Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, December 26, 2012

Kisah banjir lagi

Akak rasa ramai yang dah tahu kisah banjir kilat yang tidak disangka telah berlaku di Bandar Kuantan pada petang sebelum krismast baru ni (24hb.12.12).Akak pun ada siarkan gambar-gambar suasana banjir itu didalam blog akak ni.Tgk kat sini.

Kini, sudah dua hari berlalu, Alhamdulillah,  keadaan banjir di Bandar Kuantan memang dah reda, malah pada petang hari kejadian tu  juga air dah surut, itu lah yg dikatakan banjir kilat. Air naik dengan pantas berpunca dari hujan yang terlalu lebat yg berlanjutan selama beberapa jam,menyebabkan air2 dari longkang penuh dan tak dapat dibendung lagi..

Pada hari kejadian, suami akak bernasib baik sebab pergi keje agak lewat hari tu, belum pun sampai di tempat keje, apabila dia lihat keadaan jalan yg jammed, dia pun rasa tak sedap hati, dan berpatah balik kerumah, itu pun memakan masa yang panjang untuk sampai balik kerumah, kerana disana sini, ada air, ( di kawasan rendah), nasib baik lah memang orang Kuantan, so tahu beberapa jalan alternative.. Namun, tak dapat tidak, ada juga lah kereta kesayangan asben akak tu terpaksa meranduk air..nasib baik lah air tak tinggi sangat lagi..Kalau lah dah sampai ke tempat kerja, lagi lah teruk sebab opis asben akak ( Malay Town) memang dekat sangat dgn kwsn banjir kilat tu, cuma kwsn opisnya agak tinggi sedikit..Kalau tidak tak tau lah..
Semalam akak sekeluarga keluar meninjau-ninjau beberapa kawasan selepas banjir tu, kebanyakannya dah ok, hanya kami melalui satu jalanraya ni, yg agak rendah menghala ke Pantai Sepat, Kuantan. Keadaan orang yang ramai di tepi-tepi jalan, dalam keadaan hujan yg masih turun renyai-renyai lebih kepada nak bersuka ria, menangguk ikan dan sebagainya, seolah macam satu pesta pulak..siap pimpin tangan anak2 kecil..huhu...serun akak tenguk,jangan lah terlepas tangan sikecil..lain pulak ceritanya nanti..huhu  Begitu lah kita manusia..bila banjir besar, takut dan melarikan diri, bila air kecil, bersuka-suka pula..

Semoga kejadian banjir kilat ni menjadi iktibar pada semua pihak..bukan menuding jari sesama ..sebaliknya sama2 lah berfikir dengan akal fikiran yang Allah beri kepada kita, bukan hanya pihak berwajib yg patut dipersalahkan..kita sebagai penduduk pun sama-samalah hendaknya menjaga kebersihan longkang2 sekitar kawasan, kerana disitu pun bermula masalah juga jika kita tidak menjaganya dgn baik..dari masalah kecil lah membawa kepada masalah yang besar.

Hari ni, 26hb 12. Syukur Alhamdulillah, Mentara menyapa di Kuantan ini, menunjukkan petanda baik..walaupun masih ada beberapa penempatan yang masih dibuka untuk mangsa banjir.., In sha Allah moga mereka akan dapat pulang secepat mungkin ke rumah masing2..


Paling membanggakan rakyat Negeri Pahang yang mulia Tengku Puan Pahang teklah sudi turun bersama rakyat malah memasak untuk rakyat mangsa banjir..semalam di Kawasan Galing Kecil dan hari ini di Kawasan Pewrkampungan Pandan pula..

Keperihatinan yang begini, mampu mengurangkan kesusahan dan kesedihan rakyat.

 Dibawah petikan dari M star on line:


Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).
Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula Selasa berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan berharap mereka bersabar.

PRIHATIN… Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah berkenan membantu menyediakan makanan kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Situasi banjir di Pahang makin membimbangkan dengan pertambahan mangsa banjir di pusat pemindahan berbanding Isnin apabila hujan turun secara berterusan sejak pagi tadi.
 -fotoBERNAMA
Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika bantuan lewat sampai.
"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah baginda. - BERNAMA


Jom layan gambar kami semalam pula..

Saja meninjau-ninjau

Keadaan laut bergelora di Pantai Sepat, Kuantan,semalam.


Keadaan air di Sungai Lembing.
Bukan main seronok knk2 ni bermain, padahal disebelah tu adalah sungai yg amat merbahaya..huhu


Keadaan jalanraya dikawasan rendah, namun masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.  

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kira dah semakin redalah cikgu dan harap terus pulihlah hendaknya.

BERT said...

semakin pulih nampaknya... alhamdulillah

Izan Ishak said...

alhamdulillah banjir dah surut ye kak. tgk dlm berita mmg terkejut juga sbb kuantan banjir.

Aziela said...

Isnin tu, nak keluar dari Kuantan untuk balik Melaka. Gerak dari rumah di Tg Lumpur, ikut jalan Kg Sg Soi tu. Memang di area Kempadang tu langsung tak boleh lalu. Patah semula, ikut jalan bandar.

Unknown said...

@Kak Zakie,Bert,Izan

Alhamdulillah, hari pun tak hujan dah kat Kuantan ni..harap2 tak berlakulah gelombang kedua pulak..

mama maman aka yana said...

kelantan pun banjir dah nih.. sian kann.. minta dijauhkan bencana yg teruk2

ariana said...

@azila
Owh hari selasa tu Mmg tak blh lalu kat situ ye..akak lalu hr rabu, so dh surut lah tu, sbb kenderaan kecil pun dh boleh lalu walaupun air msh ada kat ats jlnraya...nwsib baik lh ada jln alternatif kan..

ariana said...

@yana
Aamin.mudah-mudahan dijaukan dr segala bencana.takutnya lah..

mummyrinazone beauty said...

nurulpun minggunie nak alik kelantan nie so harapnya redalah kan..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink