Assalamualaikum.
Kali ni Ariana nak kongsi gambar yang sempat di ambil dari dalam kereta,
pada hari Ahad baru ni ( raya ke 6). Dan nak kongsi satu kenangan yang tak best nak dingat..huhu..
:(
:(
:(
:(
Begini lah sedikit gambaran tentang kesesakan jalanraya kat Tol Karak highway ni..Ketika ni,lebih kurang dalam pukul 11 pagi, kami OTW ke Kuala Lumpur untuk menghantar Yaya balikke Kolejnya.
Nak dikatakan jem teruk sangat tu tak juga, agak sederhana lah pergerakannya. Mungkin sebab orang tak balik sekali gus pada hari Ahad tu..,
ada yang dah pulang lebih awal ke KL bagi mengelakkan jem.
| Deretan kenderaan pelbagai jenis. |
| Kat Tol lebuhraya Karak |
| Sabar itu separuh daripada iman.. |
| Biar lambat asal selamat |
Alhamdulillah perjalanan macam biasa, cuma..ada satu insiden yang tak dapat kami lupakan..ketika kat LPT ni, iaitu semasa kat area Maran rasanya..hubby tak sempat mengelak..dan terlanggar..ingat kan apa..tiba-tiba BUMM..bunyi kuat..rupanya ada monyet nak melintas..
Ya Allah..terkejut sungguh Ariana..mana sempat nak mengelak..sekelip mata je..tau2 dah melambung sang monyet tu..
Bagi yang melalui LPT ni, harap berhati-hati lah ye..sebab memang ada monyet tersesat yang cuba nak melintas ke hutan sebelah sana..
Nasib baik lah tak jadi apa-apa yang buruk, cuma plat kereta habis patah..Nasib baik juga tak kena tahan mana-mana polis yang ternampak kan kereta kami yang tak de plat tu..huhu..
Lepas terlanggar monyet tu, terus hubby bawak slow je kereta..dan sian, ada orang menangis sebab kesian kat monyet tu..huhu ( anak dara Ariana lah..).Tersangatlah tersentuh hatinya yang sensitif lagi emosional tu..
Memang lah kesian, tapi benda dah nak jadi..lagipun kalau mengelak, takut lebih bahaya lagi..
Itu lah sedikit kenangan agak pahit dan payau nak ditelan yang terjadi pada raya ke 6. Apapun, Syukur, kami selamat sampai kedestinasi dan selamat pulang semula kerumah pada jam 1 am.
Bak kata pepatah..Jauh berjalan..luas pandangan..
