Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, March 18, 2012

Libur Jakarta-Bandung (2)

Assalamualaikum.

Sambungan Libur Jakarta-Bandung.

Ni lah hotel kami di Bandung..Namanya cukup romantis gitu..Ciumbuleuit..
hah..siapa tahu apa maknanya.
Akak dengan muka tak malunya dah tanya pada " supir" kami Pak Tatang..katanya.".Ciuman lembut" gitu..huhu.
Agaknya sebab tempat ni memang sesuai untuk pasangan berhoneymoon kerana kedudukannya dikaki bukit menjadikan udaranya sangat nyaman dan pemandangan pun cantik..:)

Our sweet memories ever..:)
Apa simboliknya..sekuntum daisy merah didalam air..

Biliknya pun sangat selesa
.




 Day 2.
Selepas bersarapan dihotel yang banyak sekali pilihan juadah nya, kami memulakan perjalanan ke destinasi hari ini iaitu ke Tangkuban perahu. Tempat ini mendapat namanya dari bentuk kawah gunung berapinya yang kelihatan seperti perahu ditangkup atau diterbalikkan.Sebenarnya ada lagenda disebaliknya, iaitu kisah seorang anak yang mencintai ibu kandungnya sendiri..begitu lah menurut Pak Tatang supir kami. 


Sebaik menjejak kaki ke Tangkuban perahu itu, akak terhidu satu bau yang agak tidak menyenangkan..mulanya akak tertanya-tanya juga, kemudian bila diberitahu Pak Tatang rupanya itu adalah bau belerang dari kawah gunung berapi itu..Kuat sungguh baunya.

 Menurut Pak Tatang lagi selain kawah ini, terdapat beberapa kawah yang lain termasuk kawah domes yang dibenarkan kita turun dan duduk-duduk sambil mencelup kaki kedalam airnya, tapi yang itu haruslah dibawa oleh tour guide nya yang telah disediakan dan bayarannya pula mengikut jam..mulanya teringin juga nak kekawah tersebut, tapi memandangkan masa yang terhad,kami terpaksa batalkan niat tu, anak-anak lebih teruja nak ke Trans studio pula..huhu.

Jom layan gambar di Tangkuban perahu...pemandangannya.. Subhanallah,sangat menakjubkan..Mat Salleh kata..take my breath away.. tapi agak sejuk..dan angin pun sangat kuat bertiup hingga kan akak terpaksa memegang baju dan tudung akak..:)



Subhanallah


Angin kencang bertiup..kalau tak pegang tudung, memang melayang..huhu



Budak Eisya ni bergambar nombor satu..hehe

My hero pun dah pandai posing skrg..hehe

Semuanya berebut nak bergambar dekat situ..

Dok ambil gambar bandar Bandung yg kelihatan dari atas puncak bukit ni

Akak tumpang posing jangan marah ye..:)

Pokok yang terdapat disekitar Tangkuban Perahu.
Adoi..mesti berat blog akak sebab banyak gambar yang besar-besar ni..huhu..ok lah setakat ni dulu kali ini.
Insyaallah nanti sambung kisah di Trans studio, strawberry picking dan shopping di Tanah Abang dan Jalan Cihamplas pulak.


Saturday, March 17, 2012

Libur Jakarta-Bandung


Eisya sedang merenung keluar jendela
Assalamualaikum.

Terasa rindu dah pada kawan-kawan semua dan pada blog Ariana's story ni yang dah terbiar agak lama..bersawang dah agaknya.
Harap korang semua sihat-sihat belaka dan tentu ramai juga yang baru je balik dari bercuti dengan yang tersayang sempena cuti sekolah ni kan..sama macam Ariana's family yang baru je selamat pulang malam tadi dari Jakarta- Bandung. 
Alhamdulillah, semuanya amat baik dan lancar.segalanya -galanya dipermudahkan Allah swt meskipun otw pergi ke Jakarta, Akak hanya ditemani puteri akak Yaya, Tiha dan Eisya. Manakala Abah mereka menunggu disana.
Pada yang sudi, jom kongsi kenangan manis akak selama disana ( 4 hari 3 malam ).

Day 1: Berlepas dari KLIA dengan pesawat Lion Air. Jam 1.00 pm waktu Malaysia. (Akak pun dah jadi orang Indon..cakap "jam") hehe. Terimakasih pada adik akak Hazamin  yang telah menghantar kami pada hari itu walau pun hari bekerja.Kalau tidak, susahlah kami.

Afnan dan aufa pun ikut sama menghantar..  

Menunggu untuk memulakan kembara..

 Sesampai di Lapangan terbang Sukarno Hatta, Jakarta kami pun tercari-cari Abah mereka.Keadaan agak sesak dan ramai sangat orang yang menunggu...Alhamdulillah, akhirnya wajah yang kami cari-cari muncul jua..Dalam hati akak sangat gembira dan bersyukur..rasa seolah-olah terlepas beban dibahu akak, ringan serta merta. almaklumlah..tanpa Abah mereka, akak lah yang bertanggung jawab sepenuhnya keatas anak-nak dara akak tu..huhu. Hilang rasa rindu bila melihat senyuman yang menguntum dari bibir hubby ku..hehe. ( Macam lah dah berpisah lama sangat, baru 5 hari je..:) )

Kami pun terus dibawa ke Avanza yang disewa dan siap dengan pemandunya sekali. Destinasi kami ialah Bandung..yag memakan masa dua jam perjalanan dari bandar Jakarta.Oleh kerana kepenatan, kami tak banyak bercakap dalam van, hanya mata kami tertumpu keluar memerhati berbagai gelagat dan pemandangan diluar sana. Walaupun kita serumpun, nyata banyak jurang perbezaan samada dari segi cara hidup dan taraf kehidupan mereka.Sepanjang jalan banyak kesedihan dan airmata mereka yang dapat kami lihat..dengan penduduk yang sesak, terlalu ramai sudah tentu amat sukar walaupun untuk menyuap nasi kemulut sendiri..apatah lagi buat menyara seisi keluarga. Akak pun mula lah jadi" penceramah bebas" buat anak-anak akak.".hah..lihat tu..betapa susahnya mereka.kita kena bersyukur.." .hingga anak-anak kecil pun menadah tangan dari kereta ke kereta hanya untuk meminta sedikit rezeki..kesian sungguh akak.Bahkan hubby dah siap2 sediakan " wang receh" untuk diberi kepada mereka...

Sampai di hotel, terus merehatkan badan, hari pun dah malam, so, kami cuma pesan makanan dari bilik hotel je..simpan tenaga untuk mendaki bukit ke Tangkuban perahu esok hari pula..

Insyaallah..akan bersambung lagi..



Saturday, March 10, 2012

Bermusafir

Assalamualaikum.

sori ..x nampak apa..dari jauh..tu yg berkumpul tu tengah akad nikah tu..huhu
Semalam merupakan hari terakhir persekolahan bagi penggal ini..belum pun mula cuti, semalam dah ada pasangan bernikah, agaknya nak mengelakkan kesibukan dalam cuti ni..Akak sempat curi-curi ambil gambar dari jauh kat Masjid tempat akak ngajar..

Selamat pengantin baru pada mana-mana pasangan pengantin yg bakal mendirikan rumahtangga dalam cuti sekolah ni..


Duit pun dah tukar..yeay jadi " jutawan" segera dah akak..

now you guys tentu dah tau akak nak gi mana kan..hehe

Pada yang merancang untuk bercuti bersama tersayang pula..akak ucapkan selamat bercuti dan bergembira.Pada yang tak kemana-mana pun, enjoy your holiday bersama keluarga dengan mengisinya dengan berbagai aktiviti yang berfaedah serta dapat mengeratkan lagi kemesraan.

Akak n family..Insyaallah..akan bercuti ke satu destinasi juga..tak lah jauh sangat..negara jiran kita juga..Cuma.. kali ni agak berdebar sebab akak hanya pergi dengan anak-anak dara akak je, manakala hubby akak dah menunggu di sana..( dia terpaksa pergi dulu atas urusan kerja..)hanya akak memohon pada Allah..agar permudahkan segalanya..

Robbi yassir..wala tuassir. 

Pada rakan blogger yang disayangi,tolong doakan kami selamat pergi dan selamat pulang semula ye.

Akak pun akan menyepi diri lah untuk beberapa ketika..hehe ..
Insyaallah nanti kita jumpa lagi..:) 

Wassalam.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink