Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, March 3, 2011

Ole ole dari Jakarta..

        Pada minggu lepas, hubby ke Jakarta selama 3 hari 2 malam bersama rakan kerjanya dari UIA. Dah biasa kena tinggal sebenarnya..Apabolehbuat , dah tanggungjawab hubby sebagai suami mencari rezeki, dan Ariana sebagai isteri terpaksa berkorban..., macamana nak ikut, anak-anak semua sekolah, Fatiha akan menduduki SPM, Aisya pula UPKK tahun ni..Tak bolehlah sesuka hati nak ponteng sekolah pulak..Takpe. Ada rezeki, Inshallah, lain kali boleh pergi..

Biasanya hubby tak bawa balik banyak sangat ole-ole..bukan apa, orang lelaki, biasalah tak minat sangat nak " menyoping" ni..kalau Ariana yang pergi, barulah tak cukup kakitangan dan duit..hehe. Baru ni pun, hubby sempatlah beli Kek lapis Jakarta ( sedap tau..!) , beg tangan dan t-shirt untuk anak-anak, tali pinggang dan wallet kulit untuk dia.., kain sutera dan yang Ariana paling suka..off course lah perfume...Yang menarik, sebab botol2 dia yang cute mute tu..( ada can jadi pengumpul botol minyak wangi lepas ni..hehe). Menurut hubby harganya berjuta-juta..(rupiahlah:) )kalau duit kita dalam rm 200 lebih je..Tapi, bukan pasal harga lah..sungguh..harum nya tu semerbak...thanx a lot my dear husband..! I like it. apa- apa pun from you..! Thanx again!

Doa pengubat jiwa

Sebagai insan biasa.., banyak sekali yang Ariana inginkan dalam hidup ini...Ada diantaranya dah berjaya dicapai.., Alhamdulillah. dan ada juga yang masih belum tercapai...dan banyak juga lah yang rasanya tak mungkin akan tercapai sampai bila-bila..(itu orang kata lebih kepada berangan angan Mat Jenin lah..:))
Sebenarnya memang tak salah kalau kita berkeinginan macam-macam, asalkan tidak melanggar batas-batas islam yang di benarkan.
Biasalah...hendakkan kesenangan dalam hidup, kereta besar, rumah besar, duit yang banyak..Bagi kaum ibu pula mahukan anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dalam hidup mereka. Bagi kaum isteri ingin menjadi seorang isteri Solehah yang dapat membahagiakan suaminya. Kaum suami lagiii lah banyak impian dan cita-cita sebab tanggungjawab mereka pun lagii besar..
Itu hanya lah contoh sahaja.., banyak lagi keinginan dan kemahuan tiap-tiap seorang dari kita..Ada juga yang kita pendamkan dan segan untuk memberitahu kepada orang lain, hanya pada Allah sahaja tempat kita mengadu dan meminta..Dan kita tidak boleh berputus asa sebenarnya..teruslah memohon kepada Allah..Mudah -mudahan lambat laun akan termakbul jua doa kita tersebut...
TETAPI...
Seandainya tidak termakbul apa yang kita minta itu, sebagai orang islam yang mengaku beriman kepada Qada' dan Qadar seharusnya kita redha dan berpegang pada firman Allah ini yang terdapat didalam surah Al Baqarah ayat 216 yang berbunyi:

" BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BUATMU, DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU, PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU.."
Demikianlah jelasnya firman Allah yang perlu kita renungkan dan menjadi penawar buat kita apabila sesuatu yang amat kita inginkan, tidak dapat kita capai..
Juga cubalah amalkan ayat berikut..InsyaAllah jiwa kita akan tenang dan berasa redha sentiasa..
Maksud ayat tersebut:
Akhirnya..., semoga kita semua akan beroleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan didunia dan akhirat..Amin, Ya Rabbal Alamin



Tuesday, March 1, 2011

SABAR ITU ADA NIKMATNYA..

SABAR MERUPAKAN SATU SIFAT YANG MULIA DAN DISUKAI ALLAH. ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR DAN ORANG YANG SABAR ITU AKAN DIBERIKAN GANJARAN PAHALA  DISERTAI PULA DENGAN RAHMAT SERTA PETUNJUK DARINYA..MUDAH-MUDAHAN KITA AKAN TERGOLONG DIDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SABAR..

Melalui pembacaan yang ariana buat..SABAR dari sudut bahasa membawa makna " menahan " dari sudut istilah ialah kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk atau tidak dapat mengawal diri apabila berlaku sesuatu yang mencabar diri kita..
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis, diantara yang paling utama ialah dari sudut perintah dan larangan agama, seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibubapa, mendirikan solat, mengerjakan ibadah puasa dan banyak lagi. Bagi orang yang sabar, tidak akan mengeluh apabila dituntut melaksanakan perintah agama ,sabar juga dituntut agar kita tidak akan mendekati larangan agama seperti mengharapkan pertolongan dari tangkal, azimat, mendekati ilmu sihir, mengambil harta yang bukan hak kita, menjauhi diri dari berzina, mencuri, berdusta, dan sebagainya.Seorang penyabar pasti akan berusaha dan akan dapat menjauhi semua larangan-larangan Allah ini.

Jenis yang kedua dalam konteks sabar ialah sabar dari sudut suka dan duka. Kita hendaklah sabar dalam menerima sesuatu yang disukai contohnya kecemerlangan dalam pelajaran, kelebihan rezeki, kejayaan dalam kerjaya atau kebahagaiaan hidup, kerana dengan adanya kesabaran akan mengarah kita kepada rasa kesyukuran dan dengan itu kita dapat berkongsi pula kebahagiaan kita itu dengan orang lain dengan bersedekah dan sebagainya. Sebagaimana firman allah S.W.T yang bermaksud '" Dan berbuat baik baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu" ( Al Qasas-77)
.
Sabar yang paling sukar pula adalah dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan baik ianya merupakan kematian insan yang kita sayang, penyakit, kehilangan harta benda, atau kesukaran dalam hidup. Disinilah kesabaran amat penting  agar sifat tabah, berusaha mencari penyelesaian, dan ketenangan hati dapat dicari dengan mengingati Allah serta bersabar, tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan tindakan-tindakan lain yang lebih buruk seperti membunuh diri, putus asa dan sebagainya.
MERAIH SIFAT SABAR.
Untuk meraih sifat sabar seseorang itu hendaklah sentiasa prihtin akan keadaan dirinya dan sering menasihati diri untuk bersabar, saling menasihati sesama rakan dan keluarga, kembali kepada ajaran islam seperti mendirkan solat, membaca Al quran dan akhir sekali memohon atau berdoa kepada Allah agar diberi sifat sabar sepertimana firman allah " dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan pertolongan Allah " (An nahl- 127)
Lagi firman allah berkaitan sifat sabar;
" Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar" (Ali Imran-146)
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"   ( Al Baqarah-153)
" Sesungguhnya orang yang bersabar lah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" ( Az Zumar-10)
Firman Allah lagi dalam surah Albaqarah ayat 155-157 : Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa suatu kesusahan mereka berkata," sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" mereka itu adalah orang-orang yang menerima selawat,dari tuhan mereka serta rahmatnya dan mereka itu lah orang-orang yang mendapat petunjuknya.
Demikianlah serba sedikit berkaitan Sabar dan kepentingannya yang Ariana ingin kongsikan dan sebenarnya lebih kepada pesanan untuk diri Ariana sendiri disaat diri dilanda dugaan samada dugaan kesenangan maupun kesusahan.
cuma satu perkara lagi yang penting untuk ingatan kita...
Tidak termasuk dalam jenis sabar ialah orang yang mendiamkan diri apabila ia melihat agama, manusia, dan dirinya dizalimi,  hal- hal lain yang melibatkan agama.Sifat diam seperti ini lebih tepat disebut sebagai dayus dan bukannya kesabaran. Kesabaran adalah tetap bertindak menentang  kezaliman, hanya tindakan itu dilakukan dengan cara yang betul dan dengan akhlak yang mulia. 
 
Sekian dulu, Wassalam dan Wallahu a'lam.


T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink