Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, December 14, 2012

Tamat program cuti sekolah 2012

Alhamdulillah, semalam tamat sudah program cuti sekolah di tempat akak mengajar..
Walaupun hanya sebulan, ( 19hb Nov- 13 Dis ) namun jalinan kemesraan antara murid dan guru telah bertaut sudah..ada yang nak add ustzhnya kat FB pulak..aduyai..Untuk tujuan kebaikan, tak pe..Insyaallah boleh di approved..hehe.

Apa yang lebih penting sebenarnya ialah ilmu yang diperolehi sepanjang tempuh sebulan itu..
Semoga dapat dimanafaat kan..

Sungguh membanggakan, ada diantara peserta yang berjaya menghafal banyak doa2 dan surah, disamping ilmu2 fardhu ain, amali solat dan peningkatan dari segi mutu bacaan Al quran bertajwid dan sedikit taranum...Alhamdulillah.

Ada juga yang bertanya, lepas ni pagi2 nak buat apa..boringlah sebab kena dok dirumah je..huhu
Petanda baik lah tu, menunjukkan mereka suka dan berminat dalam menuntut ilmu..Semua ni pun berkat doa dan galakan dari para ibu bapa yang prihatin dan mahu anak2nya berjaya bukan hanya dr segi akademik, bahkan ilmu akhirat yang sangat dituntut dan sebagai benteng buat anak2 menjalani kehidupan terutama dizaman serba canggih dan berteknologi tinggi lagi mencabar ini..

Sampai jumpa lagi di tahun2 akan datang, In shaa Allah, jika ada rezeki dan panjang umur.

Jom lihat gambar yang sempat dirakam sebagai kenang-kenangan..

Sedang bersiap sedia untuk latihan amali solat sunat Dhuha.

pelajar perempuan

Khusyuk
Ni gambar di hari penyampaian sijil (disampaikan sendiri oleh Tuan GB.
Tamat sudah..ni gambar hari terakhir, Majlis penyampaian sijil tamat program.

Contoh sijil penyertaan salah seorang peserta.
Giliran para guru pula mendapat penghargaan..syukran jazilan..
kenangan bersama murid ku..
Gambar ni paling istimewa..bersama pelajar remaja lelaki yg sdg meningkat remaja..mcm2 perangai, dan mcm2 pertanyaan dr  keluar dr mulut mereka..huhu .sabar jelah..


Sekian dulu.
Moga kalian akan menjadi anak yang soleh dan solehah , berjaya didunia dan akhirat. aamin.


Sekian. Moga kalian menjadi anak yg soleh dan solehah , berjaya didunia dan Akhirat.




Tuesday, November 13, 2012

Majlis khatam dan ihtifal 2012

Pada hari Jumaat lepas (9hb.11.2012),majlis khatam dan ihtifal telah diadakan di tempat akak mengajar.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan jayanya berkat doa dan kerjasama dari semua pihak yang terlibat..

 Akak sendiri pun bersyukur sebab berjaya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada akak tahun ni, sebagai pembimbing kumpulan nasyid Nur Nadwah.Walaupun masa untuk berlatih hanya seminggu saja, tapi alhamdulillah..berjaya juga menghiburkan sedikit sebanyak para hadirin yang hadir hari itu..
cuma..x dapat akak nak snap banyak gambar, almaklum agak sibuk hari tu..yang mana ada ni pun akak ceduk sikit2 dari fb kawan ni..:)

Jom lah kita cucimata tgk gambar ye..

Bergambar kenangan bersama anak didik..

Tengah siap2 kan diorang ni..

Sempat berlatih jap..

ibu bapa mula mendaftar

dah penat..akak tukang perhati je..
Pembukaan majlis dgn alunan bacaan ayat suci alquran oleh adik Khadijah.

Majlis khatam quran bermula..
Ucapan Tuan Guru besar 
 

Antara ibu bapa yang hadir
GB menyampaikan sijil kpd semua peserta khatam.


Dah selesai majlis, apalagi..posinglah..:)

Posing lagi..

Acara makan bersuap mengakhiri majlis pd hari ini..hehe 
Sekian dulu, Wassalam.
Panjang umur berjumpa lagi pada majlis Khatam ditahun hadapan.

Tuesday, April 17, 2012

Selesai satu tugas.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni selesai satu tugas akak. Majlis ceramah motivasi "Lambaian UPKK" untuk anak-anak akak lah..Tapi, banyak lagi yang menunggu..Sabtu ni, satu lagi majlis bersama ibu-bapa pula.Harapnya biarlah majlis berjalan lancar dan dipermudahkan Allah semuanya...

Walaupun peperiksaan sebenar UPKK ( Ujian penilaian Kelas KAFA) pada bulan Oktober nanti, namun ceramah motivasi ni, sesuai dengan temanya" Lambaian UPKK" kerana ini adalah permulaan atau lambaian kepada semangat pelajar untuk bangkit dan sebagai menyuntik semangat mereka untuk belajar dengan lebih rajin lagi agar lebih bersedia untuk menempuh peperiksaan sebenar. Kami dah merangka jadual atau takwim aktiviti yang disediakan buat murid dari sekarang hinggalah tiba peperiksaan sebenar nanti. Mudah-mudahan usaha kami guru-guru dipermudahkan Allah dan akan mendapat hasil yang memuaskan nanti..Insyaallah.

Akak sempat abadikan beberapa keping gambar tadi..tapi gambar akak tak de lah kali ni..tak sempat tadi nak posing..sebab terkejar-kejar nak memastikan majlis berjalan lancar..
Sempat singgah beli hamper untuk penceramah tu..dengan ditemani anak akak Tiha..Jom tengok.
.
Tiha sedang memilih buah.

pekerja kedai sedang membungkus buah

Segar-segar semuanya..geram

Lamanya Tiha memilih,,huhu



Ni lah hasilnya..

Ucapan oleh wakil pengetua..Puan Rohaizan

Penceramah dari JPNP..Encik Abdullah Sani yg mahu dikenali sebagai Pak Lah :)

Sebahagian pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah yg disampaikan

MR. Bean pun ada..haha

Wednesday, November 30, 2011

Gambar suasana PCS



 Assalamualaikum.

Hari ni adalah hari kedua program cuti sekolah
( PCS) di adakan di tempat Ariana mengajar.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.


 Sebelum kelas bermula, sedikit taklimat diadakan oleh ustaz yang bertugas, sebelum membaca doa memasuki masjid, doa penerang hati dan asmaul Husna.

Anak warisan agama, bangsa dan negara.

Ustazah sedang memberi sedikit taklimat dan pesanan

Ariana yang baju pink tu..huhu.. keciknya gambar.

Memasuki kelas secara berbaris dan berselawat



Sedang khusyuk membaca kitab suci Al quranul karim

Moga kita semua beroleh manafaat dan keberkatan dari Allah dalam mencari ilmu, menabur bakti serta mencari rezeki yang halal.


Anak-anak ibarat kain putih yang menunggu untuk kita, ibubapanya yang melakar corak penghidupan diatasnya.. Justeru terpulanglah kepada kedua ibu bapanya yang telah diamanah oleh Allah memikul tanggung jawab yang berat ini. Renungkan.

Wednesday, September 14, 2011

Nak cari penceramah motivasi

Assalamualaikum.

Hari ni nak call http://auraimtiyaz.blogspot.com/ 

Kenali Aura Imtiyaz

Nak tanya pasal penceramah untuk anak didik Ariana kat An Nadwah..Ini pun adik Ariana,
Kembara serikandi yang syorkan sebab ada kawan dia kat situ..
Kami nak buat Kem Qiamullail dan mukhayyam untuk murid tahun lima yang akan menduduki peperiksaan UPKK pada bulan Oktober ni..
 Tahun lepas, kami buat kat kem Desa Cempaka ,Kuantan, Tahun ni, atas beberapa sebab, kami cuma buat dalam masjid je..Sebenarnya pada Ariana, lebih mudah dan agak ringan kerja kami dan fasi.
Cuma kalau boleh nak cari penceramah yang betul-betul umph..biar betul-betul meninggalkan kesan pada anak-anak..dan seterusnya dapat meningkatkan semangat mereka memandangkan peperiksaan hanya tinggal beberapa bulan je lagi. Biarlah bayar lebih sikit pun, tak pe..asal berbaloi kata orang..
Moga Allah permudahkan segalanya, sebab Ariana yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan banyak perkara berkaitan kem motivasi kali ini. Perancangan tarikhnya ialah pada 24 dan 25hb September ni..( minggu depan tu..). Alamak dah suntuknya masa..sempat ke..

Ok lah.jumpa lagi.. Wassalam.



T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink