Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Selasa, 27 Mac 2012

Agar-agar lapis cantik menarik

Assalamualaikum.

Dah lah sedap. cantik, menarik pulak tu..semalam, mak sedare akak bagi..bila akak tanya resepi, dia pun tak tau, sebab orang juga bagi kat dia..hehe..ini macam memanjangkan sedekahlah..

Ce korang bilang, berapa lapis ada..banyak kan..:)

Kalau agar-agar biasa tu, akak pandailah sikit-sikit..hihi..ni..banyak lapis tau..!
tapi, mungkin ramai kat luar sana yg pandai, akak ni je yang terpaksa google kat sini..cari resepi..hihi

jom tengok ni..

Bahan-Bahan:
2 bungkus agar-agar
2,000 ml air
50 g gula
½ cawan gula merah
¼ cawan susu pekat
Sedikit pewarna merah dan ungu
Loyang atau sebarang bekas agar-agar
Cara:
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur. Tapis dan bahagi agar-agar kepada empat bahagian. Didihkan agar-agar bahagian pertama bersama gula merah. Apabila masak, tapis dan ketepikan. Masukkan susu pekat ke dalam agar-agar bahagian kedua, kacau dan ketepikan. Untuk agar-agar bahagian ketiga dan keempat, campurkan pewarna merah dan ungu. Bagi membentuk lapisan pertama, tuang agar-agar berwarna merah. Biarkan agar-agar separuh keras, sebelum dituang agar-agar berwarna ungu, putih dan gula merah.
Panduan: Jika agar-agar menjadi keras, bolehlah dikacau di atas api perlahan, sebelum dituang ke dalam bekas untuk membentuk lapisan.


p/s-sori akak copy paste je..nak cepat gi ngajar dah..

12 comments:

LYAfrina berkata...

ALAHAI..MMG COMEL SGT2 AGAR2 LAPIS NI

YaYaNsMuM a.k.a YM berkata...

uiksss!gojess agar-agar ni...berlapis2 cam kek lapis haa...:)

Munnafendy berkata...

org yg buat ni penyabar betul...lapis dia halus2 je

maszull berkata...

assalamualaikum ariana...alamak nak sikit boleh mesti sedapnya..:)

C.M.A @ CikMoonAdnan berkata...

ehhh cantik..bnyak lapisan...

leceh sket nak buat kan.. kena sabar nie..

Kakzakie berkata...

Kakak percaya org yg buat memang teliti dan rajin baru boleh buat berlapis-lapis cikgu. Kalau macam kakak makan rajinlah hihi...

Buat kuih lapis 2 warna pun jenuh inikan lagi layer banyak dan nipis huh... jenuh nak siap satu loyang.

εïз mummyHaza εïз berkata...

akak... cuba sekali sekala buat cucu cair tu kepada santan... sedappppp

mas saari berkata...

memang cantik! kena kreatif dan sabar nak buat ni..

mamyharraz berkata...

cantiknya lapisan kuih ni..terpegun tgk lapisan yg banyak tu.mmg nak kena sabar buat ni kan.tapi berbaloi sbb hasilnya mmg cantik :D

BERT berkata...

cantiknyeeeeee... nak makan pun rase sayang ehhehe... terbaekla.. pestime tengok..

Ini Kisah Tia berkata...

aiseymen .. nampk sodap jee

ummiarissa berkata...

uih kak..banyaknya lapisan...kombinasi warna menarik gitu...ida banyak kali buat kek lapis...banyak tak jadi dari jadi...ni agar2 kan..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink