Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga.
Suspek ditahan kurang 24 jam selepas menyamun sebuah restoran di Seksyen 24, Khamis lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, susulan itu, satu unit khas ditubuhkan dan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek dapat dikenal pasti.
“Kira-kira jam 11 malam, seorang lelaki ditahan di Pangsapuri Rimba Jaya diikuti tujuh lagi di lokasi sama dan Rawang. Mereka berumur 17 hingga 27 tahun dan kami yakin kes ini dapat diselesaikan segera,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Selangor, semalam.
Menurutnya, polis turut merampas, motosikal curi, topi keledar dan jaket digunakan suspek serta sebuah komputer riba kecuali parang dan pisau yang digunakan ketika rompakan.
Sementara itu, dalam kejadian pertama, 28 Ogos lalu, suspek bertopi keledar dan bersenjatakan parang serta pisau menyerbu masuk ke restoran di Seksyen 15, kira-kira jam 3.30 pagi.
Kejadian itu, dirakam melalui CCTV dan telah dimuat naik ke YouTube.
Dalam rakaman itu, lebih lima suspek meluru masuk dan mengacu parang ke leher seorang wanita yang sedang bersahur bersama kelurganya.
Suspek turut mengacukan senjata ke arah pelanggan lain, merampas komputer riba dan beg tangan seorang wanita.
Menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut di restoran itu, kira-kira 10 pelanggan termasuk kanak-kanak panik berlari keluar dari restoran terbabit.
Visual turut mendapati, perompak itu, turut melarikan mesin wang di kaunter pembayaran.
Tun Hisan berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki, S Veeramuthu, 19, berasal dari Kapar, bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sumber: sinar harian
11 comments:
ahaaa padan muke kena tangkap.. sungguh jahat orang itu!
tu la menyamun lagi, dah kene tangkap
ada yg masih sekolah tu..apa nak jadiklah ya..
akhirnya....kemain seronok diorang merompak waktu saya tengok dalam youtube tu...entah dah berapa ramai yang dah sumpah seranah diorang ni..biar mereka menerima hukuman setimpal atas perbuatan tak bermoral langsung tu!
akhirnya, polis malaysia mmg efisien!! geram betul tgk video rompakan tu, sakit hati
orang jahat ni biasanya sekejap je dia lepas bebas...
haaa padan muka..akhirnyer..kena gak tangkap..
akhirnya mereka tewas...senang dapat duit senang juga masuk penjara...macamlah tiada kerja lain...orang nak bersahur pergi merompak plak
bagus la kena tangkap dh nie..
cepat betul polis bertindak..
lor, India rupanya
Baru I senang hati bila baca pengecut-pengecut yang rompak restoran di sek 15 & 24 diberkas oleh PDRM yang effisien .Harap-harap kelapan2 binatang ini diberi hukuman yang berat dan maximum tanpa belas kasih utk mengajar yang lain.Saya dah agak mereka semua pasti kaum india.
kebetulannya mereka ini semua pengecut dan hanya akan menunjuk berani bila berkumpulan dan bersenjata.
Mahes Govin....
Post a Comment