Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, February 11, 2011

Dapur ku terbakar...

Ariana nak berkongsi sedikit  antara peristiwa pahit dan amat mencemaskan yang telah menimpa Ariana walaupun perkara dah berlaku hampir setahun dah..,tapi x mungkin dapat dilupakan sampai hari ini, setiap kali kedapor untuk memasak..,memang ingat,  apatidaknya, semuanya berlaku kat situ..Namun, syukurlah..tidak melarat dan hanya sebahgian kecil dapor sahaja yang terlibat..
Dikesempatan ini juga Ariana ingin berpesan sangat-sangat kepada semua..janganlah cuai, setiap kali didapor terutamanya ketika memasak..ingatlah api itu semasa kecil menjadi kawan, apabila besarrr menjadi lawan.  Semua ni terjadi pada ariana adalah kerana kecuaian Ariana sendiri..
Add caption

gambar ni diambil dah lama lepas terbakar tu, dah cuci semuanya, baru teringat perlukan gambar utk claim insurans..


Masih ingat pada hari tu, Ariana ada tetamu sebenarnya,jiran berdekatan rumah yang datang menemui hubby untuk meminta pandangan tentang rumah barunya( Arkitek lah katakan) .Ariana waktu tu nak menggoreng keropok, Ariana gunakan kuali kecik je..apinya pula besar, bila dengar jiran tu dah datang Ariana pun keluarlah membuka pintu, kononnya nak keluar sekejap je..rupanya teruslah lupa yang ariana dok goreng keropok tadi..apalagi ..api tu memakan minyak didalam kuali tu,,Anak Ariana Eisya yang mula nampak dan bagitau Ariana..bila tengok api dah menjulang, Ariana pun menjeritlah.. semua meluru ke dapor termasuk lah tetamu sekali..hehe..Sib baik juga x panik, Ariana teringat orang kata, api dipadam dengan kain basah, terus ambik kain alas kaki yang ada.., basahkan dan tutup atas kuali tu..api dah padam tapi rupanya dah membakar serombong asap..bunyi kuat kat atas serombong dapor tu..hubby sibuk cari air dan cuba cari kat mana ada api lagi, tapi x nampak..cuma bunyi dan bau kuat. Akhirnya telefon juga bomba.. dalam masa menanti ketibaan bomba tu macam-macam dalam fikiran dan tak putus -putus mengucap dan berdoa agar tak melarat..kalau tidak  tak tahu lah..dah lah rumah ni baru saja kami duduki ...sepuluh minit menanti bomba sampai macam sepuluh tahun lamanya, bila bomba tiba dengan bunyi sirennya..,apalagi, ramailah jiran tetangga sekeliling yang datang..penuh dihadapan rumah..terharu ada , malu pun ada rasanya..Tapi api tetap tak kelihatan..setelah beberapa lama ahli bomba mengesahkan api dah padam..yang kedengaran berbunyi tu sebenarnya adalah bunyi plastik serombong asap yang terbakar tu..
Ariana tak habis- habis memanjat kesyukuran kepada Allah kerana rumah kami terselamat..mungkin ini hanya sedikit teguran dari Allah buat Ariana sekeluarga..Selepas tu..agak marah juga lah hubby dengan Ariana, maklum lah, semua ni x kan berlaku kalau Ariana tidak cuai..Ariana memang akui semuanya memang silap diri sendiri..
Tapi kini setelah settle urusan insuran, Alhamdulillah segalanya dah ok..malah dapat satu microwave oven yang baru "built in " lagi...
Ini lah gambar microwave oven yang baru dipasang selepas kejadian tu..

hood yang baru dipasang.. berkilat lagi.. hehe

janji..akan  berhati -hati lepas ni..
I'm sorry and thanx..,my dearest husband..!

Thursday, February 10, 2011

KELUARGA KESAYANGAN KU....

ARIANA'S FAMILY

RUMAHKU..SYURGAKU..
          Hari ni Ariana hanya nak berkongsi sedikit luahan rasa yang sebenarnya x penting mana pun..hanya sebagai pesanan., peniup semangat atau meluah rasa untuk diri sendiri aje..
          Selama 40 lebih tahun menjalani kehidupan ini memang bermacam telah di tempuhi..ada suka dan ada duka. Memang dah lumrah hidup. Bermula dari sebuah keluarga yang sederhana tetapi bahagia ,sebagai anak sulung dalam sebuah keluarga..amat manja, spoilt dan degil..Al maklum di manja kan oleh semua, sudahlah cucu sulung, anak saudara sulung pula..Begitulah Ariana dulu.
          Tetapi kini semua tu dah berlalu..kini Ariana merupakan seorang ibu dan isteri pula..barulah tahu macamana rasanya bila cakap ibu kita bantah, degil atau malas nak menolong ibu didapur dan sebagainya..Tapi bukanlah bermakna anak-anak Ariana ni degil sangat..Alhamdulillah mereka sebenarnya membesar dengan cepat dan tidak pernah pun membawa apa-apa masalah yang besar kepada kami ibu- bapanya. Adatlah kalau sikit-sikit mereka " meragam " tu..Ye lah..anak Ariana pun x ramai, hanya 3 orang, yang 2 orang lagi telah pergi dahulu menyahut seruan ilahi , malah belum sempat pun mengecap hidup didunia ini.. Namun Ariana redha dengan ketentuannya..Hanya Ariana berdoa moga akan dipertemukan jua nanti di alam yang kekal abadi..
         Orang kata jika kita sentiasa bersyukur, InshaAllah hidup kita akan berbahagia dan jiwa akan tenang,,itulah yang sedang Ariana cuba lakukan kini..redha menerima serta bersyukur dengan limpahan kurnia
serta nikmat kebahagiaan yang Allah anugerahkan ini..Dan kalau terasa ada sesuatu yang kita inginkan sangat- sangat dalam hidup ini tetapi tidak kita capai..anggaplah itu sudah suratan dan pasti ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui...Dan sentiasalah muhasabah diri dan perhati serta bandingkan kita dengan insan-insan lain yang jauh lebih susah dan serba kekurangan dari kita..agar kita bersyukur dengan apa dan siapa kita pada hari ini..
        Teringat semasa dizaman persekolahan dulu, Ariana gemar sangat menulis... selain hobi lain..menyanyi dan bergambar..hehe..( jiwa senilah konon..). Tapi menulis karangan, atau cerpen, sajak memang sangat minatlah..! pendekkata kalau B.M bab karangan ni memang sentiasa score markah tinggi..bab menyanyi pulak memang dah darah seni mengalir dalam diri..dari arwah Bak yang suaranya memang sedap..pandai bermain trompet lagi..Ma pun x kurang merdu suaranya, dulu selalu menyanyi kat majlis2 kawin..hehe.Kini terbukti apabila adik Ariana sendiri HAZAMIN ( Kumpulan IN TEAM) berjaya dalam karier seninya..Dan Ariana pun berjaya juga.. berjaya jadi juara menyanyi di dapur..hehe..( nasib baik x dapat suami tua )...
      Apa yang Ariana nak sampaikan disini ialah..sekarang, pada hari ini..segalanya telah banyak berubah, dari alam persekolahan. alam remaja dan seterusnya alam berkeluarga, membesarkan sendiri anak-anak bersama insan yang disayangi yang sudi berkongsi hidup selama 23 tahun dengan ariana hari ini..Terimakasih Sayang!
Namun ada banyak juga yang belum berubah.. antaranya hati, ingatan, kenangan dan juga minat menulis..Walaupun x menjadi seorang penulis tapi..dengan adanya bermacam kecanggihan sekarang..inilah Ariana meneruskan lagi minat Ariana ni..menulis, mengarang dan meluahkan apa yang ada dihati ini..bukanlah mengharap orang membacanya sangat pun..malah follower pun hanya ada beberapa kerat hehe..(maklumlah bukan pandai sangat pun, dan bukan artis atau " somebody")   hanya insan biasa saje. yang selama ini entah dimana berkurung dibawah bayang sendiri kot..hehe..
     Apa pun, setelah beberapa waktu ini Ariana gembira sangat sebab dapat juga bercerita dan menulis diruangan ini...yang baru saja Ariana terokai..( walaupun orang lain dah lama..hehe). Tak kenal maka x cinta..dulu x tau lagi kemanisan ber blog ni.. :)
     Akhirnya kalau ada sesiapa yang membaca luahan ariana ni samada yang mengenali atau tidak Ariana mohon maaf andai ada kesilapan dalam menulis..yang penting keikhlasan kita dalam menulis itu..:)
Nanti arian akan sambung lagi, bagaiman Ariana cuba menerangkan kepada En Suami..apa yang Ariana buat berjam-jam mengadap komputer semenjak dua menjak ni..dan apa reaksi dia..he he..Tunggu..!!!

Tuesday, February 8, 2011

Misteri kewujudan hujan batu

      Kehadiran hujan batu yang cuma sesekali sememangnya suatu fenomena  cukup menarik. Lazimnya ia terbentuk semasa cuaca panas yang disertai dengan kilat dan petir. Ini berlaku apabila titisan hujan membeku ketika melaui satu kawasan udara sebelum tiba ke bumi.
      Setitis air hujan mampu membentuk  hujan batu yang kecil. Apabila ia turun sebagai hujan batu, ia boleh jadi bertembung dengan arus udara yang sedang naik dengan kuatnya. kemudian ia akan tertolak semula keatas iaitu pada peringkat hujan turun. Titisan baru yang terbentuk akan bercantum dengan titisan hujan tersebut.
      Apabila ia turun sekali lagi melalui kawasan yang sejuk, titisan baru tadi akan mengembang dan membeku sehingga menjadi lebih tebal dan berat. Ini sekaligus mebolehkannya menembusi daya arus udara yang sedang naik sebelum jatuh kebumi.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink