Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Friday, September 20, 2013

Kem motivasi dan mukhayyam upkk 2013

Pada 14 dan 15hb September baru2 ni, telah berlansung dgn jayanya kem motivasi dan mukhayyam upkk 2013 bertempat di Pelangi Balok beach resort.
Alhamdulillah, perancangan selama beberapa bulan, memang membuah kan hasil, bilamana kem berjalan dgn lancar, dan semua pihak berpuas hati, samada guru2 dan murid2.

Kali ini agak mencabar akak sebagai pengarah program kerana selain murid sendiri, dua buah sekolah lagi turut serta dlm kem kami kali ini, namun berkat kerjasama dari semua pihak, semuanya berjaya..
Jom kita lihat gambar persiapan terakhir sebelum berlansungnya kem dan hari berlansungnya kem itu sendiri..

Penceramah kali ini ialah Puan Rohani, dari Rohani motivation.mmg terbaekkk lah kerana mampu membuat ramai murid, bahkan ada guru juga yg turut mengalirkan airmata dgn ceramah motivasi nya yg mantop..
Yang buat sejuk mata memandang ialah pakaian serba ungu yg ditempah khas utk murid2 kami sempena kem ini..

Sebelah malam, bacaan yassin diadakan, manakala qiamullail seawal jam 4.30 pagi, solat hajat, solat taubat, solat witir dan diakhiri dgn solat subuh, selesai solat subuh, apalagi kepantai lah kita untuk acara riadhah atau senaman.Ni lah diantara acara yg ditunggu-tunggu oleh murid..semuanya seronok sgt..Aqal yg cerdas, dari tubuh yg sihat.

Akhirnya, kami guru2 mendoakan semoga semua anak didik kami akan dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan dan mendapat keputusan yg baik didalam Ujian penilaian kelas Kafa yg akan bermula pada 30 September hingga 4hb ini.

Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday

Tuesday, September 17, 2013

Musafir di Sydney 5 (whale watching)

Seawal 8 pagi kami menaiki boat atau feri yang agak besar juga,boleh menampung sampai lebih seratus orang, tapi tak berapa ramai penumpang hari ni, so agak lucky juga.
Bot meninggalkan pinggiran pantai secara perlahan-lahan...kita boleh memilih untuk duduk di dalam boat
 ( sebelah bawah) ,atau diatas dek..mula2 kami duduk didalam, kemudian kami naik keatas..lagi seronok duduk diatas dek sebab dapat melihat pemandangan dengan lebih luas dan jelas.
Tiket untuk whale watching ni, kami dah beli secara pakej, bersama tiket ke water world dan movie world semalam..lebih murah kalau ambil secara pakej dan beli secara on line, lagi lah murah berbanding beli terus di kaunter.
 Whale atau ikan paus ni memang sejenis haiwan yang besar,cerdik dan memang siapa yang melihatnya akan berasa takjub dan seronok. Maha suci Allah menjadikannya dan sekalian makhluk..
Semasa di booth tiket akak ada terbaca, money back guaranty seandainya tak dapat melihat whale hari ini, tapi, ternyata banyak sekali whale yang muncul didepan mata,malah ada yang timbul bermain bersama-sama anaknya.. Jom kita tengok gambar..

 
 
 
Seronok du beradik ni..atas dek

Cantiknya pemandangan bandar Gold Coast.Perlahan-lahan bot bergerak menuju ketengah lautan.
Whale yg pertama dapat dilihat,timbul dipermukaan.
Ramai pelancung sdg menunggu kemunculan whale.
Bergambar kenangan di Pelabuhan.
Subhanallah

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink