ye..!)

Syukur Ya Allah diatas rezeki yang kau kurniakan buat kami sekeluarga..moga kami takkan lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini..malah menambahkan lagi diri ini mendekatkan diri kepada engkau yang maha memberi dan maha penyayang. Amin Ya rabbal a'lamin.


Banyaknya salah dgn insan bergelar suami ni..:)

16 comments:

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam kak... best entry ni sejuk mata sy membaca setiap baris ayat akk tu...sy pun mcm akk jgk dpt suami yg kerja kena outstation bezanya suami sy keja dgn org sdgkan suami akk keja sendiri.. kekadang mcm org lain gak ada curiganya tapi curiga sy semakin hilang bila sesekali dia pelawa sy ikut dia outstation gak time sy tak kerja tu.

Memang kita kena sentiasa doa untuk keluarga kita, anak dan suami kerana mereka adalah teman sejati di dunia insyaALLAH ke akhirat nanti..:)

Faiz said...

amiin..

terharu saya kak..

munna said...

tumpang gembira buat akak...bila dilihat dari mula kahwin hingga skrg mmg banyak nampak perubahannya.... munna pun harap semuanya akan berterusan sehingga akhirnya

maszull said...

assalamualaikum ariana...betul apa yg ariana katakn setiap gerak laku suami kita adalah dilakukn utk keluarganya mudah2an kita akan selalu berprasangka baik bila die keluar menjalankn tugasnya ye...

p/s syurga kita dibawah telapak kaki suami...

Rina Rahamat said...

huhu sy pon sama kak..kalau suami selalu outstation x bawak sy misti nk merajuk..suami sy hampir tiap malam keje kak..sy dh tido dia br balik..tp sy x marah sbb tahu dia cari duit..


tp sy dh buat syarat..cuti sekolah jer misti bawa kami bercuti..dekat pon xpa asalkan bercuti hehe

Mun said...

seronok baca entry akak nie..

syukur alhamdulillah..susah2 camne..pon.. tetap berjaya ditempuhi kan...

Aine Ainun said...

Kiranya dah 24tahun kawin?
Alhamdulillah...

Banyak pengalaman ni...

Yela, bukan senang nk senangkan, kena lalui pahit dan dugaan itu dulu...

Salam kenal;)

Anonymous said...

Salam Ariana,

Semoga kehidupan Ariana sekeluarga sentiasa diberkati Allah dan bahagia.

Adatlah bimbangkan suami bila berjauhankan!!.

CintaZulaikha said...

seronoknya kak, teringin nak jd cam famili akak. hope doa kita akan kekal bahagia bersama suami dan famili tercinta kan.

mas saari said...

moga terus kekal bahagia di dalam susah mahupun senang!

kis said...

amin..
terharu sy mbaca n3 akak nie..
amat beerti bg sy..

mamyharraz said...

baca bait2 kata akk sejuk je hati..dan terus tekad dlm hati mahu ikhlas dgn suami dan sentiasa mendoakan dia..mudah-mudahan suami sentiasa bersama kita dlm susah dan senang.

tumpang bahagia tgk kehidupan bahagia akk sekeluarga :)

ariana said...

CT Noarizah: Betul tu,suami dan ank2 lah harta kita yg paling berharga danteman di akhirat nanti..mudah-mudahan allah perkenankan..

Faiz: salam kenal T.kasih. Amin.

Munna: Alhamdulillah, dulu dan skrg mmg lah banyak perubahannya.Moga adik2 diluar sana pun macam tu juga..

Maszul: Betul tu..syurga seorang isteri adalah dibawah tapak kaki suaminya..Mas pun dh berpengalaman kan..dan keluarga Mas pun tak kurang bahagianya ariana tgk..dah ada menantu lg..moga kehidupan kita semua sentiasa didlm rahmat Allah.

ariana said...

Rina: Oh..Rina pun selalu gak kena tinggal ye..takpe, semuanya untuk Rina dan ank2 juga..berdoajelah..dan tgk mcmn dlm 10thn akan dtg..:) Dan syarat yg bagus jg tu..bercuti ni kan boleh menambah erat hubungan..hehe

Cik Moon: T.ksh..Moga Moon dpt sesuatu dr kisah akak ni dan membina keluarga sendiri yg aman bahagia suatu hari nanti..:)

Aine ainun: mmg bukan senang nak senang..dan dah banyak yg kami tempoh bersama sepanjang 24 tahun..Hanya allah yg tahu.Namun perjalanan masih panjang lagi..

Kunang2: T,kasih K.ani..mana ada isteri yg x bimbang kan suami bila berjauhan kan..:)

ariana said...

Cinta Zulaikha.: T.kasih. insyaallah Moga "Cinta Zulaikha" pun akan kekal berbahgia selamanya ye..:)

Mas: T.kasih..betul tu mas..sebuah rumahtangga itu bukan sahaja disaat senang malah dikala susah dan derita sekali pun..tetap bersatu..Insyaallah.

Kis:moga Kis akan terus mengecapi kebahagiaan bersama keluarga Kis juga..:)

mamy harraz:T.kasih banyak.Kita sebagai manusia, mmg selalu je terlupa dan tersasar. Sebab tu lah amat penting saling ingat mengingati ni..:)

mama maman aka yana said...

kak.. semua isteri kekadang ada merasai apa yg akak rasa.. mungkin sebab wanita nih jenis yg suka nak fikir benda2 sedetail2nya.. hahaha.. insyaallah takkan berubah kasih sayang hubby buat akak dan anak2.. sama2 berdoa eks..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink