Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Thursday, December 6, 2012

Fatiha dan Keratoconus nya.

 Pagi tadi jam 8 am anaknda akak Nur Fatiha telah selamat menjalani satu pembedahan kecil matanya di hospital UIA Kuantan.( Pembedahan cross-linking) .
Kos pembedahan ini adalah sebanyak RM 1500. Namun nilai nikmat pancaindera itu amat berharga dan tak ternilai dengan wang ringgit sebenarnya..

Kos pembedahan
  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan hanya memakan masa selama lebih kurang 40 minit sahaja.

 KERATOCONUS- Begitu lah nama penyakit mata Tiha ni..pelik dan jarang sekali didengar kan..Akak pun terpaksa buat survey pasal penyakit ni bila diberitahu oleh Doktor tentang masalah mata Tiha ni kira-kira setahun yang lalu. Sebelum ni kami sangkakan hanya masalah rabun biasa saja..rupanya lain dari yang lain..Nasib baik lah dah ada kemudahan ternet ni, dihujung jari je kita petik dah dapat tahu pasal apa saja yang kita nak tahu..syukur alhamdulillah.
So, mungkin ramai diluar sana yang nak tahu pasal KEROTOCONUS ni, akak dah minta izin share dari blog seorang doktor muda ni..(My optometris journey).
Jom baca...mana tahu, satu hari nanti salah seorang ahli keluarga anda dikesan ada penyakit ini juga..






Penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja dengan nisbah 4-600:100 000. Nisbah kaum yang berisiko di Malaysia adalah:
India > Melayu > Cina

Kawasan tengah kornea membonjol keluar.

Apa itu keratoconus??
---> salah satu penyakit pada mata yang mengakibatkan kawasan tengah kornea pada mata mula membonjol keluar. ini akan menghasilkan bentuk kornea ini akan kelihatan seperti seolah-olah menjadi bentuk kon.
Proses penipisan lapisan sel pada tengah kornea yang boleh membawa kepada keratoconus.

Siapakah yang berisiko untuk mendapatkan penyakit ini???
  • Mereka yang ada sejarah/keturunan
  • Mereka yang ada gangguan sistemik lain seperti sindrom Marfan, sindrom Down
  • Mereka yang ada allergik dan hypersensitiviti yang selalu gatal mata dan menggosoknya dengan agresif
  • Sejarah buruk mengenai pemakaian kanta sentuh.
Antara gejala yang pesakit kertokonus akan rasai adalah:-
1. Penglihatan berganda pada sebelah mata/ monocular double vision.
2. Halos ataupun bayang-bayang seperti pelangi ataupun cecincin di sekeliling cahaya.

Halos yang selalu dilihat disekeliling cahaya.

3. Rasa teramat silau dan sensitif kepada cahaya.
4. tidak dapat melihat objek yang pada jarak jauh dengan jelas.
5. sakit kepala/ asthenopia
6.Kerap menggosok mata dengan menggunakan tangan.
7. Kerap menukar kaca mata (3-4 kali setahun) akibat power yang meningkat.

Apakah penyakit ini boleh berkembang???
ya penyakit ini boleh berubah menjadi semakin teruk jika tidak dirawat. Ada 4 peringkat dalam penyakit ini:-
1. Peringkat 1 (Peringkat permulaan)
2. Peringkat 2 
3. Peringkat 3
4. Peringkat 4 (Peringkat Advanced)

Lihatlah sahaja penglihatan keratoconus pada peringkat 4.

Apakah rawatan yang ada untuk pesakit keratoconus ini???
1. Kaca mata
2. Kanta sentuh
3. Rawatan oleh oftalmologi.

1. Kaca mata
---> cuma sesuai untuk peringkat 1 sahaja. tetapi pesakit perlu selalu menukark kaca mata kerana kuasa mata yang selalu berubah-ubah. dan penglihatan dengan kaca mata juga tidaklah begitu baik. Kanta sentuh adalah pilihan seterusnya.

Semuanya akan kelihatan kabur akibat kehadiran silau yang tinggi pada permukaan depan mata.

2. Kanta sentuh
---> terdapat pelbagai pilihan kanta sentuh untuk pesakit keratoconus ini memandangkan penyakit ini adalah terbaik dibetulkan dengan menggunakan kanta sentuh. Contohnya :-
        a. kanta sentuh separa keras untuk kes pada peringkat 1
        b. kanta sentuh separa keras dengan rekabentuk asferik
        c. Kanta sentuh hibrid iaitu Soft K- Soflex
        d. Kanta sentuh 'piggy back' 
        e. Kanta sentuh lebih besar- Scleral lens


Kanta sentuh separa keras untuk pesakit keratoconus.

# p/s: kanta ini amat selamat digunakan kerana ia tidak meliputi keseluruhan kornea, ini memudahkan pengaliran oksigen ke dalam dengan efektif melalui air mata.

Ini adalah contoh kanta sentuh 'piggy back' iaitu kanta sentuh ini dipakai 2 jenis yang berbeza sekali gus. kanta sentuh lembut dibawah dan kanta sentuh separa keras di bahagian atasnya.

#p/s: biasanya digunakan untuk pesakit yang sangat sensitif dan tidak dapat menyesuaikan diri terhadap kanta sentuh separa keras jika menggunakan kanta sentuh separa keras sahaja.

Perbezaan kanta sentuh scleral (kiri) dengan kanta sentuh separa keras (kanan) untuk pesakit keratoconus.

Kanta scleral adalah kanta sentuh separa keras juga tetapi ianya didapati dalan diameter yang lebih besar.

3. Rawatan oftalmologi
     Antara rawatan yang ada untuk oftalmologi jalankan terhadap pesakit keratoconus adalah: 
         a. rawatan intacts
         b. rawatan cross-linking
         c. rawatan corneal graft

                           
Rawatan intact yang akan digunakan oleh oftalmologi untuk meratakan kawasan tengah kornea yang curam.

Rawatan cross-linking. Rawatan ini menggunakan prinsip untuk menguatkan ikatan lapisan kornea menggunakan bahan yang dikeanli senabagi riboflavin.

inilah rawatan yang diberikan kepada permukaan kornea pesakit keratoconus.

apa yang berlaku selepas rawatan crosslinking terhadap permukaan kornea pesakit.

Rawatan corneal graft penyelesaian untuk pesakit di peringkat 4.

 #p/s: Pesakit di peringkat 4 ini yang akan menyebabkan kornea berparut dan dan memang memerlukan penderma kornea untuk transplant dijalankan.

Kesimpulan: 
Jika anda mempunyai gejala dan simptom seperti yang dinyatakan di atas, jalanilah ujian penglihatan untuk memastikan anda dapat dirawat dengan secepat mungkin sebelum penyakit ini berkembang ke peringkat yang lebih teruk. Semakin cepat dikesan, semakin tinggi peluang keberjayaan untuk penglihatan yang optimum.
>(^____^)<

kredit utk blog Doktor muda ini.

Akhirnya semoga Tiha cepat sembuh..lepas ni lebih "Nice view" ye darling..!


8 comments:

Unknown said...

takutnye..

saya pun rabun teruk ni kak. pandangan kalau tak pakai spek sama le lebih kurang dengan gambo tu.

cuma skang tgh kumpul duit nak buat lasik. ngeee~

NEKCIK said...

alhamdulilah semuga cepat sembuh

ariana said...

@mak bed
Lasik Mmg baik Sgt utk masalah rabun biasa, tp tiha x blh..sbb dia henis rabun lain..huhu

ariana said...

@Nekcik
T.ksh banyak, aamin :)

munna said...

takut juga membacanya.... semoga ok semuanya

Anonymous said...

salam kakak..
sy nak ty ckt blh..sy pown psakit keratusconus..sy nak ty kakak,kakak bt ney kat hospital swasta kew kakak,yg cross likikng ank kakak ney..anak kakak smpat pakai lens tak?sy dulu folo up dgn HKL,tp ambek mase yg lame top nex apoimen..kakak ad fb tak,sng ckt nak ty..anak kakak yg bt cross liking too,umo bpew?

Unknown said...

jwpn pd yg bertanya;ank akak fatiha berumur 18 thn, dia buat cross linking tu dkt hospital UIA , Kuantan dan memang ada sedikit bayaran..
kalau nak add fb akak search Zanariana Zari.

Anonymous said...

akak dahh add pon fb akak tp tak app pon,ad byk nak ty ney..akak ad nom tepon ospital too tak?sy dulu folo up dgn HKL tp ambk mase lame sgt lahh akak..sy ingt twuz nak bt ccros liking ney..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink