Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Sunday, September 19, 2010

mendung kan berarak pergi jua..

Monday, September 13, 2010

Puasa Enam Syawal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Puasa Enam Syawal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, September 9, 2010

Demam Ramadhan ??Ada hikmahnya..

    Setiap yang Allah jadikan itu tentulah ada hikmahnya.Pagi ini bangun dalam keadaan yang tidak bermaya..pening,selsema dan batuk.Kalau tidak mengenangkan anak2..rasanya x berdaya nak bangun menyediakan juadah utk sahur hari terakhir ini..Tapi Alhamdulillah sepanjang ramadhan pun x prnah  lg terlajak tidur atau x sedar sahur..betullh ada keberkatan bersahur itu..
     Kalaulah x demam rasanya awal pagi lagi dh ke bandar,pergi pasar tani,walaupun semalam dh pergi..rasa macam banyak lagi yg nak dibeli walaupun x berapa perlu..Hai..x cukup2..Itulah wanita dgn nafsu berbelanjanya..kalu x di bendung..Bila dah demam mcm ni barulah rasa cukuplah apa yang ada..sbb x daya sgt.Wahai diri..kenangkanlah pada yang susah tu yang amat memerlukan bantuan.untuk makan minum pun begitu perit..apatah lagi pakaian baru,kasut baru ,langsir baru dan macam2 lagi..Tp syukurlah tahun ni beli keperluan ala kadar sahaja..langsir rumah pun dah beberapa tahun x tukar..
      Bila dah demam mcm ni..fikiran pun mula berligar..teringat macam2..rindu pada yang telah pergi begitu meluap-luap..Alfatihah utk semua yg telah pergi dahulu..Arwah anakku..yg dikebumi jauh di negeri orang..yg belum sempat merasai sentuhan belaian manjaku..,arwah Bak..yang terlalu ku rindu begitu juga Arwah Tok..
Begitu banyak jasa dan pengorbanan yg telah mereka berikan mendidik aku yang boleh tahan degilnya dulu...Semuga Allah menempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh..Teringat juga kpd arwah ibu mertuaku..Ma..walaupun hanya sempat menumpang kasih selama lebih kurang sepuluh tahun tapi sudah cukup bagiku utk mengenalinya dan menjadi menantu kesayangannya yang diberikannya bukan hanya kasih syg bahkan..anak2ku..cucunya disalutinya dgn barg2 kemas..walaupun kasih syg bukan lah dpt dijual beli namun aku tahu itulah tanda kenangan dan bukti kasih sayangnya.pada kami..
     Dalam keadaan demam ini sempat aku bermuhasabah..Banyak benar dosa dan kesalahan serta kesilapan ku bkn hanya kepada Allah bahkan sesama insan didunia ini samada secara sengaja maupun tidak..
      YaAllah ampunilah dosaku serta kedua ibubapaku..Dan pada suamiku yg tercinta terimakasih dan ampunmaaf jua ku pohon..Seterusnya kepada semua adik2ku yang dikasihi..ketahuilah dalam marah,dalam teguran kak itu  sebetulnya kerana amat menyayangi kalian..dan sebagai anak sulung memang naluri semulajadi suka menegur apa2 yg tidak kena..walaupu kalian dah cukup matang untuk menilai sendiri bahkan sudah punya rumahtangga sendiri..ampun dan maaf kak pohonkan sempena bulan mulia ini..
       Akhirnya dalam demam ini aku memohon semuga Allah sembuhkan aku dan berilah kesuhatan yg baik utk ku supaya dapat beribadah dan menghambakan diri kepadamu dalam menjalani liku2 hidup sementara diberi peluang di bumi mu ini.Jadikanlah aku hamba yang lebih baik dari smalam sbelu aku demam ini..AMIN YARABBAL ALAMIN..Dan x sabar menunggu Aidilfitri esuk hari utk brtemu sanak saudara dan paling ku tnggu untuk mencium tangan dan memohon ampun dari suami serta ibunda tercinta MA di Temerloh..Insyaallah..Izinkan aku YaAllah..

Tuesday, September 7, 2010

Raya dulu dan sekarang..

     Sebut pasal raya..hati terlalu ingin melihat ia kekal dengan tradisi semulajadinya.Tatkala suara takbir sayup berkumandang dari surau atau masjid.Kanak2 berebut mandi sunat aidilfitri di sungai atau perigi.Manakala ibu2 sibuk didapur menyenduk rendang dan memotong ketupat.Sementara dirumah jiran2 pula harum dan enak sekali bau dodol dan lemang.
      Tapi kini suasana amat jauh berbeza..kalau dulu ibu2 bersengkang mata menjahit sendiri baju raya anak2 maupun membuat kueh raya kegemaran seisi rumah,tapi kini semuanya tersedia asal ada wang nya..Memang tidak salah berbuat begitu asalkan punya kemampuan..apatah lg pad masa ini ramai kaum ibu bekerjaya yang begitu gigih membantu menambah sumber kewangan suami.Tapi kepuasan akan lebih terasa jika kita berpenat jerih menyediakann semuanya sendiri .Apa pun dulu dan sekarang..ambillah yg terbaik..kejarlah yang wajib dan lakukan yg sunat utk menambah pahala kita..Jangan mengajar anak berhari raya di hadapan televisyen yg tersedia pelbagai menu menarik..ingatlah pada amalan mulia ziarah menziarahi dan bermaafan di Aidilfitri ini..Muga bertambah keberkatan hidup kita di Aidilfitri kali ini..Inshaallah.

kenangan Aidilfitri.

Aidilfiri 2009..Di Taman Jaya,Temerloh.

Didalam banyak-banyak kenangan dan banyak gambar-gambar..,hati ariana amat tersentuh dan merasa sangat bahagia setiap kali menatap gambar ini..Walaupun dah berkali-kali ariana menatapnya,rasa seperti tidak pernah puas...manakan tidak,didalam gambar ini ariana dapat mengingati satu kenangan yang amat manis dan tidak mungkin dilupai apabila ariana berpeluang bergambar beramai-ramai bersama Bonda tersayang, Suami tercinta, anak-anak tersayang,adik-adik yang dikasihi dan anak-anak saudara yang selalu bermain diruangan mata.. bukan senang bagi kami anak beranak untuk berkumpul begini..maklum masing-masing punya tanggung jawab dan tuhas yang digalas.Ariana mendoakan semua nya agar hidup berbahagia sentiasa dida;am lindungan dan rahmat Allah.tak lupa juga Al Fatihah buat arwah ayahnda ariana Bak,,yang amat Ariana kagumi dan rindui..Semoga rohnya aman dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.

(sebenarnya masih ada 4 orang adik ariana yang tiada dalam gambar kerana giliran bercuti dikampung pasangan masing-masing)

Kemaafan Di Aidilfitri - Inteam

Ucapan Tahniah Aidilfitri..

   Ucapan Tahniah ini tidaklah dilarang,malah ianya merupakan sunnah Rasulullah s.a.w .Inilah salah satu sunnah yg patut di pelihara.Ucapan yang patut kita amalkan ialah"Taqabballallahu minna waminkum"Semuga   Allah menerima ibadah kami dan ibadah anda sekalian.Itulah ucapan para nabi apabila mereka bertemu dan berjabat salam .Hujah bertahniah pada hari raya ialah bersandarkan ucapan tahniah pd saat kita memperoleh nikmat atau terhindar dari sesuatu bencana.Begitulah caranya kita mengucapkan tahniah sempena Aidilfitri.Tahniah ini mengandungi doa,semuga Allah menerima segala amalan kita selama bulan Ramadhan.
  Bagi mereka yg menjalankan ibadah puasa, menahan lapar dan menahan diri dari segala perbuatan yg boleh merosakkan puasa,ucapan ini sungguh bermakna. Amal ibadah yg dilakukan dgn penuh cabaran itu diharap dpt diterima oleh Allah S.W.T.
   Setelah saling doa mendoakan ,mereka bergembira sebagai tanda kesyukuran kerana dapat memjalankan kewajipan dgn penuh ikhlas. Doa dan kesyukuran ini sgt mustahak bg kita agar kita tidak lupa kpd Allah S.W.T pada saat2 bersukaria.
    Tetapi bagaimanakah rasanya ucapan tahniah bg mereka yg tidak menjalankan kewajipan ini dgn baik?Bagaimanakah keadaan org yg bersukaria pd hari raya ini semata-mata sebagai tradisi dan menyalahi lunas2 islam?Tentunya mereka sendiri yg lebih mengetahui.Tapi yang jelas,perbuatan mereka itu tiada bermakna dan sia-sia sahaja.Itulah sebabnya disunatkan bg kita mandi dan berpakaian serba indah sebelum pergi menunaikan solat Aidilfitri,begitu juga ketika berkumpul bersama keluarga, handai taulan dan jiran tetangga.Sudah menjadi kebiasaan pada hari itu,kita saling mengucapkan Tahniah dan saling memohon maaf.Anak2 bersimpuh dihadapan ibubapa,menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf .Bagi mereka yg tidak dapat berkunjung antara satu sama lain pula,mengutus kad ucapan selamat hari raya atau melalui pelbagai alternatif teknologi terkini.Akhirnya semuga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini.Wallahualam..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, September 6, 2010

DOA KHATAM AL QURAN.

Ya Allah,rahmatilah aku dgn Al Quran.Jadikanlah ia sebagai pemimpin,cahaya, petunjuk dan rahmat buatku.Ya Allah,ingatkanlah apa yg aku lupa mengenainya,berilah aku ilmu dari apa yg belum aku ketahui mengenainya,anugerahkanlah kepada ku untuk membacanya ditengah malam maupun di penghujung siang,jadikanlah ia sebagai hujah bagiku.wahai tuhan sekelian alam.YaAllah,perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku.Perbaikilah bagiku duniaku kerana didalamnya aku hidup.Perbaikilah bagiku akhiratku kerana ia tempat kembaliku..Aminn Ya Rabbal Alamin..

Why Ariana?

Ari: my husband nick name..
Ana: my nick name..

Ari + Ana= Ariana..get it?:)

Stay Close, Dont Go

Stay close,don't Go..thats the words that I like to say to Ramadhan if I can..But..as everyone know..Syawal just a few more days to say Hai..n Syawal is the great month too..and I would like to say "I can't wait to greet u too" Ohh Syawal..May Allah bless me n my family always..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink