Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, March 28, 2012

Murid istimewaku

Assalamualaikum.

Bagi yang singgah membaca blog akak pagi tadi, tentu tertanya-tanya apakah sangat masalahnya dengan murid akak yang bernama Mohd Amir Hakim ni..

Sebenarnya, sepanjang lebih 10 tahun dah akak mengajar, berbagai cubaan dan dugaan yang akak dah lalui, samada menangani karenah murid maupun mak ayah murid itu sendiri. Tapi, setakat ni Alhamdulillah, tak de apa yang  memberatkan sangat, semuanya dapat diselesaikan dengan baik..Happy ending story orang kata.hihi.

Cuma tahun ni, murid bernama Mohd Amir Hakim ni, baru je berpindah ke sekolah akak ni sebenarnya. akak pun belum pernah bertemu ibu-bapanya, cuma adalah bercakap ditelefon beberapa kali je. Bunyi suara maknya tu, macam orang baik-baik je..cuma dia ada lah bagitau yang Amir ni agak nakal sikit..Baru masuk hari kedua dah buat perangai, mengusik budak pompuan lah, sorok buku kawan lah..adoi..

Nak jadi cerita, ada lah sorang budak pompuan ni satu sekolah dengan Amir di sekolah Kebangsaan nya. Baru lah terbuka cerita, rupanya disekolah lamanya dulu, dia hampir dibuang sekolah sebab kesalahannya ialah dia telah menutup muka kawannya dengan beg plastik..hingga hampir lemas budak tu..tak tau lah niatnya bergurau atau apa..Ya Allah, terkejut kami guru-guru semua..Katanya, ibu kepada budak yang kena serkup ngan plastik tu tersangat lah marah hingga nak buat repot polis, tapi akak tak pasti lah dah sempat buat repot atau tak..huhu. Mau tak marah..bergurau melebihi batasan..boleh mati budak tu kalau lemas..Nauzubillah..

Jadinya, selepas mendengar kisah tu, kami guru-guru terpaksa lah memberi lebih tumpuan pada Amir..bimbang kalau-kalau dia buat perangai yang bukan-bukan lagi..tapi setakat ni, akak perasan, kalau kita nak tegur dia suruh buat kerja sekolah ke, nak suruh dia dok diam ke,mestilah dengan lembut atau guna saikologi orang kata..kalau akak mula tinggi suara je,siap lah..makin menjadi-jadi nakalnya..jawabnya satu hari lah dia tak duduk diam, mengacau orang sana sini, tak kira waktu. Bayangkan waktu solat asar, orang lain dok sujud, dia cubit, kawan sebelah atau buat muka kelakar lah..bila orang bangun, dia buat-buat bangun macam biasa balik..huhu.

Satu lagi bila kita mengajar, dia akan buat kelakar, menjawab soalan hingga budak-budak lain ketawa dan bising satu kelas, walaupun dah berkali kita pesan, jangan layan Amir tu..huhu

Bila Amir tak datang, aman rasanya kelas..mulalah hati kecil akak mendoakan biar lah Amir tak datang hari ni..huhu. Tak larat akak..tapi, kadang tu, kesian juga padanya..sebab Amir ni budaknya bukanlah lembab atau bengap sebenarnya, cepat dapat bila kita ajar apa-apa..cuma tu lah, banyak sangat main..

Akak selalu panggil Amir kemeja dan suruh dia buat kerja sekolah kat depan akak, sambil tu, akak usap-usap kepala dia dan bacalah apa yang patut..surah Toha ke..bagi lembut sikit hatinya..

Akhirnya akak berdoa supaya, Amir akan jadi " orang " juga nanti..Akak anggapkan dia masih terlalu mentah lagi, moga esok lusa dia cepat-cepat tersedar dan akan berubah..Akak percaya masih belum terlambat lagi.
11 tahun masih terlalu awal untuk kita " judge " dia. Insyaallah, akak akan terus cuba dan mencuba untuk " menjinakkan" Amir ni. Akak sendiri pun tak de anak lelaki, kadang akak anggap macam anak-anak akak je..hihi..

Ok lah ..dah panjang lebar cerita akak. Hanya berkongsi sedikit kisah seorang "muallimah" hihi..Tak de lah pandai sangat pun sebenarnya.. Masih mencari ilmu, masih belajar dan belajar lagii..
Nak tengok gambar akak ngan anak murid akak tak..siapa nak, sila..x nak, xpe.. x yah lah tgk ekk..:)

Bergambar kenangan ngan rakan setugas
Sambutan hari guru..:)sedapnya kek..!
Ni lah puteri-puteri Ariana..hihi.. Manja kan!
Semuanya pandai bab berposing ni..:)anak dara lah katakan..


Masing-masing bawa makanan sikit sorang..
puding special ni..

Alamak..sori lah, tak de gambar murid lelaki..diorang mengada-ngada x mau bergambar..hehe

7 comments:

mamyharraz said...

jadi pendidik ni mmg banyak cabaran kan kak.

untungnya anak didik akk dpt guru semesra akk.sy dulu tak merasa nak bermanja-manja dgn guru sbb semua guru stok nak telan ank murid.garang.serius.nak senyum dgn kita pun payah.

bestnya kalau dpt guru sebaik.semesra mcm kakak kan :)

mas saari said...

akak memang seorang guru yang tabah dan cekal..

maszull said...

assalamualaikum ariana....moga berkat asuhan cikgu akan berubahlah perangai anak murid cikgu tu nanti...:)

umiawadah said...

panjang lebar akak cerita...kasihan juga ye budak tu,sepatutnya kena jumpa juga dengan orang tua dia berbincang sama-sama bagaimana nak menangani masalah anak tu...tapi akak boleh sabar ye...hmmm kalau saya ..dah lama jd sup budak tu...tu pasal saya x leh jadi cikgu...ha ha ha

Anonymous said...

Salam Ariana,

Mudah2an usaha Ariana diperkenankan Allah.

munna said...

nampaknya mesti akak ni cikgu kesayangan anak2 murid ni.... semoga akak dpt mendidik dan merubah anak murid yg istimewa tu....

Rina Rahamat said...

sy dulu penah jd cikgu..sekolah menengah dan ada sorang murid sy yg camni..


budak camni namanya hyperaktif kak..mungkin badan dia terlebih gula..budak hyper mmg x blh duduk diam..tp kesalahan dia serkup muka kwn dgn plastik tuu mmg ngeri betull..


sbnrnya kesian dgn budak camni..bkn dia sengaja nk jadik gini tp sbb dia ada maslah hyper..


sy penah bc salah satu cara kasik mkn kerang utk kurangkan hyper dia tu..sy x taulah sahih ke x cara tu..emmm lg mgkin akak blh bincang dgn maknya rujuk kes ni pd doktor kanak-kanak..


jgn dibiar..kesian dia

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink