Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, April 24, 2013

Selamat hari lahir Bonda

Dah berkurun rasanya tak update blog akak ni, hari ni akak menulis dari hati..

24hb April, hari ni adalah hari jadi Bonda tersayang akak yg ke 65 tahun.
Tiba-tiba rasa sayu, sebab tak dapat meraikan bersamanya, hanya doa yang dapat dipanjatkan, semoga Ma sentiasa didalam rahmat dan berkah dari Allah, semoga diberi kesihatan yang baik dan dipanjang kan usia agar dapat kami merasai lagi kasih sayangnya yg melimpah ruah itu untuk seribu tahun lama lagi....

Ma merupakan sebaik ibu yang seorang anak perlukan..bahkan aku sendiripun tak mampu menjadi sebaik dia..

Sabar, tak pernah mengeluh dan marah samada terhadap kami anak-anak, maupun arwah Ayahnda dulu..
Cara Ma melayan kami dan suaminya dulu, banyak sungguh bezanya dgn caraku melayan anak2 dan suami hari ini...huhu

Kagum sungguh dgn kesabaran Ma..

Dan hari ini, walaupun anak2 ramai yang bila-bila masa pun sedia menjaga Ma atau mengajak Ma tinggal bersama,namun ma memilih untuk tinggal di Pondok Al Diniah,dimana disitu Ma dapat mendalami lagi ilmu2 agamanya, sembahyang berjemaah setiap waktu dgn kedudukan surau yang hampir dari rumahnya.

Ma nampak ceria dan segar bila berada dipondoknya, Bahkan Ma tak betah lama dirumah pusaka arwah Bak kami di Taman Jaya, mungkin kerana disitu semua kenangan tersimpan..dan mungkin bila berada disitu, ma jadi rindu pada arwah Bak atau kami2 yang sesekali cuma pulang menjengok Ma..huh..
Ampun kan kami Ma kerana tak mampu menjaga Ma sebaik mana, sedangkan Ma telah berjaya mendidik kami lapan beradik dengan bukan hanya memberi kasih sayang, bahkan ilmu dunia dan akhirat juga.

Syukur Alhamdulillah, dalam usia Ma 65 tahun , namun Allah kurniakan kesihatan yg baik buat Ma untuk beribadah kepadanya, dan kehidupan ma sealu ceria dikelilingi kawan2 yang baik, saudara mara dan gelak tawa anak cucu Ma..

Kami adik beradik memang nak mengadakan jamuan sempena hari jadi Ma ni, cuma bukanlah pada hari jadi Ma ni, kerana jatuh pada hari bekerja,kerana kami masing2 pun tinggal agak jauh, Ada yang di Kuala Lumpur, ada yang Kemaman, akak di kuantan , namun ada 2 orang yg tinggal berhampiran dgn ma, pada mereka ni lah kami selalu pesan dan harapkan untuk jenguk2 Ma..ala maklumlah kami ni jauh2 belaka.
Dalam lapan beradik, alhamdulillah, semuanya diberi Allah kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup..
Semuanya berkat didikan dan doa Ma..

Akhirnya ,dikejauhan ini, Doa ku buat Ma sentiasa..
Selamat hari jadi, selamat panjang umur, murah rezeki kesihatan dan kehidupan yg bahagia dunia akhirat, Ma.serta ampun segala kesalahan anaknda dan maaf kerana ketidakmampuan kami untuk bersama Ma pada hari lahir Ma ini..


Ni adalah family tree yg eisya, anak akak buat..Ma bersama kami lapan beradik :)

dikiri,tersayang, dikanan tercinta akak..:)Bahagia sungguh..

Kenangan Ma dihadapan hotel ketika mengerjakan umrah.

Ma meninjau cenderamata nak bawa pulang untuk anak cucu..


Ma diatas bot ketika menunaikan umrah tahun lepas.. 



 

9 comments:

Kakzakie Purvit said...

Selamat ulangtahun kelahiran buat mama cikgu. Moga terus sihat dan mendapat limpahan rahmat dariNya..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Selamat ulang tahun buat bonda akak... gigih dia membesarkan akak 8 beradikkan terbalas sudah penat lelahnya sekarang.

NzA said...

Selamat ulg thn "ma"...moga Ma sntiasa dikurniakan kesihatan yg baik n sntiasa dibawah rahmat Allah...InshaAllah...
Bahagianya tgk 'ma' yg masih kuat n sihat brbanding mama yah yg lebih muda ttp alami pnyakit kronik.....

ariana said...

@kak zakie
Aamin, t.ksh kakak.mudah2an begitulh..

ariana said...

@Ct noarizah
T.ksh banyak, mmg tak terbalas jasa seorang ibu..

ariana said...

@Nza
T.ksh, alhamdulillah, oh mak yah sakit ye..akak doa beliau tabah begitu jg yah adik-beradik, akak percaya sokongan yah sekeluarga pasti dpt meringankan beban yg ditanggungnya itu..

Unknown said...

selamat hari lahir buat bonda akak...semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki...amin...

Anonymous said...

Τhіs іnfoгmatіon is invaluable.
Hοw can Ι fіnd out more?


Also ѵisіt my homеpage :: Personal Loans

Anonymous said...

I definitely agree with your submit. I've lived here for nearly 3 years now and you are so proper about the deceptive figures. Entertaining location to complete items and party, but boyfriend and partner are couple of and far in between. My one pals have told me stories that have created me think twice about remaining right here. When my deal is up in seventeen months, I'm outta here.


Here is my page :: secrets sexual attraction

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink