Akak baru balik dari kenduri kesyukuran dan aqiqah cucu kepada pengasas rumah anak2 yatim di Kampung Bukit Rangin, Kuantan yg terletak tak jauh dari rumah akak.
Alhamdulillah, sedap betul gulai lembu yg dihidangkan bersama nasi putih dan sambal belacan.
Sedang kami menikmati jamuan, tiba2 muncul sekumpulan adik2 yg terdiri dari anak2 yatim disitu , berpakaian serba putih, seputih hati mereka..mempersembahka rangkaian lagu nasyid 'Umi', dan 'ibu'.
Tiba2 airmata akak tak dapat ditahan-tahan lg mengalir dipipi..cepat2 akak menyapunya., manakan tidak, anak2 yg masih begitu kecil sudah menjalani hidup sendiri, berdikari tanpa belaian seorang ibu, sayu sungguh rasa hati, dan semua hadirin terdiam, dan akak sempat lihat ada lg beberapa org disitu yg turut sama tertunduk menahan sebak..
Dalam hati akak berdoa.,, dan terus berdoa, semoga anak2 ini sentiasa berada dalam rahmat dan peliharaan Allah, dimurahkan rezeki dan berjaya dlm kehidupan mereka dunia akhirat., Aaminn.
Dan sudi apalah kiranya kita berkemampuan dan berkelebihan sama2 kita menyumbang setakat yg termampu buat mereka2 yg memerlukan ini, tak kiralah dimana2 rumah anak yatim atau kebajikan yang memerlukan..kerana yang sedikit bagi kita itu, amat besar dan bermakna buat mereka..
2 comments:
yup betul tuh, walaupun sedikit pasti amat bermakna pada mereka kan kak...
Sayunya bila kanak2 macam ni nyanyi lagu umi..
Post a Comment