Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, August 15, 2011

Iftar Padang MPK

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu baru ni, Ariana sekeluarga ( kecuali Yaya yang berada di kolej), telah berbuka puasa ala piknik gitu kat Padang MPK Kuantan. Oleh kerana pada hujung minggu, ramai sungguh manusia. Subhanaallah. Terkejut juga kami sebab penuh satu padang bola tu dengan manusia berbagai peringkat umur, dari baby sampai lah yang tua..ini baru kat atas dunia..bagaimanalah nanti di padang masyar..

Bila dah ramai, berbagai pula lah ragamnya.Ariana sebenarnya bukanlah suka sangat dengan keadaan yang bersesak-sesak tu, tapi kalau sesekali macam ni, boleh lah..selain mengubah selera dan suasana berbuka, banyak yang boleh kita perhati dan ambil pengajaran nya disebalik semua ni.. Ya lah..anak-anak yang sedang membesar macam Tiha dan Eisya sesekali elok juga jika didedahkan dengan bermacam perkara.Biar mereka rasa semua.Susah mau pun senang.

Ok lah, jom kita tengok gambar, yang tak berapa terang ni, sebab pakai kamera poket je, Tiha malas nak kandar dslr dia..huhu.Dia nak pergi pun, mujur. Mulanya tak mau pergi..panas katanya..Hai anak-anak sekarang, nak bersenang lenang je..

Eisya tengah lapar, tak peduli kan orang dah..:)


Tengah makan pun nak tengok orang lagi Cik abang oi..:)

Ramainya manusia..penuh satu padang bola!


Penuh sesak

Sedapnya puding raja tu..!


Tuan puteri ni mulanya tak mau ikut.konon..:)



Eisya sempat lagi posing ngan Abah

Nampak tak masjid kat belakang..sangat cantik..

Saturday, August 13, 2011

Antara yang WAJIB dan KEWAJIPAN..

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa dan berhujung minggu.

Agaknya apa aktiviti korang hari ni ye..
Antara yang WAJIB dan KEWAJIPAN.., sudah kah dilakukan?
Ariana dari pagi sampai sekarang dok tengah buat ni..:)

Kewajipan..menanda buku yang menimbun...

Banyak lagi yang belum siap..huhu. siapa nak tolong?

Al Quranul karim

Wajib..  peruntukkan masa untuk ni..

Friday, August 12, 2011

Kad kawin unik milik siapa ni?

Assalamualaikum.

Dok bw tadi..jumpa pulak kat blog Deyna ni, pasal kad jemputan kahwin yang unik.. nak tau kad jemputan siapa ni..
Hah..untuk pengetahuan korang, ni lah kad jemputan Kahwin ASYRAF MUSLIM.
Kenapa lah orang lain tak pernah terfikir nak buat kad unik dan menarik macam ni sebelum ni ye.
Balik-balik style tu jugak..Yang ni baru ada pembaharuan, tak silap Ariana kad ni ditulis dalam tulisan jawi dan seakan menyerupai halaman kitab suci al Quran tu..
Tahniah buat Asyraf dan moga jodoh berkekalan dan bahagia selamanya. Amin..
Lepas ni, tentu ramai yang tiru ni..hehe..


T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink