Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, September 5, 2011

Jem dan kenangan tak best..

Assalamualaikum.

Kali ni Ariana nak kongsi gambar yang sempat di ambil dari dalam kereta,
pada hari Ahad baru ni ( raya ke 6). Dan nak kongsi satu kenangan yang tak best nak dingat..huhu..
:(
:(
:(
:(
Begini lah sedikit gambaran tentang kesesakan jalanraya kat Tol Karak highway ni..Ketika ni,lebih kurang dalam pukul 11 pagi, kami OTW ke Kuala Lumpur untuk menghantar Yaya balikke Kolejnya.
Nak dikatakan jem teruk sangat tu tak juga, agak sederhana lah pergerakannya. Mungkin sebab orang tak balik sekali gus pada hari Ahad tu.., 
ada yang dah pulang lebih awal ke KL bagi mengelakkan jem.

Deretan kenderaan pelbagai jenis.

Kat Tol lebuhraya Karak

Sabar itu separuh daripada iman..

Biar lambat asal selamat

Alhamdulillah perjalanan macam biasa, cuma..ada satu insiden yang tak dapat kami lupakan..ketika kat LPT ni, iaitu semasa kat area Maran rasanya..hubby tak sempat mengelak..dan terlanggar..ingat kan apa..tiba-tiba BUMM..bunyi kuat..rupanya ada monyet nak melintas..
Ya Allah..terkejut sungguh Ariana..mana sempat nak mengelak..sekelip mata je..tau2 dah melambung sang monyet tu..
Bagi yang melalui LPT ni, harap berhati-hati lah ye..sebab memang ada monyet tersesat yang cuba nak melintas ke hutan sebelah sana..
Nasib baik lah tak jadi apa-apa yang buruk, cuma plat kereta habis patah..Nasib baik juga tak kena tahan mana-mana polis yang ternampak kan kereta kami yang tak de plat tu..huhu..
Lepas terlanggar monyet tu, terus hubby bawak slow je kereta..dan sian, ada orang menangis sebab kesian kat monyet tu..huhu ( anak dara Ariana lah..).Tersangatlah tersentuh hatinya yang sensitif lagi emosional tu..
Memang lah kesian, tapi benda dah nak jadi..lagipun kalau mengelak, takut lebih bahaya lagi..
Itu lah sedikit kenangan agak pahit dan payau nak ditelan yang terjadi pada raya ke 6. Apapun, Syukur, kami selamat sampai kedestinasi dan selamat pulang semula kerumah pada jam 1 am.
 Bak kata pepatah..Jauh berjalan..luas pandangan..

Ni lah baju raya kami tahun ni..

Assalamualaikum.
Nampaknya tak begitu ramai lagi yang sempat menepek gambar raya diorang..agaknya masih keletihan balik dari kampung atau pun sibuk melayan tetamu lagi..
Oleh kerana aku yang dah tak berapa sibuk hari ni, jadi nak tepek lah gambar mana yang sempat..
Tahun lepas kami pilih warna oren atau jingga yang silau mata tu, tahun ni, hubby kata..warna Hitam..itu menawan..ke silver..ntahlah..korang tengok je lah..hihi..Ikut kan Ariana malas nak bertema-tema ni, tapi, atas permintaan anak-anak..dan mengikut peredaran zaman..so.ikutkan lah juga..Tapi, sungguh..bila kita satu family pakai sama macam ni..nampak sedap mata memandang..dan lagi satu macam ada persepakatan gitu.., betul tak..? :)

WARNING: Gambar banyak ni..Kepada yang nak tengok aje..!
Tiha ngan Abahnya

Yaya ngan Abah

Umi ngan Abah :))

Umi, Abah, Eisya


Umi , Yaya, Tiha, Eisya

Acara wajib..Maaf zahir batin..Ayah

Mohon keampunan dari seorang isteri..



Umi sayang Tiha

Ariana's family

Keluarga besar Encik Ahmad

Yaya ngan Umi
Alamak..excited sgt..lupa nak buh watermark kat gambar..huhu

Thursday, September 1, 2011

Imbau kenangan lama lah pulak

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lamaaa sangat tak tulis entri baru..padahal baru tiga empat hari je..Nak bertandang ke blog kawan2 tentulah tak sempat lagi..almaklum lah..masih dalam suasana raya..kejap lagi pun, ada member nak datang beraya. Itu belum lagi kami berkunjung kerumah jiran dan sedare kat Kuantan ni.Kami pun baru balik je kerumah dari Kampung ku di Temerloh, Pahang.


Kat belakang tu, adalah jambatan yang baru sekarang.

Eisya ku..:)

Tiha ku:)

Kat belakang gambar pulau..dulu aku selalu ikut arwah Tok bercucuk tanam kat situ..!

Yaya n Eisya ku :)

Mengabadikan kenangan..Sungai Pahang..penuh dgn riwayatnya

hubby yang takut panas, cuma menunggu dalam kereta..huhu..
 Kalau kat blog orang lain, mesti tepek gambar berbaju raya dipagi raya kan..tapi, ariana nak tepek gambar istimewa yang sempat ariana ambil semasa balik kampung baru ni..kat satu tempat yang menjadi kenangan terindah zaman anak-anak dulu..cuma kali ni, Ariana bawa anak-anak pula ke situ. sambil tu sibuk lah Uminya ni bercerita pada anak-anak..itu ini..hehe
.Lokasinya ialah di Jambatan lama Temerloh yang dah tak digunakan lagi..sebab dah ada jambatan baru..kat sini lah dulu Ariana selalu lepak waktu petang sambil berangan dan ambik gambar..cantik pemandangan dan sejuk..bila angin berhembus sepoi-sepoi bahasa gitu..
 Jika tiada kenangan lama maka tiada lah yang baru..

Ok lah..Insyaallah, nanti tepek gambar raya ye..Jumpa lagi..tak sabar nak tgk gambar raya kengkawan juga..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink