Cepatnya masa berlalu, dah hampir kepenghujung cuti sekolah sesi 2012 nampaknya.
Akak pun dah mula sibuk bila dekat-dekat nak buka sklh ni..maaf sgt kalau tak sempat membalas kunjungan korang atau bw kat rmh kengkawan..
Semalam akak bertugas disklh, dari pagi sampai petang,membantu apa2 yang patut...walau pun ditempat akak mengajar dah buat hari pendaftaran pada hari Sabtu lepas, tapi masih ramai ibu bapa yg datang pada hari semalam dan sampailah ke hari persekolahan nanti, sebab ada yg tak dpt dtg hari tu kerana balik kampung dan sebagainya..memang tiap2 tahun macam ni lah..
Oh ye, semalam pun keputusan peperiksaan UPKK telah pun dikeluarkan oleh Jaip.
Alhamdulillah, seramai 16 org murid berjaya mendapat 8A dan 17 org pula berjaya mendapat 7A 1B, dan yg selebihnya agak bagus juga, ramai yg mendapat 6A dan 5A.
Cuma sedikit terkilan pada yg mendapat 7A tu..kalau tak, lagi ramai yg dpt straight A...kebanyakannya sangkut pd pelajaran Lughatul Quran atau Bahasa Arab ..Memanglah pelajaran tu pun agak sukar bagi murid2 melayu..
Apapun syukur, alhamdulillah...Rasa hilang penat mengajar , mencurah ilmu yg ada pada anak2 ini..
In sha Allah akan cuba dipertingkatkan lagi usaha bagi kecemerlangan untuk tahun2 yg akan datang,kalau akak masih diberi peluang dan panjang umur..
Akak nak kongsikan gambar di hari pendaftaran Kafa An Nadwah baru-baru ini, selepas habis pendaftaran, kami semua dijamu nasi arab di restoran berhampiran..
Sedap,makanan free tambah2 sedappp..hehe
Jom layan gambar kami..
Buat2 sibuk..hehe |
sibuk mcmn pun tetap nak berposing..hehe |
Ibu bapa mula membuat pembayaran yuran |
Kaunter paling sesak, penjualan buku2 dan uniform..kena sabar...huhu |
Rakan seperjuangan akak yg turut mengajar murid tahap lima utk upkk ni..Ro dan Aini |
Kira duit...paling pening..takut sgt kalau short...huhu |
Alhamdulillah, selesai dalam pukul 1 tghri, dan kami pun berkonvoi ramai2 untuk lunch...
Ni lah Tuan Guru besar akak yg sgt sporting dan baik hati..:) Us. Harmizi. |
Izan, Aniza ( baru kehilangan suami dlm kmlgan yg akak cerita dulu, suaminya bilal masjid negeri,Us Azam) Aini. |
Ijah ( kerani), Anum dan cikkak. |
Sekian dulu, sbnrnya ramai lagi yg tiada dlm gambar..kami seramai 22 org tenaga pengajar di an nadwah.
Masing2 ada yg nak cpt balik ada hal dan ada yg malu utk bergambar..hehe
6 comments:
TAHNIAH utk kesekian kalinya utk akak n semua guru2....
Wah sedapnya dpt mkn free.....nyum...
@nza
T.ksh banyak...sesekali dpt mkn free mmg lah best., hehe
tahniah cikgu cikgu..semuga Allah berikan ganjaran yang terbaik atas didikan yang tulus ikhlas!!
tahniah cikgu cikgu..semuga Allah berikan ganjaran yang terbaik atas didikan yang tulus ikhlas!!
tahniah utk akk dan semua.
semoga 2013 pelajar2 akk lebih semangat belajar dan kejar ilmu.
good luck utk akk juga :)
Terimakasih nekcik n mamy harraz( yatie) :))
Post a Comment