Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, February 2, 2011

Teratai oh teratai...

Eisya yang rajin memayungkan abahnya..


Yea...!Berjaya akhirnya!

Sempat lagi berposing dalam hujan renyai..hehe
Pada hari Ahad lepas, Ariana sekeluarga berpeluang pulang kekampung di Temerloh, Pahang. Sambil menziarahi ibu kesayangan Ariana, kami sempat menghadiri satu jemputan kenduri...sebenarnya ini kenduri kedua yang kami hadiri.Paginya sempat kami ke majlis kenduri Y.B Datok Manan Dun Paya Besar, yang sebenarnya adalah jiran kami jadi x patut kalau tak pergi.Alhamdulillah walaupun dalam keadaan hujan yang tak berhenti-henti sejak beberapa hari tapi nampaknya tetamu tetap ramai di kedua-dua majlis yang ariana hadiri. Yang Ariana nak kongsi disini sebenarnya tentang memetik bunga teratai..haha.dalam perjalanan pulang ke Kuantan kami ternampak bunga teratai di tepi jalan..entah macamana my hubby beria-ria berkenan dan dia susah payah menggali dan mengambil pokok tersebut untuk ditanam dirumah.Padahal dah pernah beli dulu..cuma tak hidup.Harap-harap kali ni ,hiduplah...maka pergilah hubby berdua dgn anak daranya si Aisya memetik bunga tu..kami yang lain tunggu dalam kereta je sebab hujan...sempat Ariana ambik gambarnya..hehe..

FUNGSI VITAMIN DALAM TUBUH.

VITAMIN...PENGARUHI TUMBESARAN KANAK-KANAK.

FUNGSI VITAMIN DALAM TUBUH.

VITAMIN A.
Penting untuk kesihatan mata.
memelihara rambut,gigi dan tulang.

VITAMIN B1.(Thiamine)
Penting dalam pencerakinan dan penggunaan karbohidrat,lemak dan protin.
Memelihara sistem saraf dan otot selain mengekalkan fungsi jantung yang normal.

VITAMIN B2 (Riboflavin)
Diperlukan dalam pembentukan sel darah merah,penghasilan antibodi,pernafasan sel dan tumbesaran.
Memberi kelegaan pada mata yang letih serta penting untuk mencegah dan merawat katarak.

VITAMIN B3 (Niacin)
Diperlukan untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.
Penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula, darah serta membantu pembuatan lemak.
Membantu fungsi sistem saraf serta pengeluaran asid hidroklorik bagi penghadaman.

VITAMIN B5 (Pantothenic aicid)
Diperlukan oleh semua sel dalam badan sebagai penambah stamina dan pencegah anemia.
Membolehkan salur usus dalam perut berfungsi dengan normal.

VITAMIN B6 (pyridoxin)
Diperlukan untuk mengimbangi tahap sodium dan potassium dalam badan.
Mengeluarkan sel darah merah dan antibodi.
Penting dalam sistem saraf dan otak agar berfungsi normal.

VITAMIN B12 (Cyanocobalamin)
Penting dalam pembentukan sel darah merah oleh sumsum tulang.
Memelihara saraf dan sl darah merah selain terlibat dalam penggunaan asid folik serta karbohidrat dalam makanan.

VITAMIN D. 
Membantu dalam membina dan menjaga kesihatan gigi serta tulang.
Meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam badan

VITAMIN E.
Membantu tubuh membina sel darah merah.otot dan tisu.
Menyimpan asid berlemak.

VITAMIN  K.
Penting dalam pembekuan darah secara normal.  
  
    

Awas..breast cancer.

Pengesanan awal..tanggungjawab sendiri..!

Umum mengetahui,penyakit kanser adalah pembunuh utama manusia.Walaubagaimana pun, kanser payudara merupakan ancaman nombor satu,punca kematian akibat kanser payudara di kalangan wanita. Meskipun kadar kanser payudara adalah berbeza-beza diantara satu negara dengan negara lain,namun di Malaysia ia menjadi pembunuh utama dikalangan wanita.

Berikut adalah beberapa perkara yang patut diketahui oleh ramai orang terutamanya golongan wanita :

SIMPTOM-SIMPTON KANSER PAYUDARA:

1) Ketulan keras.
2) kulit pada payudara berkedut.
3) Kawasan tisu payudara lebih keras dari biasa,tidak semestinya ketulan yang nyata.
4) Cecair keluar dari puting.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA:

1) JANTINA (95% adalah dari kalangan wanita)
2) PENINGKATAN UMUR.(Kanser ini jarang berlaku dibawah umur 25 tahun)
3) Haid pertama awal (sebelum 12 tahun)
4) Putus haid lambat (selepas 55 tahun)
5) Sejarah keluarga kanser payu dara.( ibu, kakak, anak perempuan)
6) Gen tertentu.
7) Sejarah penyakit payudara yang tidak merbahaya (bukan kanser)
8) Tiada anak.
9) Makanan-makanan lemak tinggi biasanya dikaitkan dengan risiko meningkat untuk kanser payudara.
10) Saiz badan. (kegemukan atau obesiti) ,terutama bagi wanita selepas putus haid.
11) Pil perancang kehamilan dan terapi penggantian hormon,
12) Lain-lain.Kurang senaman,pengambilan alkohol.

TAHAP SERTA PERINGKAT PENYAKIT:

TAHAP 1.

Pada peringkat ini,ketumbuhan adalah dalam ukuran sebesar 2cm atau kurang daripdanya. Sasaran adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

TAHAP 2.
 Ukuran ketumbuhan ini akan meningkat diantara 2 cm hingga 5cm. Selain bahagian payudara, ia turut menjadi nodus limfa (yang terdapat dibahagian ketiak)sebagai sasaran serangan nya.

TAHAP 3.
 Saiz ketulan berukuran 5 cm,pada peringkat ini, kanser sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat dibawahnya.(otot bahgian dada).

TAHAP 4.

Serangan kanser ini akan menjalar kebahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh dari bahagian payudara seperti nodus limfa pada leher, paru-paru,hepar ataupun tetulang penghidapnya. 

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN ATAU PENCEGAHAN AWAL:

1) Membuat pemeriksaan sendiri.
2) Pemeriksaan mamogram setahun sekali (bagi yang berumur 40 tahun keatas)
3) Mengenali perubahan yang berlaku padanya.
4) Segera berjumpa doktor apabila terdapat kelainan atau perubahan pada payudara.(ini memberi peluang
    terbaik untuk melakukan rawatan)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink