Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label puisi hati. Show all posts
Showing posts with label puisi hati. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Bagaimana kah nanti, aku dihadapan tuhanku

Assalamualaikum.

Sebentar tadi jarum jam menunjuk ke detik 12 malam,
bererti berlabuh lah tirai 2011 dan kini terbuka jendela 2012.

Selamat tahun baru buat semua..

Moga tahun 2012 membawa sinar kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.

Perbetulkan mana langkah yang tersasar..

belajar melalui kesilapan..

Mohon lah pada yang esa..agar dipermudahklan segalanya..

Ariana bentangkan puisi hati ini yang sebenarnya telah Ariana
lakar setahun yang lalu..iaitu pada awal tahun baru 2011.
 
Bagaimanakah nanti, aku di hadapan tuhanku..
 
SUBUHku
dimana aku berada?
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
tanpa takut waktu berlalu pergi

ZOHORku

aku lebih memikirkan kelaparanku
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku lebih gembira menghitung keuntunganku
tanpa terfikirkan kerugianku
akibat melupakan tuhanku

ASARku

aku lupa warna waktu
aku masih dengan secawan kopiku
berteman gelaktawa rakanku
lalai menjalankan kewajipanku
terhadap tuhanku

MAGHRIBku

aku melihat warna alam
yang berubah wajah desebalik senja
namun tetap jua aku lupa
ruang masa yang singkat
kuhabiskan begitu saja

ISYAKku

kerana masanya yang panjang
aku biarkan penat menghimpit dadaku
aku biarkan kelesuan mengganguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biruku
bercumbu dengan waktu ku
lupa aku siapa diriku
dihadapan tuhanku

Kini aku tertanya-tanya

sampai bila aku bermain-main dengan waktu
tiapkali azan berkumandang
kerana dihujung hidup ada mati

kerana nanti
jenazahku aku dibawa kesini
untuk aku disembahyangkan

Bagaimanakah agaknya nanti
andai aku begitu asing pada mentari dan bintang-bintang

Bagaimanakah nanti aku...

DIHADAPAN TUHANKU..

YA ALLAH AMPUNI LAH DAKU.


Moga setiap pekerjaan dan amal ibadah kita pada tahun 2012 nanti akan lebih baik dari tahun yang sudah-sudah. Amin

Monday, August 1, 2011

23 tahun yang indah..

Assalamualaikum.
Begitu pantas masa berlalu.. Rasa bagai baru..
semalam dikau menyapa,
Sempena 23 tahun usia istana yang kita bina..
Terimakasih suamiku..





Happy 23rd wedding anniversary to my love one..Zahari Bin Ahmad

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
dengan ungkapan kata-kata meski tanpa kusedari
Bukan aku tidak menghormatimu
Hanya aku yang sering begitu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar

Aku tetap aku

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat

masih banyak yang tak terucap
dan masih jauh perjalanan kita


Terimakasih suamiku!
kerana memahami
kerana menerima seadanya
hingga bahagia itu milik kita.
Moga kekal hingga ke syurga

Tuesday, June 7, 2011

Senyumlah..dengan izinnya.


Hidup adalah keindahan tersendiri.
Dengan izinnya..Maha pencipta, Maha agung.
Ia memberimu luka agar kau belajar untuk bermujahadah
Ia memberimu duka agar kau belajar untuk tabah dan insaf
Ia memberimu cinta agar kau belajar untuk berani dan berkorban pada saatnya.

Bila hidup memberimu luka, kau hanya perlu tersenyum,tanda kau mampu bertahan atasnya
Bila hidup memberimu duka, kau hanya perlu tersenyum mungkin dengan sedikit tangis agar kau dapat melaluinya,
Dengan izinnya..Maha pencipta, Maha agung. 

Ketika hidup memberimu cinta, kau hanya perlu tersenyum dan mengambil kesempatan atau mempersilakannya
Tersenyumlah, tersenyum
dengan begitu kau akan bahagia dalam hidup
Tersenyumlah, tersenyum
kerana setiap kepayahan pasti ada kemudahan
Tersenyumlah, tersenyum
dengan begitu kau tahu ada kekuatan dalam dirimu..
dengan itu kau belajar untuk bersyukur..
senyumlah.
.
Dengan izinnya, Maha pencipta, Maha agung.

Monday, January 24, 2011

Aku belajar

Aku belajar
melupakan semua kisah silam
yang sarat dengan dendam
dari api yang tak mungkin padam


Aku belajar
mengharungi hari ini
yang penuh teka-teki
selagi waktu belum lagi terhenti


Aku belajar
mengharungi hari esok
yang banyak lagi tersorok
menanti untuk di jenguk


Aku belajar
tidak melalui lorong suram itu
agar tidak tersasar
sesat dalam kesibukan dunia


Aku belajar
untuk memberi
dan menerima
pemberian secangkir rindu
dari seorang suami


Aku belajar 
menghulur dan menyuap
kemulut yang haus dahaga kasih sayang
insan bergelar anak


Aku belajar 
memaksa diri sendiri
agar tidak liat
solat malam memohon restu Ilahi


Aku akan belajar
aku belajar lagi
sampai bila aku tak pasti

Tuesday, January 4, 2011

SIAPA AKU DIHADAPAN TUHANKU..

SUBUHku
dimana aku berada?
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
tanpa takut waktu berlalu pergi

ZOHORku
aku lebih memikirkan kelaparanku
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku lebih gembira menghitung keuntunganku
tanpa terfikirkan kerugianku
akibat melupakan tuhanku

ASARku
aku lupa warna waktu
aku masih dengan secawan kopiku
berteman gelaktawa rakanku
lalai menjalankan kewajipanku
terhadap tuhanku

MAGHRIBku
aku melihat warna alam
yang berubah wajah desebalik senja
namun tetap jua aku lupa
ruang masa yang singkat
kuhabiskan begitu saja

ISYAKku
kerana masanya yang panjang
aku biarkan penat menghimpit dadaku
aku biarkan kelesuan mengganguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biruku
bercumbu dengan waktu ku
lupa aku siapa diriku
dihadapan tuhanku

Kini aku tertanya-tanya
sampai bila aku bermain-main dengan waktu
tiapkali azan berkumandang
kerana dihujung hidup ada mati
kerana nanti
jenazahku aku dibawa kesini
untuk aku disembahyangkan
Bagaimanakah agaknya nanti
andai aku begitu asing pada mentari dan bintang-bintang
Bagaimanakah nanti aku...
DIHADAPAN TUHANKU..

YA ALLAH AMPUNI LAH DAKU.



T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink