Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, February 21, 2012

Kenangan sepintas lalu. (2)

Assalamualaikum.

Akak nak sambung balik cerita semalam.

Lepas akak " selamat" dijemput laling n anak-anak akak , kami terus pergi makan lah apa lagi..perut pun dah lapar..ni lah antara yang akak suka bila bercuti ni..maknanya akak pun turut cuti memasak, mengemas rumah dan sebagainya...hehe( padahal dok rumah pun selalu beli juga makanan hehe). Kami jenis yang tak kisah makan kat mana pun, janji tempat tu nampak bersih, tak terlalu crowded dengan pelanggan..tempat tidur ( hotel) pun macam tu, tak semestinya yang mahal-mahal..asalkan selesa, lagi pun tak baik membazir walaupun mampu..

Pada mulanya ingat nak bermalam dirumah adik, tapi memandangkan Min adik akak tu selalu je tak de kat rumah waktu malam ( pergi show), jadi malaslah nak menyusahkan Yanti SIL akak tu..diapun baru je pindah rumah..lainkali lah ye Yan..:)

pucuk ubi kayu cicah budu tempoyak..mak mertua lalu pun tak sedar..

ikan keli bakar





Eisya nak makan ke nak main game ni?

My favourite..curry mee

Jangan berebut!


Letaklah satu gambar laling akak tgh makan..hehe

Sesampai di hotel..zzz dengan lena, almaklum badan pun penat sangat, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah hari ini.

Ini pula pemandangan dari bilik hotel kami..Eisya menjerit nak mandi kolam ( padahal kat rumah tak mandi sangat pun walau kolam depan mata..)Sibuk ajak kakak-kakaknya temankan..tup tup tak jadi pulak..malu lah pulak konon..huhu Eisya, Eisya..


Keesokan harinya kami gerak ke rumah adik akak Hazamin di Sungai Buluh. Dia baru berpindah kesini awal Januari baru ni..Lepaslah rindu kat anak sedare tiga orang tu..Abang Afnan, Kakak Aufa dan Affan yang tembam. Semua berebut nak dukung Affan, biasanya affan ok je dengan siap-siapa pun, tapi hari tu mood dia kurang baik sikit mungkin sebab tak cukup tidur agaknya.

Aufa n Afnan sedang membuka bungkusan pemberian dari Kak Eisya..hehe

Akak sempat posing.Sebenarnya sangat berkenan kan "Wall" kat belakang tu..siap bawak balik contoh tile dia tu..huhu

Afnan ngan Kak Yaya

Ni lah rumah baru adik akak..nice..

Affan ngan Mak Long








    

10 comments:

Kancil 8349 said...

kolam renang tu nampak best je...hehehe

mun said...

kak..saya pon berkenan plak tgk wall kat belakang tu.. hehehe

Yanti Suhaini Binti Ibrahim said...

Auuw malu :)) Tak nyusahkan pun, datanglah lagi :)

Munn Jaafar said...

yg lelaki tu mcm ahli kump nasyid je..yeke?

kurus said...

sesekali jalan2 makan2 nie sedap kan akak ;)

mas saari said...

sedapnya pucuk ubi cicah budu tempoyak tu..

ariana said...

Kancil 8349: Kalau cuma pandang je tak best, tp kalau berendam memang bast kolam tu..:)

Moon: memang menarik wall tu sbb lain dr yang biasa akak tgk..masuk je rumah dia terus mata tertumpu kat situ:)

ariana said...

Yan:Insyaallah lainkali mesti singgah lg..nk mkn spaghetti lg..hehe
sori kidnapped gambo tu!

ariana said...

Munnafendy: aah..Hazamin dr kum nasyid Inteam tu..:)


Ieda: sesekali mmg lah best, tapi ada jg terkena masakan kedai yg tak best lansung, mulalah teringat nak masak sendiri plk..hehe


Mas: tu lah..dlm banyak menu yg itu jd pilihan akak..lama dh tak makan style kampung ni..

Ztee_Azwanis said...

btul lah kak ariana. cantik tiles wall tu... masuk ngam.. happy tgk entry ni :)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink