Berita Terkini: Parlimen Bubar, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran
Parlimen berkuat kuasa hari ini (3 April 2013) bagi memberi laluan
kepada pilihanraya umum ke 13.(pru 13)
Berikutan itu, beliau meminta menteri
besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan
masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan
raya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung.
Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Dah lama rakyat tertungu-tunggu..
Mari lah sama-sama kita menanam azam untuk memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik,demi masa depan anak cucu kita juga.
Tak lama selepas pengumuman ini dibuat, hujan rahmat turun membasahi bumi Kuantan yang telah ketandusan sejak skian lama. Syukur alhamdulillah.
0 comments:
Post a Comment