Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label Gambar kenangan. Show all posts
Showing posts with label Gambar kenangan. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

My hubby n europe tour nya.

Setelah merancang begitu lama dan beberapa kali di postpone,akhirnya my hubby dapat juga menjejakkan kaki nya ke Kota romantika,Paris bersama kwn2 sekerjanya..
Jelezz nya rasa..sebab x dapat ikut kali ni..
Tapi,takpe,ada rezeki sampai jg satu hari nanti..
Biar dia tgk2 tempat dulu,takut sesat pulak nnti..hehe( ayat nk pujuk hati..)
Apapun,jom tgk gambar dia kat tempat yg wajib dilawati kalau ke kota Parish..Eiffel tower yow..

Wednesday, August 6, 2014

Aidilfitri 2014


Baru berpeluang hapdet blog pasal aidilfitri tahun ni.
Kali ni akak beraya di kampung akak,di Temerloh,Pahang..my turn ye..:)
Last year dah beraya di sblh encik suami..biasa lah gilir2 gitu..dah 27 tahun, alhamdulillah,takde masalah,lagipun jarak kampung kami tak jauh mana,hanya sejam perjalanan ngan kereta,so kalau pagi raya kat kampung suami pun,ptgnya boleh balik beraya dikampung akak pulak..
Seronoknya kerana dapat berkumpul ramai2,semua adik beradik ada tahun ni,kecuali adik akak yg nombor tiga balik beraya dirumah mertuanya di Kota Bharu.
Pada hari raya kedua pula kami beraya dikampung asal bapa mertua akak di Kuala Trengganu.Rombongan konvoi empat buah kereta adik beradik suami akak bersama dgn fil.memang meriah sangat..
Kami bermalam di sebuah homestay kat sana.
Hari raya ketiga baru lah balik ke rumah akak di Kuantan,tapi keesokannya terus ke Kuala Lumpur pulak,sebab hari raya kelima kami sekeluarga akan ke Ho Chi Minh city,Vietnam pulak..
Tiket dah beli lama..hanya waktu ni je semua anak2 akak dapat bersama,sebab cuti itu yg pilih tarikh ni..takpe lah,raya kan sebulan,nanti balik sambung raya kat Malaysia.
Ok lah jom tengok gambar hari raya pertama,kedua dan ketiga.
Insyaallah nanti akak sambung kisah musafir di aidilfitri pulak..

Tuesday, August 13, 2013

Salam Aidilfitri

Rasanya belum terlambat lagi, Ariana sekeluarga ingin mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir batin 1434 Hijriah buat semua diluar sana.
Terimalah potret kenangan 1 Syawal dari kami.
Alhamdulillah, seronok sangat tahun ini kerana dapat merayakan bersama Bonda tercinta dan sanak saudara dikampung kelahiran Ariana di Temerloh, Pahang.

Tuesday, December 18, 2012

Honeymoon di Niagara Falls,Canada.

Belek-belek album lama, terjumpa beberapa keping gambar ni..Gambar ni di ambil pada tahun 1987. Akak memang pasti sebab ini merupakan our sweet honeymoon yg tak mungkin dilupakan sampai bila-bila..
Waktu kami travel dari Minnesota tempat hubby study ke Canada..boleh tahan juga jauhnya.. Perjalanan selama dua hari, sempat bermalam di Toronto dan menaiki bangunan SEARS (bangunan yg ke dua tertinggi didunia masa tu).
Tapi semangat nak melihat keindahan Niagara Falls membuat kami bertekad utk pergi juga,dgn menaiki van je..Alhamdulillah, sampai juga..bersama beberapa org kawan..


Akak berdoa kepada yang esa semoga kebahagiaan kami ini kekal hingga ke syurga.Aamin.

Jom nengok gambar yang akak scan ni..sori lah kelabu sangat,sebab dulu memang guna kamera murah jew...huhu
Dan rasa rugi sgt tak bergambar banyak2..huhu
Ada beberapa keping lagi, tak tau letak kat mana pulak..al maklumlah dah lama sgt..

Sebab tu kat bawah nanti akak pinjam en google gambar NIAGARA FALLS yang begitu syahdu, sungguh menakjubkan bagi sesiapa jua yang berkunjung kesana..

Fakta tentang air terjun ini:

Air terjun Niagara (Bahasa Inggeris: Niagara Falls, Bahasa Perancis: les Chutes du Niagara) ialah satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan antarabangsa yang memisahkan wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.
Air terjun Niagara sebenarnya terdiri tiga buah air terjun. Dua buah bahagian utama yang dipisahkan oleh Goat Island ialah Air terjun Horseshoe, yang terletak di bahagian sebelah Kanada, dan Air terjun Amerika, yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat. Satu lagi air terjun yang lebih kecil pula ialah Air terjun Bridal Veil yang terletak di bahagian sebelah Amerika Syarikat dan dipisahkan daripada air-air terjun utama oleh Luna Island. Sistem air terjun ini terbentuk apabila glasier mula mencair pada penghujung era glasier Wisconsin (zaman air batu terakhir) dan air-air itu, yang berasal dari Tasik-tasik Besar yang juga baru terbentuk, membina laluan menerusi Tubiran Niagara dalam perjalanan menuju ke Lautan Atlantik. Walaupun tidak terlalu tinggi, sistem ini adalah amat lebar. Lebih 168,000 m³ padu air jatuh dari garis rabungnya pada setiap minit.[1]
Air terjun ini terkenal kerana keindahannya dan juga sebagai sumber bernilai tinggi untuk penjanaan hidroelektrik. Menguruskan keseimbangan di antara kegunaan rekreasi, komersil dan perusahaan telah menjadi satu cabaran bagi penjaga air terjun ini sejak tahun 1800-an.
 
Memang hebat ciptaan Allah, malah digelar manusia salah satu benda ajaib didalam dunia..
Subhanallah.

Hubby dgn rambut panjangnya waktu ni..huhu

Nampak tak kat blkng tu air terjun..

Ni kat bwh air terjun, kena pakai baju hujan tu utk mengelak percikan air..

Our sweet memory ever..

Kat sini pun ada Muzium believe it or not..seronok sgt.. 

Niagara falls at night
Akak pergi dulu time menjelang winter, so tak dpt naik boat ni sbb air dh mula nk membeku..
Rainbow
Bila lah dapat mengutip kenangan manis disana sekali lagi agaknya ye..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink