Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, April 16, 2012

Senarai peserta " Ariana's story suka-suka GA.

Assalamualaikum

Terimakasih pada yang telah sudi menyertai " Ariana's story suka-suka GA yang berlansung selama5 hari baru ni..Berikut adalah nama peserta yang sporting morting tu..Tapi, keputusannya Akak tak dapat umum lagi ye..Insyaallah secepat mungkin akak akan bagitau..Tuan puteri tukang cabut undi, Eisya agak sibuk..Sabtu Ahad baru ni dia menyertai kem Tunas puteri kat sekolah, hari ni dia penat sangat, sebelah malam pulak ada tuition, kul 10 malam baru balik..jadi akak kesian pulak nak minta tolong cabut undi..sabar lah kejap ye kengkawan..


1) http://syu90contest.blogspot.com/2012/04/suka-suka-giveaway.html
2) http://sukahati-fieda.blogspot.com/2012/04/suka-suka-giveaway.html
3) http://gurlgemini.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
4) http://ceritaladiespurplegc.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
5) http://asyifamustaffa.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
6) http://mummyirman.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
7) http://manmunna.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
8) http://cempakakuningku.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
9) http://hairulizacontestga.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
10) http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/04/suka-suka-giveaway_10.html
11) http://nelcgl.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
12) http://faralalalala.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
13) http://fatinlovecontest.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
14) http://alongnidar.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
15) http://cikharty88.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
16) http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
17) http://eikanurviolet.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html
18) http://midadancontestan.blogspot.com/2012/04/arianas-story-suka-suka-giveaway.html

Ok. Itu saja. 18 0rang.
Siapakah agaknya 10 orang yang bertuah tu ye..Good Luck pada semua yang baik budi, sudi join GA akak sebagai tanda sokongan dan persahabatan. Sayang korang! Jangan lupa singgah lagi untuk tahu siapa yang terpilih nanti..Insyaallah selewatnya Jumaat ni..ok..

Bye Wassalam.

Saturday, April 14, 2012

Kisah perkhemahan Tunas Puteri Tuan puteri Eisya

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu pada semua..
Di tempat Akak cuaca agak mendung, dah beberapa hari sebenarnya..Tu lah, dalam keadaan cuaca yang agak kurang baik ni, si tuan puteri akak, Eisya nun dok berkhemah kat luar sana..huhu

Hati ibu mana yang tak risau..
Malam tadi akak terjaga sebab dengar bunyi guruh dan petir sabung menyabung kat luar sana..
Dalam hati hanya mampu berdoa..Ya Allah selamatkanlah anakku..

Hari ni, sebenarnya akak nak menghadiri kenduri kahwin kat area rumah ni je, so siaplah lawa-lawa..akak pergi berdua ngan anak akak Yaya je, sebab hubby belum balik dari KL, Tiha pulak keluar ke bandar dengan kwnnya..Ingat lepas habis kenduri tu teruslah jenguk Eisya kat sekolah dia.., sekali, buka kad jemputan( kad tu ada dalam kereta, tengok2 rupanya kenduri tu esoklah..alamak..letih je akak bersiap lawa-lawa, sembur minyak wangi separuh botol..hehehe( kalah orang nak ke red carpet..)Tak de lah gurau je.
akak kalau pakai pun simple mimple je sbnrnya..:)

So, teruslah keluar makan kat restoren je lah berdua ngan Yaya..
Makan gulai kawah, itupun jenuh nak habiskan berdua ngan Yaya.

lepas makan, terus lah gi jengok Eisya ngan geng Tunas puterinya kat sekolah..sampai2 dia tengah makan tengahari..sempatlah intai dia dari jauh..bila dia nampak je kami terus lah dia meluru..dengan tak basuh tangannya..tengok gambar tu..

Tak sempat basuh tangan nampak Umi datang..hehe


Tak boleh dok lama, nampak Eisya seronok tp hati  akak dah semacam menahan sedih tiba-tiba..huhu.
Tak tau lah apa yang disedih kan..huhu teruk sungguh akak..

Khemah tetap didirikan..walaupun tak berkesempatan tidur didalamnya..huhu

Tanya Eisya tidur kat mana semalam? tidur kat dalam kelas rupanya..Khemah tu sebagai hiasan je lah nampaknya..malam ni pun mungkin tak merasa lagi..sebab nampak awan nano dah hitam pekat tu..

Hilang rindu sekejap..:)

Ok lah..setakat ni dulu cerita "menyayat hati" seorang ibu yang berpisah ngan anak bungsunya..huhu
Moga Eisya dan kawan2 nya selamat, seronok dan hepi..kat luar sana..dibawah pantauan para guru yang budiman dan budimanis..:) T.kasih Cikgu!




Anugerah industri nasyid.com 2012

Sebentar tadi telah berlansung Anugerah nasyid.com.
Alhamdulillah, tumpang berbangga dan gembira dengan kemenangan para artis, terutama buat my brother, Muhammad Hazamin Bin Harun yang telah memenangi anugerah lagu terbaik 

Sempat ambil gambar semasa siaran sedang keudara tadi..:)

Tahniah pada semua!

Tahniah! dan teruskan usaha bagi memartabatkan industri nasyid tanahair..

Bermacam anugerah dah kita dengar, Memandangkan masih belum ada lagi anugerah yang dicipta khusus buat penggiat nasyid tempatan, Nasyeed Edutainment Publishing Sdn Bhd atau Nasyeed.com mengambil langkah baru dengan mewujudkan Anugerah Nasyeed.com.


Anugerah yang bakal berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, selama dua hari berturut-turut iaitu pada 13 dan 14 April depan, memperkenalkan 13 kategori yang mana enam daripada kategori berkenaan akan diadili sepenuhnya oleh peminat irama nasyid.
Sungguhpun anugerah itu masih lagi baru, ianya bertujuan untuk memberi penghargaan khas buat penggiat nasyid tempatan sekaligus menggalakan penghasilan karya nasyid yang berkualiti secara berterusan. Tambahan pula, Malaysia merupakan The Home Of Contemporary Nasyeed dikalangan penggiat nasyid antarabangsa.

Anugerah Nasyeed.Com bakal mempertandingkan lagu-lagu dalam Carta Nasyeed.Com. Carta yang menggunakan platform aplikasi facebook ini telah bermula sejak Julai 2011 dan mendapat sambutan yang amat baik dari para peminat. Sebanyak 13 Kategori bakal dipertandingkan seperti berikut:

Kategori Anugerah Nasyeed.com

1. Anugerah Nasyeed Sirah
  • All One – Bilal bin Rabah
  • Hijjaz – Sumayyah
  • UNIC – Balqis
  • Mestica – Salahuddin Al Ayubi
  • Mu’adz feat Dakmie & Akbar – Ansar Muhajirin
2. Anugerah Nasyeed Cinta
  • Ammar Hamdan – Cinta Berikan
  • Varianz – Lagu Cinta
  • Wildan – Setia Seorang Isteri
  • Far East – Saat Lafaz Sakinah
  • Inteam & Mestica – Kerana Cinta
3. Anugerah Nasyeed Amar
  • Devotees – Berjalan Tanpa Henti
  • Akhil Hayy & Mawi – Hamba Mu
  • Saujana – Patah Hati
  • UNIC – Menuju Wawasan
  • Rabbani – Syahadah
4. Anugerah Nasyeed Selawat
  • Al Mawlid – Cahaya Seluruh Alam
  • Inteam – Dia Muhammad
  • UNIC – Binnabil Huda
  • R-IF – Insan Terulung
  • Inteam & UNIC – Nur Muhammad
5. Anugerah Nasyeed Perjuangan
  • Rabbani & Mawi – Inikah Petanda
  • Mestica – Kembali Gemilang
  • Algebra – Yang Benar Tetap Benar
  • Asyraf – Mungkinkah
  • Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseehart – Bebas Palestin
6. Anugerah Nasyeed Munajat
  • Rabbani – Mahabbah
  • Mestica – Layar Keinsafan
  • Varianz – Pergilah Dunia
  • Du’a ft Ustaz Amal – Sahaja Aku Mencintai Mu
  • Far East – Menanti di Barzakh
7. Anugerah Susunan Muzik Terbaik
  • Inteam – Dia Muhammad
8. Anugerah Video Muzik Terbaik
  • Nora Feat Voice of  Ummi – Pedoman
9. Anugerah Persembahan Vokal Terbaik
  • Rabbani & Mawi – Inikah Petanda
10. Anugerah Lirik Terbaik
  • Far East – Menanti di Barzakh
11. Anugerah Lagu Terbaik
  • Inteam – Dia Muhammad
12. Anugerah Juara Carta Nasyeed.com
  • Rabbani, Inteam, Saujana, Nowseehart – Bebas Palestin
13. Anugerah Khalifah Nasyeed

Tahniah kepada semua yang berjaya

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink