Rasanya cuti kali ni, banyak juga majlis kahwin yang akak berpeluang hadiri..Cik Abang pun agak kelapangan dan sporting kali ni, so dapat lah temankan akak...selalu juga akak terpaksa pergi kenduri ngan anak-anak atau ngan Bonda akak je, bila time Cik abang sibuk atau out station lah..memang tak best sebab orang akan tanya2 mana suami kita kan..huhu
Kali ni akak balik kampung asal arwah Ayah akak di Jerantut, kali ni anak sepupu akak yang berkahwin,kalau disebelah arwah Ayah ni akak memang dah jadi "tua" sangat tau..dah ada cucu sedare..mereka panggil Tok long dah...huhu
Takpe, semakin kita sedar kita dah tua, mudah-mudahan mengingatkan kita tentang mati dan pada Allah..:)
Kali ni, tak sempat ambil banyak gambar, sebab begitu sibuk bersalaman dan berpelukan, dan menjeritan bila berjumpa semula dengan sedare mare yg sangat lama dah tak jumpa..almaklum masing2 ada yg dok jauh dan sejak ayah akak dah meninggal, kalau balik pun cuma sehari dihari raya, tak sempat nak jumpa semua..
Jom tengok gambar, menurut ibu pengantin ( sepupu akak), majlis ni diadakan secara mengejut, sepatutnya pada bulan Februari tahun depan..( jgn salah sangka pulak..), tapi oleh kerana pengantin pompuan tu ( Nadwa nama dia), baru dapat kerja kat Kuantan( kebetulan dekat rumah pengantin lelaki) so. seisi kelauarga bersetuju mempercepatkan majlis, supaya senang ..boleh lah terus dok sekali, dan ada org nak menghantar Nadwa pergi balik kerja..owh..gitu ceritanya..patut lah majlis pun simple2 je, tp tetap meriah..
Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin...
Selamat pengantin baru Nadwa n suami.. |
T-shirt kuning hijau tu cik abang akak bersama sepupu2 akak. |
Bergambar kenangan di atas pelamin, bersama Bonda akak , Eisya n sepupunya Umairah |
Paling seronok dpt jumpa sepupu akak yg sorang ni, Kak Intan sbb kami sgt rapat dulu..huhu |
5 comments:
seronok jumpa saudara mara yg lama tak jumpa kan kak..:)
kat sinikan akak, hari2 ada jemputan kawin. letih perut asik mkn nasi minyak..hehehe
simple... tp xpe..janji majlis berjalan lancar :)
Bila ada majlis pengantin keluarga meamng kita akan jumpa sepupu-saudara-mara yg lama tak jumpa. Seronok kan...
time kenduri macm ni lah seronok dapat berkumpul dgn keluarga yg jarang kita jumpa
Post a Comment