Eisya sedang merenung keluar jendela |
Assalamualaikum.
Terasa rindu dah pada kawan-kawan semua dan pada blog Ariana's story ni yang dah terbiar agak lama..bersawang dah agaknya.
Harap korang semua sihat-sihat belaka dan tentu ramai juga yang baru je balik dari bercuti dengan yang tersayang sempena cuti sekolah ni kan..sama macam Ariana's family yang baru je selamat pulang malam tadi dari Jakarta- Bandung.
Alhamdulillah, semuanya amat baik dan lancar.segalanya -galanya dipermudahkan Allah swt meskipun otw pergi ke Jakarta, Akak hanya ditemani puteri akak Yaya, Tiha dan Eisya. Manakala Abah mereka menunggu disana.
Pada yang sudi, jom kongsi kenangan manis akak selama disana ( 4 hari 3 malam ).
Day 1: Berlepas dari KLIA dengan pesawat Lion Air. Jam 1.00 pm waktu Malaysia. (Akak pun dah jadi orang Indon..cakap "jam") hehe. Terimakasih pada adik akak Hazamin yang telah menghantar kami pada hari itu walau pun hari bekerja.Kalau tidak, susahlah kami.
Afnan dan aufa pun ikut sama menghantar.. |
Menunggu untuk memulakan kembara.. |
Sesampai di Lapangan terbang Sukarno Hatta, Jakarta kami pun tercari-cari Abah mereka.Keadaan agak sesak dan ramai sangat orang yang menunggu...Alhamdulillah, akhirnya wajah yang kami cari-cari muncul jua..Dalam hati akak sangat gembira dan bersyukur..rasa seolah-olah terlepas beban dibahu akak, ringan serta merta. almaklumlah..tanpa Abah mereka, akak lah yang bertanggung jawab sepenuhnya keatas anak-nak dara akak tu..huhu. Hilang rasa rindu bila melihat senyuman yang menguntum dari bibir hubby ku..hehe. ( Macam lah dah berpisah lama sangat, baru 5 hari je..:) )
Kami pun terus dibawa ke Avanza yang disewa dan siap dengan pemandunya sekali. Destinasi kami ialah Bandung..yag memakan masa dua jam perjalanan dari bandar Jakarta.Oleh kerana kepenatan, kami tak banyak bercakap dalam van, hanya mata kami tertumpu keluar memerhati berbagai gelagat dan pemandangan diluar sana. Walaupun kita serumpun, nyata banyak jurang perbezaan samada dari segi cara hidup dan taraf kehidupan mereka.Sepanjang jalan banyak kesedihan dan airmata mereka yang dapat kami lihat..dengan penduduk yang sesak, terlalu ramai sudah tentu amat sukar walaupun untuk menyuap nasi kemulut sendiri..apatah lagi buat menyara seisi keluarga. Akak pun mula lah jadi" penceramah bebas" buat anak-anak akak.".hah..lihat tu..betapa susahnya mereka.kita kena bersyukur.." .hingga anak-anak kecil pun menadah tangan dari kereta ke kereta hanya untuk meminta sedikit rezeki..kesian sungguh akak.Bahkan hubby dah siap2 sediakan " wang receh" untuk diberi kepada mereka...
Sampai di hotel, terus merehatkan badan, hari pun dah malam, so, kami cuma pesan makanan dari bilik hotel je..simpan tenaga untuk mendaki bukit ke Tangkuban perahu esok hari pula..
Insyaallah..akan bersambung lagi..
10 comments:
wah bestnya...berjalan rupanya..
patutla senyap je=)
Alhamdulillah dah selamat balik.
Seronok yer bercuti. Akak ni dengar cerita kawan2 saja, teringin sangat nak jejak kaki ke tanah seberang tu, tak bila masanya.
K.ani: alhamdulillah.Insyaallah ada rezeki boleh pg kak..mmg ramai org M'sia bercuti kat sana..:)
tapi kawan papa mifz baru2 nih baru balik bercuti ke bandung...kene tipu dgn org sano..hati2 yer...
Papamifz: mmg lah berlaku perkara mcm tu..mgkin sebaba desakan hidup dgn jumlah rakyat nya yg begitu ramai..yg kaya terlampau kaya yg susah pula semakin terhimpit..kita mmg kena berhati-hati sgt..
Bestnye jenjalan....:) slm perkenalan.:)
bestnya kak!
akak kongsilah sikit2 tips kalau nak pi sana, saya pun ada bercadang nak ke sana suatu masa nanti..
wahhh bestnye kak, tak sabar nak tunggu citer seterusnya
assalamualaikum ariana...wah bestnya dpt jejalan masa cuti2 ni ye..:)
kalau sy mesti menggigil nk naik flight tanpa suami di sisi HEHE
Post a Comment