Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, November 15, 2015

Resepi ketam telor masin.

Ketam telur masin sememangnya makanan kegemaran ummi dan seisi keluarga ummi pun amat gemarkannya..
Setiap kali makan di restoren seafood, memang ini lah antara makanan wajib yg kami pesan..
Tapi, biasanya mmg tak puas makan dikedai..
So,ummi pun tanya lah dgn encik google dan ummi pun bertekat nak buat sendiri hati ni..boleh lah makan banyak2 dan bubuh telur masin banyak sikit..(biasanya  kat kedai dia buh sikit sgt telur masin tu)

Kebetulan hari ni hari cuti, tak kerja dan semua ank2 berkumpul..
Kalau kawan2 nak try boleh lh tgk macamana ummi buat ni ye..
Jom tgk bahan2 dan caranya..

1-ofcos lah ketam(terpulang lh brp ekur)
Cuci ketam sampai bersih,kemudian perap dgn sedikit garam,rempah kunyit,tepung jagung.

2-goreng ketam yg telah diperap tadi.

3- rebus 3 biji telur masin, keluarkan isi nya,asingkan antara telur kuning dan telur putih,lenyekkan telur tersebut.

Telur kuning yg sudah di hancurkan.
Telur putih yg sudahdihancurkan.

Hiris bwg merah,bwg putih,halia dan lada kecil.
Masukkan minyak bersama sedikit planta atau marjerin.

Tumis bahan yg telah dihiris tadi.
Masukkan telur masin yg sudah dihancurkan tadi,kacau rata.
Masukkan ketam yg telah digoreng tadi.

Kacau hingga semua sebati dan telur masin tadi rata,bolehlah masukkan sedikit shaja garam, bahan perasa,sedikit lada sulah dan dua sudu susu pekat manis serta sedikit air.
Boleh juga masukkan sedikit rempah kari dan daun kari.
Taraammm... Masak dah..
Soo yummy, bau pun harum semerbak..
Boleh lah dihidangkan dan dimakan dengan nasi atau makan begitu saja..
Selamat mencuba..!

Hadiah percutian mengejut.( 1)

Semalam setelah selesai majlis konvokesyen anak Ummi, Syira di UIA, kami tak terus pulang ke rumah sebab memang dah tempah apartment hotel di sekitar Pudu.
lagipun bawa nenek bersama jadinya kesian pulak takut dia keletihan, so kami bermalam dulu di Kl..
Bangun je pagi tu, tetiba Abah panggil anak2 suruh tgk tiket flight kot2 ada yang murah, tak kira lah kemana katanya.. aduii.. Abah memang selalu buat kejutan macam ni.. dulu pun pernah tiba2 abah ajak pergi Thailand dgn menaiki kereta je, tanpa perancangan awal,tapi Alhamdulillah, menjadi jek..kadang yg rancang beria tu yg tak menjadi hihi.
Anak-anak pun apalagi, bersorak gembira lah.. masing2 sibuk lah mencari tiket yg ada dan murah. Anak ummi yg sulung Syira terus jumpa tiket ke Jakarta..berapa abah tanya? Rm150 sehala, bermakna rm300 pergi balik..Abah kata ok dah tu.. Abah suruh cari hotel pulak..kalau dapat, boleh lah pergi kata Abah..
Akhirnya cari punya cari, dapat lah juga hotel kat sana. Aikk mudah nya.. Ummi pun tak boleh nak kata apa dah.. kalau dah anak dan abahnya setuju..Ummi ikut je lah,. Teringat kat Nenek, terus tanya nenek nak ikut ke tak, memang nenek nak ikut sgt, tapi nenek teringat passportnya dah mati pulak, so tak jadi lah nak bawa nenek.
Flight kami ialah pada keesokan harinya jam 7.40 am, bermakna pukul 5 dah nak kena ada kat epot.
Sedangkan passport dan pakaian semuanya kat rumah lagi..so nak kena balik Kuantan secepat mungkin lah juga utk ambik passport dan kemas pakaian cpt2..
kami hantar nenek balik Temerloh dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan.
Dalam perjalanan sampai di area Karak,tetiba bunyi kuat sgt pada bahagian tayar sbelah kiri kereta, Ya Allah, rupanya tayar dah kempis teruk, terpaksa lah kami semua turun mujur ada kawasan ditepi jalanraya tu dan ada sebatang pokok pula untuk  berteduh..
Dugaan kecil je ni, sabar, sabar kata Ummi pada anak2.. Mujur lah tak lama sgt menunggu pekerja MTD datang membantu..
Akhirnya selamat sampai rumah dan bergegas lah masing2 mengemas beg pakaian masing2.
Dalam pukul 1am kami bertolak ke Kuala Lumpur, Ummi bergilir dgn Abah bawa kereta, sebab Abah mmg cepat mengantuk kalau drive, lebih2 lagi dah lewat macam tu,mmg time tidur pun pukul 1 pagi..huhu
 Alhamdulillah, selamat sampai epot KLIA 2 jam 5.30 am, terus parking kereta di tapak parking KLIA 2, senang sgt, sebab tak jauh pun ke departure gate tu.
Seperti mimpi,lebih kurang dua jam perjalanan, flight kami slmt mendarat di Lapangan terbang Soekarno hatta, Jakarta jam 11 am waktu Jakarta. Beza adalah satu jam lewat dari Malaysia.

muka penat, tapi happy..:) dlm flight lion air.

Ok lah, sekian dulu part 1 kisah percutian Ummi, insyaAllah will continue esok.. sekian tq.

Tahniah puteriku

Syukur kehadrat Ilahi, hari bahagia telah tiba,pada 7hb November 2015 baru-baru ini, puteri sulung kesayanganku telah  berjaya menggenggam segulung ijazah hasil penat lelahnya selama beberapa tahun ini, didalam bidang yang dipilihnya, architecture.

 Bukan mudah untuk berjaya, Ummi tau itu,tapi syukur lah syg, kau berjaya jg.. namun perjalanan mu masih terlalu jauh..
Tahniah my princess Nasyira. Ummi n Abah are so proud of you..

Ummi abadikan gambar kenangan ini untuk Ummi tatapi dan ingati sampai bila-bila.

Saat bahagia Ummi dan Abah.

Nenek dan adik2 pun tak ketinggalan tumpang berbangga :)





Tahniah sayangku.


Suasana didlm dewan ketika majlis sdg berlansung.

Friday, November 6, 2015

Happy birthday to me..

31hb Oktober datang lagi.. Bertambah lg bilangan angka umur Akak.. alhamdulillah syukur dgn nikmat yg Allah beri selama 40 tahun lebih ini..
Tiada yg lebih membahagiakan selain dikelilingi oleh insan2 yg disayangi dan menyayangi..
Terimakasih bondaku tersayang.. Engkau lah ratu hatiku.. Tanpa Ma takkan dpt ku mengenali erti hidup dan kebahagiaan didunia ini..
Terimakasih jg buat en suami dan ank2 .. Penyejuk dimata penawar dihati ku..
Pada Allah ku syukuri dan semoga dgn bertambahnya usiaku akan seiring dgn amal ibadah ku sebagai bekalan kenegeri yg kekal abadi.. Aamiin..
Oo ye by the way my birthday sama dgn tarikh 'hari hantu' atau halloween day yeaa.. Hihi
Tp tu mat salleh je yg sambut.. Kita org islam x sambut ye.. Hihi

Ok lh..
Tak sah lah kalau x tepek gambar sekitar hari jadi ummi ye.. Ni ank2 dan abahnya bawa ummi gi mkn2..
Dua kali dlm sehari ni lunch n dinner..
Kiranya ummi dia coti lh masak hari ni, sempena hari jadi..
Kalau gini nk sambut hari jadi setiap hari boleh tak??
:))
Ibu.. Engkau lah ratu hati ku..t.ksh..moga Allah sentiasa merahmatimu..


Acara suap menyuap lh pulak..

Kenangan ngan my princess..

Tengok apa lg.. Potong lah kek nya.
..
Jemput makan semua.. Feberet ummi ketam telor masin.
Alhamdulillah diats rezeki yg Allah beri..

Wednesday, October 14, 2015

Wordless Wednesday(memory in Fraser hill)









Tuesday, October 13, 2015

Kesibukan duniawi dan peperiksaan..


Kerinduan berblog sentiasa ada.. Cuma masa yg membatasi.. Dgn urusan duniawi yg tak pernah habis..tapi bila Akak singgah membelek diblog sndiri hari ini.. Baru lah Akak sedar rupanya dah lama betul tak menulis diblog ini..sedangkan "Ariana story" masih dikunjungi sahabat2 samada yg mengenali maupun tidak..
Terimakasih pada yg sudi singgah ye..
InsyaAllah Akak akan cuba cari masa untuk menghupdate blog Akak yg dah bersawang ni..sedikit masa lg..
Inipun beberapa perkara duniawi yg perlu Akak buat dah hampir selesai..antaranya murid Akak sdg menduduki peperiksaan UPKK sekarang..dan Akak pun ditugaskan sebagai salah sorang pengawas peperiksaan yg akan berakhir pd hari Khamis ini.. Dan puteri bungsu Akak,Eisya pun sdg menduduki peperiksaan PT3 sekarang.. so.. Tlg doa2 kan murid dan anaknda Akak berjaya dlm peperiksaan mereka ye..
Dan mudah2an mood Akak utk berblog kembali semula ye..cuti sekolah pun dah hampir.. InsyaAllah banyak masa terluang nanti..
Salam Maal Hijrah buat semua.. Sampai disini dulu..
Akak belanja gambar sekeping dua.. 
Suasana di Kem motivasi UPKK sekolah Akak yg diadakan baru-baru ini,Alhamdulillah telah berjalan dgn lancar..,Persediaan dewan peperiksaan di sekolah Akak..dan sibungsu Akak..eisya.



Bengkel Bahasa Arab
Bengkel sirah

Pelajar sdg menikmati juadah.

Solat subuh dan riadhah dipantai antara kenangan yg tak mungkin dpt dilupakan oleh peserta kem.



Cenderamata dari tuan gurubesar kpd penyelia Kafa daerah Kuantan.
Berakhir kem yg diadakan selama dua hari satu malam. 
Dewan peperiksaan UPKK,Kafa An Nadwah,MNSA1.

All the best dlm PT3 buat Eisya..my darling princess..:))Umi know u can do it..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink