Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, December 14, 2012

Tamat program cuti sekolah 2012

Alhamdulillah, semalam tamat sudah program cuti sekolah di tempat akak mengajar..
Walaupun hanya sebulan, ( 19hb Nov- 13 Dis ) namun jalinan kemesraan antara murid dan guru telah bertaut sudah..ada yang nak add ustzhnya kat FB pulak..aduyai..Untuk tujuan kebaikan, tak pe..Insyaallah boleh di approved..hehe.

Apa yang lebih penting sebenarnya ialah ilmu yang diperolehi sepanjang tempuh sebulan itu..
Semoga dapat dimanafaat kan..

Sungguh membanggakan, ada diantara peserta yang berjaya menghafal banyak doa2 dan surah, disamping ilmu2 fardhu ain, amali solat dan peningkatan dari segi mutu bacaan Al quran bertajwid dan sedikit taranum...Alhamdulillah.

Ada juga yang bertanya, lepas ni pagi2 nak buat apa..boringlah sebab kena dok dirumah je..huhu
Petanda baik lah tu, menunjukkan mereka suka dan berminat dalam menuntut ilmu..Semua ni pun berkat doa dan galakan dari para ibu bapa yang prihatin dan mahu anak2nya berjaya bukan hanya dr segi akademik, bahkan ilmu akhirat yang sangat dituntut dan sebagai benteng buat anak2 menjalani kehidupan terutama dizaman serba canggih dan berteknologi tinggi lagi mencabar ini..

Sampai jumpa lagi di tahun2 akan datang, In shaa Allah, jika ada rezeki dan panjang umur.

Jom lihat gambar yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan..

Sedang bersiap sedia untuk latihan amali solat sunat Dhuha.

pelajar perempuan

Khusyuk
Ni gambar di hari penyampaian sijil (disampaikan sendiri oleh Tuan GB.
Tamat sudah..ni gambar hari terakhir, Majlis penyampaian sijil tamat program.

Contoh sijil penyertaan salah seorang peserta.
Giliran para guru pula mendapat penghargaan..syukran jazilan..
kenangan bersama murid ku..
Gambar ni paling istimewa..bersama pelajar remaja lelaki yg sdg meningkat remaja..mcm2 perangai, dan mcm2 pertanyaan dr  keluar dr mulut mereka..huhu .sabar jelah..


Sekian dulu.
Moga kalian akan menjadi anak yang soleh dan solehah , berjaya didunia dan akhirat. aamin.


Sekian. Moga kalian menjadi anak yg soleh dan solehah , berjaya didunia dan Akhirat.




4 comments:

mun said...

waaa seronok je tengok....

umiawadah said...

kat sana banyak aktiviti ye kak...sini kalau cuti...cuti terusss...risau lah anak-anak ni...terpaksa mengajar sendiri mana yang tahu...

Afasz said...

best gak program cmni kan. dr melepak n tido je diorg tu kat umah

Kakzakie Purvit said...

Bukan mudah mahu melentur anak-anak di usia sperti ini kalau tak ada inisiatif dan kesabaran tinggi. Ramai pula kan. Tambahan pula anak org lain - macam-macam ragam. Tapi kakak percaya ada saham akhirat pada semua yg terlibat. Syukurlah..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink