Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, February 16, 2015

Istanbul aku dtg(3) main snow di Uludag.



Subuh ni aku dikejutkan dgn alunan suara azan yg bersahut-sahutan dari satu masjid kesatu masjid, syahdu dan sayu tiba2 aku rasakan..

Masjid mmg sgt banyak disini dan terletak berdekatan antara satu sama lain, dengan rekaciptanya yg sgt indah pulak tu..

Tunggu kan di part 4 nnti akak tepek gambar di masjid biru atau Blue mosque ye..

Untuk kali ni akak nak bawa semua ke puncak Uludag yg tak jauh dah dari aparment kami, tp kalau dari bandar Istanbul mengambil masa lebih kurang dua jam nk sampai ke kaki gunung ni..
Walaupun penat sgt semalam sbb turun je dari epot terus travel ke sini, tp alhamdulillah dah dekat dan dpt simpan tenaga untuk bermain salju atau salji atau snow kjp lg.. Hihi

Sebelum gerak ke sana jom tgk bekpes yg sempat disediakan pagi itu..

Ayam goreng( lupa nk cerita smlm sblm sampai apartment singgah supermarket beli ayam fresh ni..) 
Senang kat sini sebab hampir semuanya halal, tak mcm waktu travel di australia n New Zealand dulu, melilau cari makanan halal..
Ini pula sup ayam nyum nyum
Tumis sardin ( syukur semua makanan dlm tin dan mee segera yg kami bawa dari Malaysia dpt dibawa masuk dgn selamatnya.. )
Last sekali telur dadar.

Bekpes dah mcm lunch, takpe supaya perut ni lama kenyang.. Taktau pkl brp pulak nk jumpa makanan lg karang..

Selepas mkn maka kami pun terus ke kaki gunung Uludag.
Lebih kurang 20 minit je dah sampai.
Lega bila tgk org tak ramai sgt, sebab akak ada baca dlm satu blog ni nk kena beratur panjang untuk beli tiket. 
Harga tiket dlm 30 lira seorang, lebih kurang rm50 kot.. Ok lah..
Tiket ni utk kabel car. Sampai kat atas tu semua free je sbb bkn snow buatan mcm yg kami pergi kat Beijing hari tu, ini yg ori ye..
Tp dalam pd tu kami tertanya- tanya jg betul ke ada snow kat atas sana sbb kat bawah ni lansung tak ada, cuma cuaca mmg lah sgt sejuk..sampaikan my fil pakai pun tak tebal sgt, mufler pun tak bawa, nasib baik ada yg aku punya tu bg kat dia utk tutup leher sbb kita org pompuan ni blh tahan lg pakai tudung..
Jom tgk gambar dalam cable car..

Apa2 mesti nk posing dulu..
Ni lah bangunan tempat nk beli tiket.
Steady tak my fil..:) 

Nak gak posing ngan my laling hubby
Hubby ngan ayahndanya..
Dah mula mendaki..rasa serun jg sebab tinggi..
Cantiknya pancaran matahari dari atas
Dan semua pemandangan mmg memukau..

Tak henti kami memuji kebesaran Penciptanya..

Subhanallah,Allahhuakbar..

Apabila dah semakin tinggi, mula nmpk ada sikit2 snow..
Makin banyak dah tu..

Subhanallah..

Lebih kurang 45 minit jg didlm cable car dan 2 transit, akhirnya kami pun slmt sampai ke puncak..

Sbnrnya mcm2 aktiviti yg boleh dilakukan di ats pncak ni sprti meluncur ais, atau menaiki motor tp kami tak naik pun, ank2 pun dah pernah skying waktu di Beijing dulu so kali ni cukup main2 snow je lah..
Bayaran untuk motor skying tu lebih kurang rm200.
Ni bkn naik betul2 ye, eksyen je si Aisya ni.. Hihi

Kami berdua pun x lps peluang..
Layan je lah gambar main snow banyak2 ni ye..

Kami sekeluarga..

Ni kami ramai2, hanya Ayah (fil) yg tak tahan sejuk dan menunggu didalam cafe sambil minum kopi panas..
Dah melompat, baring plk..
Nak buat ais kepal ni..

Dibawah rumpun bambu..
Aisya,Syira n causin Nasuha.

Bila dh kesejukan sgt masuk kedalsm cafe jap..
 

Berhenti berdiang ditepi pendiang yg disediakan..
Rasa mcm tak nak balik je.. Walaupun kesejukan dan kebasahan namun peluang yg ada digunakan Aisya sebaiknya..


Dah lah tu..
Jom kita pulang Aisya..:) 

Tempat ni dibuka sehingga jam 8 mlm, namun cable car beroperasi sampai jam 5 ptg shj.
Kat atas ni lebih kurang mcm kat Genting highland, ada hotel, cafe bagai.
So sape nk tidur kat ats ni pun boleh..tp x pasti lah kadar sewa hotelnya, mungkin mahal kot..

Kami slmt pulang ke apartment jam 6 ptg.. 
Bersama seribu kenangan manis..

Esok cuma bersiar-siar dibandar sebelum pulang ke bandar Istanbul pada hari lusa.
Setakat ini dulu. Jumpa lg di part 4..

Sunday, February 15, 2015

Istanbul aku datang ( part 2 )


Alhamdulillah, akhirnya selamat juga kami sampai dan menjejakkan kaki di negara islam Istanbul.

Sebaik sampai di lapangan terbang Atartuk kami disambut oleh wakil ejen kereta sewa yg telah kami booking dari Malaysia lagi..

Keterujaan untuk memandu sendiri ditempat orang bercampur dgn perasaan berdebar dan takut almaklumlah ditempat org ditambah pula keadaan sterengnya yg terletak disebelah yg bertentangan dgn di Malaysia.

Namun kami berdoa semoga segalanya dipermudahkan Allah.

Walaupun padamulanya kami menempah van besar yg boleh memuatkan kami seramai 11 org, namun oleh kerana tarikh tempahan dibuat sudah agak lewat akhirnya kami terpaksa terima saja apa kereta yg ada. 

Tapi yg bestnya sebuah ialah mpv mercedes dan sebuah lg kereta yg agak kecil sesuai untuk sil aku, Nor dan dipandu oleh suaminya ,Mie.
Lihat tu terpampang nama suami sil ku.. Hihi.Sempat disnap oleh anaknya.
Ini pula adalah gambar ejen tu sedang memberi penerangan kpd suami dan anakku berkenaan kereta tersebut.

Ni lah kereta merc kami kat sini, amacam? Menarik tak.. Hihi

Oleh kerana perancangan kami ialah
untuk kepuncak Gunung Uludag bermain salji pada keesokan harinya maka musafir kami diteruskan lg memandu sejauh lebih kurang 200km menuju ke aparment yg kami sewa berdekatan kaki gunung Uludag.

Tak terasa lansung penat mungkin kerana keseronokan melihat pemandangan disepanjang  perjalanan kami..

Untuk sampai ke tempat yg dituju kami sekali lagi teruja kerana dapat menaiki feri yg besar ( lebih kurang mcm yg ada di p.pinang) cuma perjalanannya agak lama merentas lautan untuk sampai keseberang.. Cuaca semakin dingin, selepas berselfie kami memanaskan badan didlm cafe yg terdapat diatas feri tersebut..

Sedikit pesanan utk rakan yg ingin menaiki feri di sana.. Terdapat beberapa buah feri dari syarikat yg berlainan. Ada yg mahal dan ada yg murah. Alhamdulillah feri yg kami naiki ini agak murah nama company atau ferinya ialah Istanbul Line.
Ianya mungkin murah kerana hanya mengira harga kereta tanpa mengira bilangan org manakala yg lain pula mengira mengikut bilangan kereta dan bilangan org jg dan itu yg menyebabkan ianya agak mahal.

Tiket boleh dibeli samada on line atau terus beli sewaktu nak menaiki feri tersebut. Anak akak cuba jg nak beli on line waktu di Malaysia tetapi agak susah nak dpt hinggalah kami bertawakal saja dan terus beli disana. Harga tiket lebih kurang rm115 utk kereta besar dan rm100 utk kereta kecil.
Bergambar beramai-ramai didalam feri.

Subhanallah..cantik sungguh pemandangan..

Banyak burung2 berterbangan disekitar..
Kalau nak tgk gambar kami sedang memberi makan burung2 tersebut kena tunggu kisah akak di episod yg akan dtg
Sebab otw balik semula ke bandar Istanbul nanti sekali lg kami akan menaiki feri dan kali ni my fil siap bawa roti lg utk bird feeding.. Hihi

Jom tgk pemandangan indah sepanjang perjalanan menuju ke Uludag..
Terdapat banyak juga universiti2 disini..
Teringat cita2 salah seorang adikku yg berniat untuk menghantar anaknya menuntut ilmu disini..moga terkabul hajatnya..

Akhirnya setelah menempuh perjalanan selama  2 jam lebih, kami sampai ke apartmen kami.. 

Pada yg ingin memandu sendiri disana, adalah perlu untuk menyewa sekali GPS bagi memudahkan kita utk sampai ke destinasi, walaubagaimanapun setelah sampai ke kwsn perumahan tersebut, bkn lah mudah jg kerana keadaan lorong dan jalan disana amatlah sulit dan tidak teratur, bahkan terpaksa melalui jalan sempit, curam dan berbukit..
Akak memang kecut perut dan beberapa kali menjerit kerana keadaan jalan yg curam dan amat sempit terutama apabila berselisih kereta.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa kali memusing mencari rumah akhirnya bertemu jg, tuan rumahnya siap menanti diluar apartment menunggu kedatangan kami.

Alhamdulillah, sangat selesa apatmentnya dengan 5 buah bilik termasuk dapur utk memasak beserta peralatan memasak, mesin basuh kain beserta pengering(x tau lah rajin ke tak nk mendobi.. Hihi )
Pemandangan dari balkoni apartment kami ditingkat 12.
Aisya puteri bungsu akak yg suka selfie ntah apa2 di luar apartment berhampiran carpark.
Keesokannya rupanya kereta kami disaman kerana tak meletak kan parking tiket, namun pegawai yg menjaga tu sgt baik n friendly lebih2 lg bila mengetahui kami sama2 muslim, siap bersembang pulak dgn kami dan my fil yg paling rajin melayan..dah lupa sape nama dia.. Tp mmg nama muslim.. Boleh berbahasa inggeris sikit2 campur isyarat tgn namun yg paling menghubungkan kami ialah kata2 'assalamualaikum' dan 'masyaaallah'.
I'm so proud to be a Muslim...
Malam pun menjelang.. Sebenarnya awal sgt magrib disini oleh kerana masih dlm musim winter disini pkl 5 ptg dh gelap ye..mcm tak percaya..
So oleh kerana kepenatan dan esok pun nk bangun awal untuk ke gunung Di Uludag , kami masuk tidur awal..

Bismikallahhumma ahya waamutu..

Jumpa lg di part 3 Istanbul aku datang..

Saturday, February 14, 2015

Istanbul Aku dtg.. :) ( part 1)



Akhirnya tercapai jg hajat aku,anak2 dan suami yg nak bawa ayahnya ke negara islam Al fateh, Istanbul,Turki. Pada 22hb Jan hingga 3hb Februari 2015 baru2ni.
Turut serta bersama kami ialah dua orang adik iparku Kamariah dan Nor bersama keluarganya. Jadi jumlah semua yg pergi ialah seramai 11 org.. Memang seronok dan meriah..

Kami pergi tanpa melalui mana2 ajen pelancungan so dpt lah save banyak jg perbelanjaan. kebetulan Incik suami pun dh pernah pergi bersama kwnnya dulu, so x lah susah sgt..


Bab cari tempat penginapan kat sana sampai lah kpd kereta sewa dan tiket flight semua dibuat sendiri oleh anaknda sulung akak Syira. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar..

Jom tgk gambar hari bertolak sampai lah ke bandar Istanbul dan sebaik sampai di Istanbul kami terus ke Bandar Bursa yg terletak lebih kurang 2 jam perjalanan dengan kereta. Oh ye, flight kami pula transit di Doha, Qatar tapi tak lama hanya dua jam je.
Keseluruhan perjalanan boleh tahan juga, lebih kurang 14 jam.. Naik kematu jg... 
   

Demikian lah suasana semasa bertolak dari Malaysia hingga lh sampai ke kota Isketambola.
InsyaAllah kita akan jumpa lg di episod yang akan datang.. Istanbul aku datang.
Bye dulu..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink