Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.
Showing posts with label al kisah..makan lagi. Show all posts
Showing posts with label al kisah..makan lagi. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

Menebar jala sebelum ramadhan dan timun love.

Petang ni, encik suami akan ke Kuala Lumpur lagi, malam ni dia ada disscussion dulu ngan client sebelum meeting esok hari..Dia dah pesan suruh kejut kan awal pagi esok takut tak sedar kat hotel tu..almaklumlah, selalunya bila dia dah berkumpul dgn client dan kawan2nya tu, entah pukul berapa lah baru habis dan balik hotel tidur..Akak pun dah paham sgt perangai dia kalau dah tidur..huhu..bkn baru kenal sehari dua, dah 26 tahun dah..baru je sambut pada 4hb Julai baru ni..ada kat entri akak sebelum ni..kat sini.

Ehh..melalut ke lain pulak, sebenarnya akak just nak kongsi sekeping gambar je..ehh dua keping sebenarnya..satu gambar roti jala yang akak buat berdua ngan Tiha petang tadi, satu lagi gambar "timun love". Hah..memang pagi tadi akak buat nasi lemak untuk sarapan dan terus lah ke lunch tau..dan akak buat juga timun love tu sebagai penambah selera untuk insan2 yg tersayang..

Kiranya hari ini hari rajin akak lah..sebab sampai dua menu masakan akak hari ini..hihi
Tak tau lah kenapa yg rajin sangat..mungkin kerana dah nak menyambut Ramadhan ni kot, atau kerana nak isi perut encik suami elok2 sebelum dia ke Kuala Lumpur hari ini..atau..kerana suka hati..sebab satu perkara..hihi
Sebab satu perkara? ohh kak belum cerita lagi rasanya kat sini..
Tapi, macam banyak cerita pulak kalau terus bagitau hari ni, tunggu lah..next entri..baru best cerita..
Sementara tu..tunggu.....sabar..( macam lah ada orang yang jadi pembaca setia blog Ariana ni..emmm..)
Ok lah, jom kita nengok gambo yg akak janjikan untuk episod kali ini...

Sumber dari instgram akak..sambil tebar roti jala, sambil masak kuah gulai daging hancur.

Ni pula Timun love, tp gambar ni pinjam je, yg akak punya x sempat ambil pagi tadi..Kreatif kan..

Friday, March 15, 2013

Cis tat sedap.

 Photo: Kena belajar buat ni, x puas mkn kalau beli..harga plk boleh tahan..huhu..blueberry cheese tart.:D


Akak sekeluarga gemar sangat Cis tat ni..huhu Cheese tart lah..


Semalam beli ngan member akak ni dua bekas..sebekas ada 20 biji,harganya rm 18.Bermakna sebiji tu 80 sen lah..kalau yang ada inti buah kat dalam tu,lagi up harga dia..sampai rm1.20-1.50 satu..


Patut lah berebut org jual kue tat ni..Akak ni semenjak anak dara dah besar, malas sikit..lebih baik akak hantar anak dara akak gi belajar cara2 buat kue ni..akak tukang makan je lah..

Akak sempat singgah kat blog kwn sini ni tadi, tumpang kopi pes resepi dia..manalah tau, ada sesape yg rajin tu boleh lah terai buat sendiri kan..

 
Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh

Sweet Pastry
Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan
(B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar.

Filling
Bahan A
250 g cream cheese
50 g gula 25 g mentega

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
25 g whipping kream ( ros gantikan dengan susu pekat manis)

Bahan D
20 g tepung gandum
Blueberry filling

Cara-cara
1. Tekankan pastri manis ke dalam acuan tat. Tusukkan lubang di kulit pastri dan bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 15 minit atau sehingga kuning perang. Ketepikan.
2. Inti : Pukul (A) sehingga licin dan gebu. Masukkan (B) dan pukul hingga sebati. Tambahkan (C) dan sebatikan hingga sempurna. Campurkan (D) dan ratakan dengan sempurna.
3. Tuangkan inti keju ke dalam kulit pastri yang telah dibakar tadi. Bubuhkan sedikit jem beri biru di permukaan atas dan bentukkan corak olakan.
4. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-12 minit. ( ros buat tak sampai pun 10 minit, kiranya dalam 6 ke 8 minit je.

Nota :-
* Jika inti keju dibakar terlalu lama, permukaannya akan menjadi retak.

sebelum dibakar, siap letak filing dan dilorekkan
lorekkan nye tu kena praktis lagi ni, tak kemas sangat

Nota:  paipkan dahulu inti blueberry ke dasar pastry lepas tu baru  paipkan pula adunan cheese, dan letakkan lagi sekali sedikit blueberry filing utuk dilorekkan di permukaan adunan cheese.

SELAMAT MENCUBA.Kalau first time tak menjadi, cuba dan cuba lagi ye..:)

Saturday, January 12, 2013

Restoran Tree Under.

Pagi tadi kami jalan-jalan cari makan dekat dgn Pantai Teluk Chempedak yg femes kat Kuantan ni, sbnrnya dh banyak kali juga makan kat sini..selain persekitarannya yang berangin (almaklum kat tepi laut), hiasan dan susun atur kat sini amat menarik hatiku...
Cuba tgk gambar ni...kita boleh minum dibawah gazebo yang cantik..., sinki basuh tangan dia pun unik, dari buluh bkn dr batang paip, ada hiasan sangkar burung lagi, tempat tisu pun dlm buluh, kiranya ala kampung gitu..nama Restoran ni pun unik..TREE UNDER..bkn under tree tau!

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink