Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts
Showing posts with label macam-macam hal. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Blog dah ok :)

Ahamdulillah, akhir nya semua dah ok..Bloglist Akak dah boleh up date macam biasa, dua tiga hari ni, akak menggodek sana sini nak betulkan tapi, bimbang juga takut jadi macam"tikus membaiki Labu" .
Jenuh lah gugel sna sini, tapi dalam pada tu, ada juga kebaikannya, banyak juga ilmu yg sempat akak ceduk, sepanjang akak mencari-cari penyelesaian tu..(entri terbaru tak update dalam bloglist),Walaupun dah update kat blog.

Banyak blog yg akak kunjungi, banyak cara juga yg mereka tunjuk, tapi semua tak menjadi..hinggalah..
Green lava ni bgtau akak: Cuba ke Settings > Other > Post Feed Redirect URL. Ada apa dalam kotak tu? Kalau ada something, kosongkan.

Akakpun ikut arahan dia..mulanya kat dlm kotak tu ada url blog akak, tapi akak ikut, dan remove url tu..
Lepas tu, malam ni, akak try up date antri, Alhamdulillah, dah muncul pun entri baru kat bloglist, (Akak jengok kat blog kengkawan yg letak bloglist akak kat blog dorang.. )

Akak nak ucap kan terimakasih pada siapa pun beliau yg prihatin  ni ye..ni blog dia..Blogger Sentral. akak tak pasti lah..atau mmg ini dari blogger ekk..:))

Friday, November 23, 2012

Pergi Klinik haiwan.

Sebenarnya dah beberapa hari,Eisya ajak bawa kucingnya "snowy"yang hitam legam tu ke klinik haiwan,tapi baru hari ni berpeluang. Ekor snowy luka, tak pasti samada kena gigit dek kucing lain ke atau apa,
Dah beberapa hari masih tak baik juga, bimbang melarat pulak'

Sampai klinik, orang tak ramai sangat so sekejap je lah, sib baik juga sebab snowy dah resah,mengiau sana sini..huhu

Snowy kena cucuk,dan diberi ubat untuk buhuh pada lukanya. Menurut doktor, kalau tak baik2 juga lagi, kena bawa keklinik semula, bimbang kalau terkena kanser kulit..Bahaya katanya, bahkan boleh berjangkit pada manusi..huhu.Series juga rupanya..seram pulak akak dengar. tapi, harap-harap cuma luka biasa je lah..
Dah lah memang dari awal lagi akak bukannya setuju sangat bila Aisya ngan Tiha nak bela kucing ni, bukan apa mengenangkan nak jaga tu lah..tapi mereka yang beria berjanji nak jaga elok2..macam-macam mereka pujuk Umi, kucing binatang kesayangan nabi lah katanya..Tu lah..harap2 cepat baik luka snowy.


Meet snowy :)


Sunday, May 27, 2012

Lulus test..tuah kasut tembikai ?

Assalamualaikum.

Banyak perkara berlaku dalam seminggu ini..antaranya settlekan urusan2 yang berkaitan anaknda Fatiha yang akan memulakan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Gambang, dalam bidang sains, esok..Isnin bersamaan 28hb Mei.2012.

Alhamdulillah, dalam seminggu dua, banyak hal yang dapat dibereskan..antaranya, Tiha berjaya mendapatkan lesen bagi motsikal. Legaa..sebab mana tau kalau nak guna motor lepas ni, taklah bimbang lagi sebab dah ada lesen..:)

Ni lah kasut tembikai Tiha
Akak sempat menemankan Tiha waktu dia ambil lesen baru ni..Mulanya suspen jugak, sebab Tiha ni jenis yang agak mudah gelabah juga..huhu , kemudian dengar pulak, orang2 kat situ cakap yang tester hari ni sangat " straight" dan susah nak luluskan orang..Akak hanya berdoa je lah..kalau nak kena ulang ambik kan payah juga lagipun tak de masa dah sebab Tiha dah nak mula belajar, rupanya dengan izin Allah..mood tester tu pun baik hari tu, siap ambil gambar kasut Tiha..dan tegur,,berapa kilo tembikai tu? mulanya Tiha tak perasan , apalah yang ditegur dek tester tu..rupanya kasut dia..hahaha..
Apapun syukur..lepas satu.

ni masa berlatih..masa test yg betul2..x berani nk amik gambar..huhu

." Tester" pun manusia biasa juga..ye tak..Selain tuah kasut Tiha..memang Tiha dah buat yang terbaik sebenarnya hari tu..kalau tak mana boleh nak tolong..ramai yang jadi saksi hari tu..hehe. Tahniah Tiha!

Monday, May 7, 2012

Dah terbakar..

Assalamualaikum.

Malam Jumaat baru ni, lebat sungguh hujan, kilat sabung menyabung..berapa kali akak terkejut dek bunyi petir dan guruh. Teringat pesanan hubby, kalau hujan tutup wifi tu..Akak jeling juga ke arah komputer dan modem wifi tu..nampak dah tutup, takde api menyala dah..Akak pun relak lah.Terus buat hal lain, solat dan tengok TV.

Pas tu dalam pukul 9.00 lebih, hubby suruh buka internet..sekali anak akak Yaya kata, dah buka, tapi tak ada api pun..Maknanya something wrong lah tu..huhu.. Bila hubby pergi tengok..sah..memang takde..ni mesti kena panah petir waktu hujan lebat tadi..
Huh..nampaknya memang nak kena "slowdown" lah berfb dan berblog..kat h.set akak ni memang boleh, cuma tak sama macam kat lappy atau komputer. Nak jenjalan kat blog kawan-kawan pun susah..dah lah kecik..

Ada rezeki, tunggu hubby ganti modem kat rumah tu lah..tapi, tak silap akak mahal jugak..huh..sabar jelah.

Ni pun akak singgah kat opis hubby, tumpang menyebok ..update blog kat sini..hehe.
So, sori lah..akak menyepi lah beberapa waktu ni..tapi, akak akan cuba singgah juga guna h.set kecik akak ni..:)



Jumpa lagi. wassalam.

Tuesday, April 24, 2012

Bila pompuan bawak kereta

Assalamualaikum.

Semalam, nak gi kerja..sekali start kereta tak hidup lah pulak..hu hu..Nasib baik Cik abang ada, boleh lah call dia datang ambik akak.

Pagi ni, sian cik abang..sebelum pergi kerje kena jadi " pomen" dulu..Rupanya akak tak sedar minyak bateri dah kering..huhu.Nasib baik time dia ada kalau buatnya kena masa dia out station ke..susah lah akak..naik bas lah pergi keje jawabnya..
tu lah kita ni org pompuan..tau bawak je, tapi jarang nak ambik tau pasal kereta ni..sampai nak buh angin pun tak reti..tu akak lah..org lain mungkin pandai..:)

kereta pun tau tolong menolong..hehe

Baik kotor baju tu Bang!

Sori..jgn marah ye syg..hehe




Ok lah..lepas ni nak belajar lah!..huhu..Tak mo dah menyusah kan orang..huhu

Tuesday, April 3, 2012

Ibu bapa..tolong jaga akhlak anak anda ye!

ASSALAMUALAIKUM.

Akak sedikit terkilan dengan gelagat sesetengah insan ni yang tak tau menjaga kepentingan atau harta awam..
Kalau nak sebut satu persatu memang banyak..tapi, yang terbaru..berlaku kat bilik darjah akak di Masjid Negeri, Kuantan..

Dah beberapa kali berlaku sebenarnya..kenapalah diorang ni tergamak merosakkan barang kepunyaan bersama..
Contoh, setiap hari Jumaat, beberapa orang pelajar lelaki dari sekolah lain..yang mungkin kononnya datang untuk berjemaah solat Jumaat, tetapi, sebaliknya..mereka lepak kat kelas-kelas kami dengan menghisap rokok dan merosakkan ABM dalam kelas, malah alas meja guru turut dikoyakkan, buku anak murid akak diconteng2...sedih..sebab yang melakukan tu dah jelas-jelas anak muslim..takkan org kafir nak masuk masjid kot..:((. Dulu memang kelas tak berkunci, tapi, sekarang kami terpaksa menguncinya..

Terbaru, akak lagi bengang..sebab atas kelalaian ibubapa yang membawa anak mereka..mungkin mereka datang menghadiri kelas Quran dewasa pada hari Sabtu dan Ahad baru ni..Bayangkan, bila melangkah masuk ke kelas hari Isnin tu..kelas berada dalam keadaan bersepah..white board kami diconteng dengan " pen highlight", malah yang buat akak lagi geramm dinding kami yang baru dicat, yang setiap hari kami pesan kat murid supaya jaga-jaga..pun turut diconteng..dan melalui contengan tu memang hasil kerja budak yg berumur empat lima tahun..dan tentu lah yang datang mengikut ibu bapa mereka ke kelas itu..huhu.

Sedih campur nak marah akak..kalau dah tau menumpang menggunakan kelas orang..apatah lagi di rumah Allah..takkan lah tak boleh tolong jaga..harta milik bersama..senang-senang je mereka biar anak mereka menconteng sana-sini..tolonglah..datang pun nak belajar agama..baiki lah akhlak anda..dan kemudian barulah akhlak anak2yang belum tahu apa-apa ni..Walaupun akak tau..bukan semua orang macam ni..

Fikirlah tentang orang lain sama..Tolonglah..huhu

Jari-jari comel yang menconteng ni..

Contengan di white board kelas..


Kesan makanan..aiskrim  rasanya ni..

Dinding pun diconteng

Agaknya kalau lah dinding rumah mereka yang diconteng-conteng ni..tahu pulak marah..ke tak marah? huhu

Sunday, April 1, 2012

" Surat cinta" dari Bukit Aman.

Ni lah orang panggil saman ekor..
Hu hu..Anda ada terima " surat cinta" macam kat atas ni..dari Polis diraja Malaysia?
Kebelakangan ni, hubby akak kerap menerimanya..apa nak buat, mau tak mau bayar je lah..dah memang salah sendiri kan..bukti dah ada..mana nak lari..huhu.

Bukan apa, hubby akak memang selalu nak cepat..kejar meeting kat KL..bawak 110 macam kura-kura..mana sempat..katanya.hai..sayang nya lah..duit dok " derma" kat " datok"polis huhu.
Tak ingat ke kata-kata.." Biar lambat asal selamat Bang! "

Wednesday, March 21, 2012

Kes penculikan hanya lakunan

Assalamualaikum.

Rupa-rupanya kes penculikan adik Siti Nur fatihah yang berlaku di Taman Tas, Kuantan ( dekat rumah akak pulak tu..) tempohari adalah drama, lakunan semata-mata. huhu.. Ini diakui oleh beliau sendiri yang menyatakan beliau sebenarnya tak tahan kena marah oleh ibunya, jadi dia merancang untuk melarikan diri dengan boyfriendnya dengan bersembunyi kat rumah ibu angkat boyfriend nya tu. Apa dia ingat boleh buat main ke hal serius macam ni..macamana kalau betul-betul berlaku perkara yang tak diingini nanti, ada ke orang yang nak percaya lagi.

Abaikan. Ini pos akak terdahulu...

.Rasa kesian dan simpati pula pada kedua ibu bapanya yang terpaksa pula menanggung malu akibat perbuatannya..yalah.. seluruh Malaysia dah tahu dan jadi kes polis..Menurut sumber lagi, buat masa ni Siti Nur Fatihah ( dahlah nak sama ngan nama anak akak..huhu) di tempat kan di rumah kebajikan untuk di kaunseling lagipun adik Siti katanya tak mau pulang kerumahnya..mungkinlah kerana takut dimarahi kot..Tapi, sebagai ibu bapa, mau tak mau kena terima dia balik sebab remaja semuda Siti ni belum matang lagi pemikirannya, sebaliknya hanya menurutkan kata hati saja.

 Beri lah peluang padanya untuk kembali kepangkal jalan. Kalau ikutkan gerammm memang lah..Akak sampai post kat blog ni poster Adik Siti ni, mintak di hebohkan dan tolong beri maklumat pasal kehilangan dia..sekali rupanya lari ngan pakwe..huh.Buang masa akak je..

Dia rasa dah besar dan bijak sangat agaknya..Apa pendapat korang?

Sunday, March 4, 2012

Tak salah sebut OMG

Assalamualaikum.


Dimana -mana sekarang akak perhati kan..ramai anak-anak muda
 ( mak-mak budak pun ada ) suka benor menyebut..OMG..OMG.
Anda tau apa itu omg kan..


Oh my god..Oh tuhanku..memang lah tak salah..tapi sebagai orang islam..kan ke lebih baik kalau sebut Ya Allah ya tuhanku..
Tak tau lah nak tunjuk kan pandai sangat bahasa orang putih ke atau nak beritau dia dok kat oversea lama ke..ntah lah..


Akak pesan kat anak-anak akak..jangan lah terikut..Lebih besar pahalanya kita mengingati Allah dengan menyebut nama-namanya.. dengan betul..


Lagipun banyak zikir yang baik kita amalkan..Subhanallah, Allahuakbar.dan kalau nampak yang tak elok-tak elok tu..sebut lah Astaghfirullahal'azim..kalau nak memuji sesuatu yang indah pulak..sebut lah Masyaallah..kan ke lebih manis dan sedap didengar..alahai..muslimin dan muslimat..


Ini hanya lah pandangan akak saja..tak taulah macamana pula anda semua rasa..

Thursday, March 1, 2012

Seni pensel kontot

Seni Pensel Kontot 


Siapa cakap seni hanya sekadar mencanteng pensel diatas kertas putih jer. Kini pensel juga boleh dijadikan bahan untuk berkarya. Sungguh kreatif dan menakjubkan, pelbagai ukiran dapat dilakukan pada hujung mata sebatang pensel kontot. Jom kita layan.





























Menarik kan..

kredit untuk blog ini

Saturday, February 11, 2012

Semua kenal bentuk ni

Assalamualaikum.

Kecil, besar tua, muda..semua kenal bentuk ni..kerana bentuk hati atau " heart shape" ni merupakan lambang kasih sayang, tak kira kasih seorang ibu kepada anaknya maupun seorang suami terhadap isteri dan seorang kekasih buat kekasih hatinya, kerana di Hati atau jantung tersimpannya rasa cinta, kasih sayang.

Maka diseluruh dunia terdapat bentuk2 ini samada yang semulajadi ( natural) maupun buatan manusia..Jom kita lihat sama-sama..


Pernah tengok cite Boys Over Flower? Inilah tempatnya di mana Goo Jun Pyo membawa kekasihnya, Gum Jan Di menggunakan helikopter untuk menyatakan rasa cintanya kepada gadis itu. Mungkin inilah salah satu potongan mangrove berbentuk hati yang paling terkenal di New Caledonia, dibuat oleh fotografer udara terkenal Yann Arthus Bertrand dan ditampilkan pada muka depan bukunya, dengan judul “Earth From Above.”


2. Heart-Shaped Island, Gutierrez Lake, Patagonia

Sebuah pulau berbentuk 'love', dilitupi oleh pohon indah ini dapat dilawati di Patagonia, Argentina dan paling indah bila dilihat dari sisi timur tasik Gutierrez.




3. Heart-Shaped Wetland, Guandu Nature Park, Taiwan 


Guandu Park merupakan sebuah taman alam semulajadi yang terletak di Taipei City. Di taman ini anda akan dapat melihat kawasan delta berbentuk hati seperti gambar di atas.


4. Tavarua Island, Fiji 

Pulau Tavarua adalah sebuah pulau syurga menakjubkan yang berbentuk hati. Terletak di pesisir pantai Viti Levu, serta dikelilingi oleh terumbu karang.


5. Galesnjak, Croatia

Pulau yang diberi nama Galesnjak ini terletak di selatan Zadar, Craotia.


6. Heart-Shaped Lake, Ohio

Tasik berbentuk hati yang paling sempurna ini boleh ditemui di Columbia Hills Corner, Ohio
7. Heart-Shaped Forest, Cantabria, Spain
Hutan yang indah ini dapat dilawati di Cantabria, Utara Sepanyol
8. Heart-Shaped Lake, Chembra, India
Inilah salah satu daya tarik pelancongan di India, tasik yang terletak di bahagian atas Chembra Peak di India ini dikatakan tidak pernah kering. Rupanya lebih dari 150 orang melawat tasik ini setiap hari walaupun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 3km ke atasnya.
 

9. Heart Reef, Great Barrier Reef of the Whitsundays 

Heart Reef ini terbentuk secara semulajadi dan merupakan koleksi batu karang berbentuk hati terkenal di Australia.

sumber: sini

Monday, February 6, 2012

Lift yang unik

Assalamualaikum.

Kalau dah kreatif tu, kat lift pun boleh dicurahkan bakat dan idea tu..

Kalau lah lift kat Malaysia pun dihias sebegini, sejuk juga mata memandang kan..atau mungkin kah dah ada?





















Semua sumber gambar kat Blog ni. Tq .

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink