Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, December 2, 2011

Perihal kiamat dalam nama-nama surah

Assalamualaikum.

Al Quran merupakan mukjizat terbesar yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w . Ia melengkapi semua panduan untuk hidup manusia dan segala isi alam ini.

Bidang ini termasuklah ilmu fiqah, aqidah, sirah para nabi dan rasul, geografi dan begitu juga perkara-perkara ghaib tentang hari kiamat, syurga dan neraka.

Jika diteliti nama-nama surah yang terdapat didalam Al Quran, terdapat sebahagiannya yang membawa maksud hari kiamat. Nama-nama tersebut antaranya ialah:

Al-Waqiah (56) ~ hari kiamat.
Al-Taghabun (64) ~ hari didedahkan segala kesalahan.
Al- Haqqah (69)~ hari kiamat.
Al-Qiyamah (75) ~ hari kiamat.
Al-Ghashiah (88) ~ hari pembalasan.
Al- Qari'ah (101) ~ hari kiamat.

Selain dari itu terdapat juga nama-nama surah didalam Al Quran yang menggambarkan keadaan dan perihal hari kiamat, seperti:

Al- Naba'(78) ~ berita penting.
Al- Naz'iat (79) ~ para pencabut.
Al- Takwir (81) ~ penggulungan matahari.
Al- Infithar (82) ~ terbelahnya langit.
Al- Insyiqaq (84) ~ terbelahnya langit.
Al- Zalzalah (99) ~ hari goncangan

Sesungguhnya apabila diselak sehelai demi sehelai lembaran Al Quran, banyak sekali peringatan yang
Allah s.w.t berikan kepada kita tentang kewujudan dan perihal hari kiamat ini.

Wallahhua'alam.

Mari kita sama-sama mengambil iktibar tentang hari yang pastinya berlaku ~ Hari kiamat.

Gambar hiasan. Google.
sumber: majalah solusi.

Amalan berdusta dan balasannya.

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua.

Rasanya semua orang tau apa maksud DUSTA.
Pendusta ialah mengatakan sesuatu
yang berlawanan dengan kenyataan yang sebenar. Ia juga disebut pembohong atau penipu.

 Allah S.W.T amat murka dan melaknat orang yang berbuat dusta ini, sepertimana firmannya didalam surah
Ali Imran~ ayat 61:

" Maka kami meminta agar laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.."


 Sabda Rasulullah S.A.W pula:

" Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, walaupun ia solat, puasa dan mengira bahawa ia orang muslim, iaitu berbicara ia dusta, berjanji diingkari dan apabila dipercaya ( Orang) ia khianat.


Sabda baginda lagi :

Dari Abu Hurairah ra Nabi bersabda: " Jauhilah olehmu akan buruk sangka kerana sesungguhnya buruk sangka itu ucapan yang lebih bohong.."


Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah ra Rasulallah bersabda :

" ( Ada) 3 golongan di hari kiamat nanti Allah tidak akan melihat dan mensucikan mereka bahkan akan ditimpa azab siksaan yang pedih iaitu: orang tua yang berzina, raja yang berdusta dan orang fakir yang sombong.


Sabda baginda lagi : " Derhaka benar jika engkau berbicara dengan saudaramu dimana ia berlaku jujur sedangkan kamu berlaku dusta"


Manakala satu lagi sabda baginda yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim dan Abu musa: 

ertinya: Abu Musa berkata: aku bertanya kepada rasulullah siapakah diantara orang-orang islam itu?

Baginda menjawab " iaitu siapa saja yang mana  orang islam lain berasa selamat dari gangguan lidah dan tangannya."


Dari ayat dan hadis diatas, jelas kepada kita menunjukkan bahawa berdusta itu merupakan perbuatan terlarang didalam islam yang boleh mengheret pelakunya ke neraka jahanam. Nauzubillah.


Ingatlah..Jangan kerana pulut, santan binasa,
              Kerana mulut badan binasa.

Dan: " Berkata benar lah kamu sekali pun ianya amat pahit."




gambar hiasan : google
rujukan: buku himpuanan dosa besar keluaran Pustaka ilmi.

Thursday, December 1, 2011

Legaaa


Assalamualaikum.

Hari ini , 1hb.Disember, 2011.. 
Bermakna dah bulan terakhir bagi tahun Masihi, manakala tahun hijriah baru saja membuka tirainya, Cepat sungguh masa berlalu.

Hari ni juga, Umi rasa lega dah, sebab Tiha dah abis exam SPM. Tapi, belum lega sepenuhnya, sebab saat menunggu keputusan nya pulak.

Apapun, Tiha dah berusaha, kini hanya tinggal berdoa dan berserah kepada Allah menentukannya.Tapi Tiha pun mesti rajin berdoa juga tau!


Hehe..hari ni, pagi-pagi lagi Tiha dah minta izin nak keluar ke bandar dengan kawan-kawannya..Almaklum budak dah abis periksa. Pergi lah Tiha..Umi dah legaa...:-)

Tiha jangan marah Umi tepek gambar budak lepas SPM ni ye:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink