Sempena hari bapa kali ini, anak2 sepakat nak sediakan masakan peberet abah diorang. Dah selalu Sgt belikan kek dan makan2 Kat luar.,rasanya lebih bermakna bila abah dapat makan masakan puteri2nya.
Kebetulan pulak abahnya keluar berjumpa client sejak awal pagi lagi..so..riuh rendah lah kat dapur hari ni..
Ummi sebagai pemerhati Dan pengarah je..
Menu yg disediakan ialah Nasi lemak hijau dengan ayam goreng daun pandan, ada jg yg dibakar ayam tu.
Lepas tu desertnya apple pie..semua ni mmg kegemaran abah..
Jom layan gambar..
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Tuesday, June 18, 2013
Peberet abah utk hari bapa
Saturday, June 15, 2013
Masakan anak2ku
Seronoknya aku balik keje semalam.., hilang penat bila sampai dimuka pintu bau harum dan lazat menusuk ke hidung..
Rupanya anak2 dara kesayanganku sedang memasak macaroni baked cheese.
Aku sendiri x pandai nak masak makanan mat salleh ni walaupun sukaaa sgt makan..
Alhamdulillah lah kini anak2ku, yaya, tiha n isya dah rajin mencuba resepi dan masak utk kami..
Makan dgn berseleranya petang semalam..
T, kasih sayang ummi..:)) sedap sgt..:))
Wednesday, June 12, 2013
Tuesday, June 11, 2013
Jalan-jalan cari makan with Ayah
Hari Ahad baru ni, sempat bawa Ayah ( fil) jln2 cari makan.Dah lama tak keluar bersama ngan pak mertua akak yg masih sihat dan hensem ni..hihi
Ayah ni jenis yang tak boleh dok diam, walaupun bekas pencen kerajaan, tapi dia masih bekerja dekat sebuah syarikat tempat org ambik lesen kereta motor ni..kalau dok saja dia lagi tak sihat katanya.
Walaupun hanya ayah mertua tapi akak syg seperti ayah sendiri, lagipun ayah sendiri dah lama meninggal.
Alhamdulillah seronok dapat luang masa bersama ayah, walaupun hanya makan2 biasa.
Semoga Ayah dimurahkan rezeki kesihatan yg baik Dan dipanjangkan umur.
Jom kita layan gambar yg sempat di ambil pd hari tu..
Sunday, June 9, 2013
Hadiah untuk diri
Hari ni , rasa hepi..hadiah untuk diri dah sampai..cantik sangat...:))
Bukan untuk diri sendiri aje sebenarnya..untuk seisi family tersayang..yg penting, jgn simpan pulak..pakai je untuk kegunaan harian..kalau pecah..tetap senyummm...hihi
Saturday, June 8, 2013
Tiada cerita menarik
Ini merupakan entri pertama utk bulan Jun.Dah lama betul x update blog..tadi di fb, muridku Alya ada bertanya, knp dah lama x up date blog Ariana story? Aku jawab " mood tgh kelaut Dan takde cerita menarik nak dipaparkan..' Alya jawab lg..cerita je lah kisah ustzh duduk dirumah dlm cuti...
Haah..aku tak kemana dlm cuti sekolah Kali ini, patut lah takde cerita nak di storymory kan..sebabnya, anak keduaku tiha tgh study week, nak final buka cuti ni..jd Abah dia cakap..korbanlah sikit utk anak2..
Hari ni sempat ambil gambar homemade roti canai sardin..peberet encik suami lah kiranya..
Semalam ada anak2 sedare dtg, mandi kolam..meriah sangat..
Esok tinggal sehari cuti..buka sekolah terus periksa setengah tahun kat KAFA akak mengajar.
Hati ni nak suruh sibungsu aisya, cari dan sedia baju sekolah untuk Isnin.Kerja sekolah dah siap katanya.
Sekian dulu kali ni, moga rakan blogger diberkati Allah selalu hendaknya.
Update guna tab je..