Sebut pasal raya..hati terlalu ingin melihat ia kekal dengan tradisi semulajadinya.Tatkala suara takbir sayup berkumandang dari surau atau masjid.Kanak2 berebut mandi sunat aidilfitri di sungai atau perigi.Manakala ibu2 sibuk didapur menyenduk rendang dan memotong ketupat.Sementara dirumah jiran2 pula harum dan enak sekali bau dodol dan lemang.
Tapi kini suasana amat jauh berbeza..kalau dulu ibu2 bersengkang mata menjahit sendiri baju raya anak2 maupun membuat kueh raya kegemaran seisi rumah,tapi kini semuanya tersedia asal ada wang nya..Memang tidak salah berbuat begitu asalkan punya kemampuan..apatah lg pad masa ini ramai kaum ibu bekerjaya yang begitu gigih membantu menambah sumber kewangan suami.Tapi kepuasan akan lebih terasa jika kita berpenat jerih menyediakann semuanya sendiri .Apa pun dulu dan sekarang..ambillah yg terbaik..kejarlah yang wajib dan lakukan yg sunat utk menambah pahala kita..Jangan mengajar anak berhari raya di hadapan televisyen yg tersedia pelbagai menu menarik..ingatlah pada amalan mulia ziarah menziarahi dan bermaafan di Aidilfitri ini..Muga bertambah keberkatan hidup kita di Aidilfitri kali ini..Inshaallah.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamulaikum.
0 comments:
Post a Comment