Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, April 3, 2013

Percutian di Thailand (Samila Beach)

SAMILA BEACH.

Pantai indah terletak di Daerah songkhla Thailand.
Mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Bandar Hatyai untuk sampai ke pantai ini. Kat pantai ni, kita dapat lihat beberapa patung iaitu patung mermaid dan patung kucing dan tikus.

 
Pulau kat blkg tu dikatakan pulau lagenda cat n rat..



Fatiha dgn aksinya

Ni Aisya n Abah

3 kuntum bunga

Akak pun tak lps peluang






Terdapat beberapa gerai muslim, Alhamdulillah, dpt kami menghilangkan lapar dan dahaga.

makanan halal mudah didapati disini.

berbagai pilihan..


berbagai cenderamata atau souvenier dijual kat sini




Menurut lagenda,  ada seekor anjing, kucing dan tikus yang belayar dalam sebuah sampan milik seorang pedagang Cina. Mereka mencuri bola kristal ajaib dan cuba utk melarikan diri dengan berenang di Samila Beach ni tp lemas.  

Kucing dan tikus tu jadi pulau di tasik Songkhla dan si anjing tu mati di pantai dan jadi sebuah bukit bernama Hin Khao Tang di teluk berdekatan.  Bola kristal tu hancur dan menjadi pasir pantai yang putih yang dikenali sebagai Hat Sai Kaeo.
Begitu lah kisahnya..

Manakala kisah mermaid  yg sedang menyikat menyikat rambutnya dgn sikat emas di tepi pantai Samila ni pula...menurut ceritanya pada satu malam dia terserempak dengan seorang nelayan muda.  Mermaid ni ketakutan dan terus berenang ke laut semula.  Nelayan tu terus menunggu dan menunggu untuk bertemu semula dengan mermaid tu tapi hampa. 


Patung mermaid ini dibuat dari tembaga dan dibina pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus.  Mermaid ni pun kisah lagenda di Thailand.  
menarik kan.. Jom kita tgk gambar yg sempat kami abadikan di tengah panas terik tu...huhu sampai migrain kepala akak huhu,tapi blog punya pasal, akak sanggup..hehe 

Sampai disini dulu, tak rugi kan melawat ke sini..
 

1 comments:

NzA said...

Bestnya...seronok tgk anak2 akak yg ceria...

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink