Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Wednesday, December 11, 2013

Worldless wednesday ~bah

Suasana selepas bah ditempat ku..
Semoga Allah ringankan beban mereka serta kuat kan hatinya.

Saturday, December 7, 2013

Banjir oh banjir..

Akak mohon dari rakan2 blogger diluar sana sama2 lah mendoakan semoga keadaan banjir dipantai timur akan pulih dan ringan kan lah beban mangsa2 banjir tak kira dimana jua mereka berada..
Di kawasan tempat akak tinggal, memang amat menyedihkan kerana begitu ramai mangsa yg terlibat..
Rumah akak pun terkena tempiasnya, namun akak bersyukur kerana air hanya setakat matatangga yg kedua, mungkin kerana kawasan rumah akak yg agak tinggi.syukur kpd Allah.
Dengan keadaan cuaca yg masih tidak menentu, dan hujan masih turun sekejap2 dipantai timur, terutama ditempat akak, daerah Kuantan ini tidak mustahil air akan naik lagi dan berlaku gelombang kedua banjir..
Harap2 ianya tidaklah begitu terok...tlg doakan ye kengkawan yg budiman..

Sunday, December 1, 2013

Visit Kota Bharu

Minggu lepas, akak folo incik suami berseminar di Kota Bharu, Kelantan.Lama nya tak kesini..berbelas tahun dah rasanya, kali terakhir akak pergi waktu menghantar adik akak 'jemput menantu' masa dia kawin, suaminya org KB, sekarang anak sulungnya dah berumur 13 thn sama umur ngan Eisya sibungsu akak...itu yg kali ni bila abg kata ada seminar kat sana akak nak ikut sgt2...hihi
Kami menginap kat hotel Grand river view..sesuai dgn namanya mmg menghadap sungai Kelantan rupanya...
Melangkah je masuk dalam bilik terus mata tertumpu ke jendela hotel..air sungai mengalir deras, dan agak kekuningan..mungkin kerana musim tengkujuh agaknya...
Hotel ni terletak tak jauh dari pusat bandar Kota Bharu dan boleh jalan kaki je pun dari hotel..walaupun ada beca, tapi akak tak sampai hati pulak nak naik bila tgk pakcik2 yg dah agak berumur yg membawanya...huhu
Sebelum incik suami masuk dewan berseminar keesokan harinya, sempat lah kami bersiar dan melawat beberapa tempat yg kiranya wajib dikunjungi di koto baru ni...antaranya tentu lah Pasar Siti Khadijah, sempatlh beli budu, jala mas, asam jawa bergula, dan beberapa jenis makanan tempatan kat situ, nak bawak balik sebagai buah tangan..
Kami sempat juga ke Istana lama, Istana Jahar, Kampung kraft,semuanya terletak berdekatan je antara satu sama lain.
Sebelah ptg ke zon bebas cukai Pengkalan kubur, dan sebelah malam ke pasar malam Wakaf Che Yeh.
Tak beli apa sangat pun, sekadar cuci mata je..
Selama tiga hari dua malam di Kb memang terasa kedamaian disini, dgn makanan yg berbagai jenis dan org2nya pun murah dgn senyuman..
Selamat tinggal negeri Cik Siti Wan Kembang atau negeri Serambi Mekah.Ada rezeki, ingin ke sini lagi..

Jom layan gambar..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink