Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Jumaat, 21 Disember 2012

Periuk tekanan multifungsi NOXXA






periuk tekanan multifungsi NOXXA




ciri-ciri


  • pilihan tekanan tinggi dan rendah
  • pelbagai fungsi-memasak pelahan,mengukus, menumis
  • memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat
  • pemasa tunda sehingga 8jam

faedah:

  • panel mudah digunakan dengan paparan digital
  • periuk dan penutup boleh ditanggalkan
  • periuk tidak melekat 8L
waranti: 1 tahun jaminan terhadap kerosakan pengilangan.peralatan ini hanya untuk kegunaan dirumah sahaja.
diameter: 26.2cm
tinggi: 17.5cm



 
Akak bukanlah penjual periuk ni, bahkan akak yang jadi tukang belinya..itupun atas pelawaan kawan yang mengajak akak main secara kutu.huhu..harap2 tak gatal lah kepala lepas ni, lagi pun cuma 4 kali bayar je..so tak terasa sangat lah kan,korang pun tentu biasa main kutu ni..macam2, kutu duit pun ada tapi biasanya pnggan mangkuk dan peralatan rumah lah..
 
Sebelum ni bukan akak tak nak beli, atau minta cik abang belikan, tapi takut tak digunakan sangat, bila bilangan ahli keluarga tak ramai ni, kami banyak makan kat luar atau beli saja , senang...hehe
Tapi, bila dah ada, rupanya syok juga sebab ada beberapa jenis masakan yang agak rumit nak buat, contohnya sup tulang..sebelum ni seingat akak ada lah beberapa kali jew buat, itupun nak kena tenggek periuk merebus tulang atas dapur tersangat lah lamanya, nak tinggal takut hangit..huhu tu yang bila nak makan, beli je lah..tapi kalau beli ni faham saja lah mana boleh nak beli banyak2kan..tak puas makan..
 
So, dah ada piuk ni, akak pun mula lah buat eksperimen..
masakana akak yang pertama ialah semestinya sup tulang..Macam tak percaya, punyalah senangnya..cuma 30 minit, kat periuk ni lah juga akak tumis dulu guna stir fry, kemudian baru rebus tulang, kalau nak tumis kat lain pun boleh..pas tu masuk jew bahan tumis dalam periuk ni..senang kan..Jom tengok gambar...
 
Lepas ni, nak try nasi dagang pulak, katanya tak payah rendam beras, terus masak, pulut pun macam tu, tak perlu rendam satu malam lagi..
kelebihan dia lagi, boleh masak dodol,pop corn pun boleh tau!
 
Member akak baru hantar ni..


The making of sup tulang..hehe.First trial ni..

30 minit berlalu

walahh..ready to eat..sila sila..


Anak akak Fatiha prefer mee sup..
 
 KELEBIHAN MEMASAK - JIMAT MASA & TENAGA :
 
* DODOL = 20 MINIT
* KACANG HIJAU EMPOK = 15 MINIT
* SUP TULANG / SUP EKOR / SUP GEAR BOX = 45 MINIT
* AYAM GOLEK = 17 MINIT
* SEBARANG JENIS NASI (NASI MINYAK / NASI BERIANI / NASI TOMATO / NASI BUKHARI / NASI PADANG / NASI SAYUR / NASI PULUT / NASI LEMAK) = 7 MINIT
* POP CORN = 1 MINIT




11 comments:

ieda berkata...

wahhh bagus nie kak
ralit saya baca kelebihan dia !

Kakzakie berkata...

Kakak hampir 3 tahun dah guna periuk ini cikgu sebab kakak akak dia dealer Amway. Tumis sayur pun kakak guna ini. Betul memang cepat. Set 2 minit sayur dah siap.

ariana berkata...

@ieda
Tu lah ieda..sbnrnya akak sendiri pun dok tgh study LG pasal kegunaan Dan kelebihan piuk ni.hehe

ariana berkata...

@kak zakie
Owh...Dah lama guna ye kak., sy lh yg ketinggalan keretapi nmpknya ni..hehe

Sh. Mariam berkata...

Salam Ariana...
first time akak sesat kat sini...nampaklak cerita pasal NOXXA terus terlekat....Akak pon macam awak bukan menjual....cuma pengguna aje mmg ikhlas cakap Akak sangat berpuas hati..betul kata Ariana lagi lama guna lagi...puas hati
Last year Akak buat majlis kerja kawin,ada hati nak buat bubur pulut hitam untuk pencuci mulutnya...pihak catering siap offer masukkan dalam pakage.....ooo takpe2 saya nak masak sendiri(dalam hati bolih sempat ke) akak masak 5 kilo pulut hitam dalam masa 1 jam siap(tanpa merendam pulut)akak guna dua periuk Noxxa alhamdulillah lepas 2 jam bubur pulut hitam akak 5 kilo siap untuk dihidangkan...memang berbaloi lepas tu adalah dua tiga jiran yang oder ngan akak....

ariana berkata...

@sh.mariam
Alhamdulillah, nmpknya x rugilah sy beli periuk ni..patutlah ada org panggil periuk ajaib hehe..

NEKCIK berkata...

Salam Ariana..mmg berbaloi lah pakai ye...Nekcik ni pnakut sikit..ada orang kata boleh meletup...langsung tak berani beli!! haa..ha...orang lama!!!

ariana berkata...

@nekcik
Insyaallah tak..kalau air dia kering dia automatic akan stop tau..mula2 je rasa keliru dh lama senang je..

Mas Zull berkata...

assalamualaikum zana...seronoknya kalau ada satu senang kerja memasak di dapur...:)

Wanie Halil berkata...

yup..mmg terbaik...memudahkan kerja di dapur..segala jadi pantas...eyh..saya pun dealer amway..boleh jgk contact saya if nk tgk demo or nak beli..hehe :)

NzA berkata...

wah canggih nie...mesti mahal....yah guna periuk tekanan yg biasa je kak...dh lama juga beli ttp masih brtahan....

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink