Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, December 8, 2011

Baju second hand je..

Assalamualaikum.

Nak tanya kengkawan..biasa tak beli baju terpakai atau orang panggil bundle?

Ada orang yang beli, tapi segan nak beritahu orang..ada yang tak beli lansung sebab rasa kurang selesa, atau tak lalu nak pakai pasal bekas orang..dan ada juga yang memang tak kisah dan beli je..sebab harganya jauh lebih murah kan.. terpulang lah pada individu..Tapi, pada Ariana tak salah sebenarnya..sebab bukannya kita tak basuh dulu kan..tapi tengok pada jenis pakaian juga lah..

Tu lah, Ariana nak cerita ni, Insyaallah pertengahan bulan Disember ni kan Kami sekeluarga merancang untuk bercuti..tempat yang kami nak pergi tu  pada bulan Disember ni tengah cuaca sejuk..so, nak kena beli baju sejuk..tapi, Ariana terfikir, nak pakai cuma sekali je..Bila Ariana survey kat kedai, adoii mak..mahalnya..sampai beratus harga nya. Yang beribu pun ada..sebab baju sejuk atau winter coat ni memang lah mahal kat negara kita kan..ada juga yang bagi pendapat, beli je bila sampai kat sana nanti, tapi, takut susah juga, almaklum kat tempat orang..takkan sampai nanti dalam keadaan menggigil pulak..pening juga memikirkan..dah lah kami pergi beramai ramai..8 orang termasuk Bapa mertua dan dua orang adik ipar Ariana..

Lepas tu, minggu lepas waktu kami jenjalan kat up town..ternampaklah kedai pakaian terpakai ni..saja je singgah. Sekali tengok..banyak juga pilihan baju-baju sejuk atau winter coat kat situ..dah lah harganya tersangat murah..malah kedaan baju tu pun masih elok sangat, lebih kurang macam yang baru je..Ariana pun, apalagi terus sound kat hubby..mulanya hubby tak setuju..tapi, bila kami dah belek-belek tu, rasa berkenan pulak..so, kami pun beli lah juga beberapa helai, termasuk untuk Bapa mertua dan adik.Anak-anak pun pilih lah juga yang mereka berkenan sorang satu..hehe..Hubby pesan suruh antar dobi basuh dulu sebelum pakai.

Selesai satu masalah..hehe. 
Lagipun, bila fikir balik, tak baik membazir..beli mahal, pakai cuma sekali kan..
Janji hilang sejuk bila kat sana nanti..kini tinggal nak survey stokin, mufler dan kasut yang sesuai pulak..:-)

 Cuba korang tengok baju ni..masih ok lagi kan..

Yang berambu ramba kat leher ala artis Taiwan tu Ariana punya hehe.



Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday

Siti..time sekolah..Sweet sangat kan..:)

Monday, December 5, 2011

Jenjalan IKEA



Assalamualaikum.


Dua hari tak menulis, malah tak buka blog lansung.
Hari ni baru berpeluang up date entri dan singgah bw sikit-sikit kat umah kengkawan. Alahai..masa mencemburui sungguh lah..


Pada petang Sabtu baru ni kami sekeluarga ke KL.
Saja jenjalan sambil hubby ada kerja sikit. Tiha pun dah abis SPM. 
Itu yang ikut sama.


Kali ni, cuma sempat ke IKEA je.Sampai dah malam, terus cari hotel, dan keluar balik untuk makan dan sempat jalan kat up town depan Mines tu je kejap.Semua dah letih, so balik hotel, tidur je lah.


Esok pagi, lepas hubby hantar drawing kat member dia,dan singgah kolej Yaya kejap terus ke IKEA.Hubby nak tengok kot ada almari yang sesuai nak letak kat opis dia. itu pun kena cari yang boleh muat masuk kat sorento kami.


Cepat betul masa berlalu, lepas keluar dari IKEA, singgah Low Yat dan Mines kejap.


Bertolak balik ke Kuantan dalam pukul 9 malam gitu.Singgah solat kat R& R Temerloh.Hujan sepanjang jalan, buat Ariana rasa takut..walaupun penat tapi tak tidur sikit pun, dok asyik berjaga-jaga dan jadi co pilot untuk hubby, Bila dia laju sikit je..cepat-cepat akak sound suruh slow huhu..takut. Itu pun terserempak dengan tiga kemalangan kecil, mungkin akibat laju dan jalan pun licin sebab hujan lebat yang tak berhenti sepanjang perjalanan.


Alhamdulillah, selamat sampai dirumah Home sweet home tepat pukul 12 malam.( Sebab bawak tak laju) kalau tak, awal lagi boleh sampai. Tak pe..bak kata pepatah biar lambat asal selamat..:)


Adoi..letihnya, nasib baik tak terbabas tidur pagi ni kena kerja...huhu.

Jom tengok lah gambar anak ngan mak anak posing kat IKEA je pun..hehe.

 Quality time with the love one..

Berangan dan bergaya kat IKEA
Dalam ni..berjam-jam pun tak sedar..
Eisya ..paling kuat berangan dan bergaya..hehe
Mcm x pernah mkn kue pau..huhu. Gambar makanan lain x sempat ambik gambar..dah lapar sgt..
 Demikian lah sedikit Alkisah jalan-jalan. Korang tentu setuju kalau Ariana katakan, Masa bersama keluarga adalah saat-saat manis..yang sentiasa dinanti-nanti.. Justeru luangkan lah masa bersama mereka yang tersayang bagi menambah kemesraan dan ukhuwah seisi keluarga.

Wassalam.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink