Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidil Adha

Assalamualaikum
Salam Aidil adha buat semua..
Beraya kat mana korang semua tahun ni? 

 Akak Insyaallah akan balik kampung esok pagi selepas solat raya dan lepas bemaafan ngan FIL yang tinggal tak jauh dari rumah kami, lepas tu terus ke Temerloh, sebelah akak pulak..yang tak berapa jauh sangat sebenarnya hanya sejam perjalanan.

Kemudian sebelah malamnya family sebelah akak akan berkumpul ramai-ramai dan buat bbq..tentu seronok..tak sabar rasanya. akak pun dah tempah sate special untuk bakar membakar malam raya nanti..

Walaupun kali ni cuti tak panjang, tapi, Alhamdulillah semua adik beradik akak seramai lapan orang akan berkumpul pada malam raya  ( Ahad tu..) Tentu Ma lah akan jadi orang yang paling bahagia nanti bila semua anak menantu dan cucu-cucunya seramai 18 orang berada disisinya..:) Hadiah terbesar buat seorang ibu..

Akhirnya Salam Aidil Adha buat semua. 

Semoga kita sama -sama mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah pengorbanan nabi dan jangan lupa segala pengorbanan orang yang menyayangi kita selama ini, demi melihat kebahagiaan kita..:)

Friday, November 4, 2011

Destinasi impian Muslim


Assalamualaikum


Subhanallah. 
Indah nya pemandangan Makatul Mukarramah.

Destinasi impian setiap umat islam tak kira apa bangsa dan dari seluruh pelusuk dunia..

Doaku moga diberi peluang.., Dan mendapat undangan menjadi Tetamu Allah suatu hari nanti...InsyaAllah..

kredit gambar : Google

Thursday, November 3, 2011

Buku Imam Muda


Assalamualaikum.

Kali ini, Ariana nak kongsikan sebuah buku agama yang menarik
Hasil terbitan Inteam Publishing yang sedang berada dipasaran sekarang..



Buku ini adalah hasil susunan Adik ipar Ariana sebenarnya iaitu Ustaz Zulkifli Bin Mat Arof.
Kemudian diolah atau di edit oleh Al Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al Hafiz yang terkenal tu. Manakala Inteam publishing pula ( Salah seorang anggotanya adalah adik Ariana, Hazamin. ) pula selaku penerbit.

 Ini bukan lah pasal nak promote family sendiri ye..Cuma ingin berkongsi sesuatu yang baik, kerana didalam buku ini terdapat berbagai panduan berguna bukan hanya untuk seorang imam atau bilal sahaja sebaliknya buku ini menerangkan juga berbagai perkara berkaitan solat berjemaah. Moga kita semua akan mendapat faedah daripadanya Insyaallah.

Bagi yang berminat bolehlah mendapatkannya dipasaran dengan harga kalau tak silap Ariana ialah
Rm 20 sahaja.

Amat berbaloi untuk ilmu yang begitu bermanafaat kan..:)

Sekian, wassalam.

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink