Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, December 11, 2012

Strawberry ehhh rambutan picking lah

Sekarang dah tiba musim buah..macam-macam buah ada.. rambutan, langsat, duku dan raja segala buah iaitu durian..yum yum..

Pada hari Ahad baru ni akak sekeluarga kerumah FIL akak di Bukit Goh ,Kuantan,sebenarnya nak kata balik kampung,rumah nya tak jauh mana pun dari rumah kami..30 minit je dah sampai..

Disekeliling rumah Ayah ni, ada lah beberapa jenis pokok buahan seperti rambutan, cempedak dan Durian pun ada lah dua batang..Tapi, sayang sungguh sebab tahun ni, buah durian tak berapa nak menjadi..buahnya tak berapa manis dan isi pun nipis sangat..tak tau lah sebab apa..bukan rezeki agaknya..Tahun lepas, boleh tahan, tapi kena bergelut ngan cik tupai pulak..huhu..susah juga rupanya nak jaga raja buah ni..
usah kata cik tupai, kalau pokok tu dok jauh dari rumah orang..musang berjanggut pun sanggup datang kebas..( manusia lah tu..)

Yang banyak nya ialah buah rambutan..jenis kuning dan merah..
Yang kuning tu Ayah kata orang panggil "anak sekolah" dari mana dapat nama tu pun akak tak tahu lah..anak-anak semua gelak besar bila dengar..hehe

Jom tengok gambar yang sempat akak snap..

Aktiviti strawberi...ehh salah.."rambutan picking.."

jom..jom..

p/s Siapa yang ada dusun buah tu bertuah lah..hehe

Tiha sdg mengait buah, Eisya tukang kutip

Kait jangan tak kait

seronok betul eisya

akak kejap je tlg kutip, tak tahan banyak nyamuk..huhu

Pokok durian yang tak berapa menjadi kali ni..huhu

Buah durian ada yang elok, ada yang tidak..kena pilih2..

Baju merah tu Tuan pokok...hehe Ayah mertua akak..

Ayah pulak tolong

Eisya jadi pemerhati

Yang ni buah kuning yg dipanggil "anak sekolah"

My hero come to the rescue...hehe

Hati-hati panjat tangga tu Bang!

Asing siap2 untuk kawan2 di pejabat.. 
Setakat ni dulu..enjoy reading!

6 comments:

Anonymous said...

Bestnya nampak buah rambutan tu.

Untung orang ada kebun, boleh anak cucu merasa kait buah kalau tak tu, beli yang dah siap jer. Hilang seronok mengait buah.

mama maman aka yana said...

rambutan nih kegemaran sy.. hehehe.. selagi ada selagi tuh makan... pasnih dah abis musim dah susah nak dpt..:)

Unknown said...

..mmg syok kalau ade kebun kan..sy xde kebun, tp Alhamdulillah ms blk kg aritu dpt jgk mkn rambutan puas2.. :)

Mun said...

waaa bestnyer... tetiba je teringat kenangan zmn belajar dulu... ikut kawan balik kampung..semata2 nak kait buah rambutan kat kebun buah dia...

munna said...

kat rumah mertua munna pun sekeliling rumah pokok buah... tu yg seronok bila musim buah ni... minggu ni nak kutip manggis pulak

Afasz said...

dap nye rambutan. salam singgah n follow sini :D

follow sy di afasz.blogspot.com

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink